Apa Bukti Produk Shaklee Ada Kelulusan KKM?

“Kakak ipar saya nurse..ada beritahu Shaklee ni tak diiktiraf dengan KKM.”

Tak senang duduk saya dibuatnya bila membaca komen tersebut di FaceBook. Bukannya apa, bila fakta tak tepat, mestilah kena diperbetulkan, kan? ­čśÇ

Kenapa kelulusan KKM penting untuk produk suplemen?

Saya faham sangat kerisauan dan concern mengenai status kelulusan KKM sesuatu produk.

Sebagai pengguna, kita wajib ambil berat soal keselamatan setiap produk yang digunakan terutamanya ubat-ubatan, makanan kesihatan/makanan tambahan (suplemen), serta produk kosmetik dan kecantikan. Jangan lupa periksa dulu status pendaftaran dan kelulusan setiap produk tersebut sebelum beli dan guna, tau.

Sebab apa?

Untuk semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan, ia kena didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara. Pihak PBKD seterusnya akan membuat penilaian terhadap produk untuk pastikan tahap keselamatannya.

Apa bukti produk Shaklee ada kelulusan KKM?

BUKTI PRODUK SHAKLEE ADA KELULUSAN KKMSetiap produk yang berdaftar dengan PBKD adalah selamat untuk diambil oleh orang awam. Produk yang berdaftar dengan PBKD akan ada dua ciri-ciri utama ini :

  1. Nombor pendaftaran
  2. Pelekat hologram yang tulen.

Nombor pendaftaran lazimnya dimulakan dengan ‘MAL’, diikuti dengan 8 nombor, dan diakhiri dengan huruf mengikut kategori pendaftaran produk iaitu:

A ÔÇô Ubat mengandungi racun terkawal
X ÔÇô Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T ÔÇô Ubat tradisional
N ÔÇô Suplemen kesihatan

Untuk semak senarai produk yang berdaftar dengan PBKD, anda boleh layari laman web rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan carian.
Untuk menyemak ketulenan pelekat hologram pula, gunakan dekoder Meditag yang terdapat di kedai farmasi yang berhampiran.

Sukacitanya kami memaklumkan, bahawa produk-produk Shaklee memang ada┬ákelulusan KKM! ­čÖé Di Malaysia pun dah hampir 30 tahun bertapak, sejak zaman mak ayah kita muda-muda lagi. Secara logiknya, kalau takde kelulusan KKM, mustahillah ia boleh bertahan di pasaran hingga kini. Kan? :p

Anyway, ini adalah hasil carian kami di laman tersebut.

Bukti produk Shaklee ada kelulusan KKM-nombor pendaftaran KKM

Produk Shaklee yang berdaftar dengan KKM di bawah kategori suplemen kesihatan.

Semua produk Shaklee yang berada dalam kategori “suplemen kesihatan” ini juga mempunyai kedua-dua nombor pendaftaran MAL dan pelekat hologram pada label pembungkusan masing-masing seperti di bawah.

bukti produk shaklee ada kelulusan kkm

Nombor pendaftaran KKM dan juga pelekat hologram pada  botol Vita-E Complex. Bukti produk Shaklee ada kelulusan KKM.

Tak semua produk Shaklee ada kelulusan KKM?

Tapi, jangan terkejut pula kalau anda dapati ada beberapa jenis produk Shaklee yang memang “tiada kelulusan KKM” iaitu :
produk shaklee yang tidak perlu berdaftar dengan kkm-produk shaklee ada kelulusan kkm

Kenapa?

Sebabnya ialah, kesemua produk di atas dikategorikan sebagai makanan dan dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Ia tidak perlu berdaftar dengan KKM.

Jadi, memang tiadalah nombor pendaftaran KKM mahupun tag hologram ditemui pada botol atau kotak pembungkusannya. Jangan risau ya.

Kesemua produk Shaklee (Malaysia) juga HALAL dan disahkan oleh ISA, badan Islam di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM. Sijil halal Shaklee (M) sentiasa diperbaharui setiap tahun. Untuk tahun 2017, sijil halal Shaklee adalah seperti di bawah.
sijil halal shaklee 2017-status halal produk shaklee malaysiaYang penting, Shaklee memang sentiasa komited untuk menjamin keselamatan dan keberkesanan produk. Setiap tahun, ratusan juta USD dilaburkan untuk Research & Development (RnD) produk oleh barisan saintis Shaklee.

Pendek kata, di sebalik setiap produk Shaklee yang dikeluarkan, pasti ada kajian dan ujian klinikal yang Shaklee lakukan untuk pastikan ianya selamat dan berkesan sekalipun untuk penggunaan jangka panjang.
perbezaan shaklee-kelebihan shaklee-bukti shaklee selamat 2Malah pihak Shaklee sendiri tidak teragak-agak menaja pihak ketiga menjalankan kajian bagi melihat kesan pengambilan produk Shaklee untuk jangka panjang.

Risiko Dan Kesan Ambil Suplemen Jangka Panjang | Shaklee Landmark Study

Landmark Study tersebut dibuat dengan diketuai oleh nutritional epidemiologist terkenal, Dr. Gladys Block dari University of California, Berkeley (UC Berkeley). Kesemua statistik, analisa keputusan pengambilan darah dan laporan kajian dikendalikan sepenuhnya oleh research team beliau, 100% tanpa campur tangan daripada pihak Shaklee. Laporan kajian oleh UC Berkeley ini pula kemudiannya diperiksa dan disahkan (= peer reviewed) oleh barisan saintis pihak lain.

Kajian itu mendapati, pengguna suplemen Shaklee jangka panjang mempunyai taraf kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang makan multivitamin jenama lain ataupun yang langsung tidak makan apa-apa suplemen.
Pengguna Shaklee yang sudah lebih dua puluh tahun amalkan suplemen ini juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung, kanser, diabetes dan yang berkaitan dengan otak.

Betulkah Produk Shaklee Bahaya?

Jadi sebelum anda membeli atau mengambil sebarang suplemen di luar sana, kajilah dulu latarbelakang syarikat pengeluar dan kandungan setiap produk ya. Jangan risikokan kesihatan diri sendiri, takut nanti boleh dapat penyakit baru pula.

Satu lagi, keperluan suplemen juga berbeza-beza bagi setiap individu. Di sinilah pentingnya konsultasi daripada mereka yang diyakini, kerana suplemen perlu diambil dengan ilmu supaya hasilnya adalah optimum dan tidak memudaratkan.

Anda rasa perlukan suplemen tapi tak tahu bagaimana nak bermula?

Jangan segan untuk hubungi kami dan┬ádapatkan konsultasi ya. Kami akan bantu anda memilih suplemen yang sesuai dengan keperluan dan bajet masing-masing. ­čśë

UNTUK PERTANYAAN & ORDER PRODUK SHAKLEE 
=======================================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru (ID 864914).

Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Johor Bahru : Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Bandar Baru Uda, Larkin, Tampoi, Permas Jaya, Taman Perling, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

SERTAI KAMI sekarang untuk dapatkan penjimatan harga sehingga 19% serta peluang jana pendapatan dengan Shaklee!

5 Comments

  1. mrhanafi 29 May 2017
  2. Noriza Rahman 29 May 2017
  3. Projek Kahwin 2 June 2017
  4. Haulia Razali 3 June 2017
  5. Nor hazmira 4 June 2017
error: Content is protected !!