Muda-muda Dah Osteopenia? Cegah Osteoporosis (Tulang Rapuh) Sebelum Terlambat!

Sempena pelancaran HQ Shaklee baru di Sunway Geo Tower baru-baru ini, salah satu aktiviti di “Shaklee Cares-A Community Health Event” ialah Bone Density Check percuma. Ujian ini simple saja sebenarnya. Tapi ia dapat berikan gambaran kasar tentang keadaan tulang kita sama ada kuat ataupun rapuh.

Saya sebenarnya pernah ambil ujian ini empat tahun lepas bersama arwah ibu mertua. Umur pun dah masuk 30-an waktu itu kan, risau juga dengan risiko Osteoporosis.
bone density check-pemeriksaan tulang elak tulang rapuh-osteopenia-osteoporosisHasil keputusannya, tulang saya dikatakan sedang di tahap Osteopenia, manakala ibu mertua saya pula sudah pun mempunyai Osteoporosis!

Tangani Ostepenia Sebelum Terlambat

Kuatkan tulang semasa muda!

Bahan binaan utama tulang pula adalah kalsium. Dan tulang rangka pula seperti “bank kalsium” yang boleh kita buat “simpanan” dan “pengeluaran”. Badan kita juga sangat perlukan kalsium untuk bermacam lagi fungsi penting yang lain.

Kenapa Kita Perlukan Kalsium Setiap Hari

Satu yang kita kena tahu, jisim tulang HANYA BOLEH DIBINA SEMASA MUDA, iaitu pada peringkat kanak-kanak, remaja hinggalah umur awal 20-an. Pada ketika inilah pembinaan tulang berlaku dengan pesatnya untuk mencapai saiz dan kekuatan tulang yang maksimum (= peak bone mass).

Beza Peak Bone Mass lelaki dan wanita

Beza Peak Bone Mass lelaki dan wanita

Jadi masa usia muda belia inilah kena betul-betul dimanfaatkan untuk “menyimpan kalsium” sebanyak-banyaknya bagi membina tulang yang kuat. Peak bone mass boleh ditingkatkan melalui pemakanan tinggi kalsium dan senaman.

Selepas umur 30 tahun, proses pembinaan jisim tulang mula berhenti. Yang ada hanyalah aktiviti penggantian sel-sel tulang yang sedia ada saja. Tulang juga mula kehilangan jisimnya dan merapuh.

Kaitan antara Osteopenia dengan Osteoporosis

Kekuatan dan kepadatan tulang kita diukur oleh paras kandungan mineral di dalamnya. Semakin tinggi kandungan mineral (seperti kalsium, magnesium dll) pada tulang, bermakna tulang lebih padat dan kuat!

Oleh sebab badan tak boleh hasilkan kalsium sendiri, kita kena dapatkannya daripada makanan setiap hari. Kalau jumlah yang kita ambil tak cukup, badan akan `menarik keluar` kalsium daripada tulang supaya semua fungsi badan boleh berjalan dengan sempurna.

Semakin banyak kalsium `ditarik` keluar, makin poros tulang jadinya. Lama kelamaan akan menyebabkan Osteoporosis, satu masalah di mana tulang jadi sangat rapuh dan mudah patah terutama di bahagian pergelangan tangan, pinggang dan tulang belakang.

Ada juga golongan yang kepadatan tulangnya lebih rendah berbanding paras normal, tapi tidak cukup rendah untuk dikelaskan sebagai Osteoporosis. Keadaan ini dipanggil Osteopenia (Low Bone Density).

Wanita lebih berisiko alami Osteopenia dan Osteoporosis

Semakin usia meningkat, kita akan mula mengalami kehilangan jisim tulang pada kadar 0.3 ~ 0.5 % setahun. Lelaki dan wanita, kedua-duanya tetap berisiko mendapat Osteopenia dan Osteporosis.

Tapi, berbanding lelaki, kaum wanita lebih senang kehilangan jisim tulang.

Masalah tulang rapuh pada wanita - Osteopenia-Osteoporosis

Masalah tulang rapuh pada wanita. *image googled*

Sebabnya,

1) Tulang wanita lebih kecil dan nipis. Jadi, lebih mudah alami kerapuhan bila tak cukup kalsium.

2) Kitaran normal hidup seorang wanita – kedatangan haid setiap bulan, mengandung, menyusukan anak – itu sendiri perlukan kalsium-magnesium yang cukup. Bayangkanlah, apa akan jadi pada tulang kita kalau badan tak cukup kalsium sepanjang tempoh mengandung dan menyusu nie. Tak hairanlah kalau ada yang dah kena Osteopenia seawal 30-an. Yang dah sampai tahap Osteoporosis pun ada!

3) Paras hormon estrogen yang turun mendadak selepas wanita menopause ataupun yang telah dibuang rahimnya menyebabkan kadar kehilangan tulang yang sangat cepat dan meningkatkan risiko Osteoporosis.

Cara atasi Osteopenia dan elak tulang rapuh

cegah tulang rapuh-osteopenia dan osteoporosis

Tulang rapuh boleh dicegah. Jadi, cara yang terbaik tentulah dengan membina jisim tulang seawal usia kanak-kanak lagi, hinggalah umur mencecah 30 tahun. Penuhkan “bank kalsium” kita betul-betul.

Suplemen Kalsium Berisiko Memudaratkan Kesihatan!

Untuk kuatkan tulang,

  • dapatkan Kalsium dan vitamin D yang cukup daripada pemakanan/suplemen
  • dapatkan vitamin D melalui pendedahan kepada cahaya matahari
  • lakukan aktiviti/senaman yang menampung berat dengan kerap
  • tidak merokok/berhenti merokok
  • elakkan ambil minuman berkarbonat dan juga minuman beralkohol berlebihan

* Rujukan : National Osteoporosis Foundation (US), Webmd.ComOrthoInfo

Bina tulang sihat dengan Shaklee

Sebenarnya ramai wanita di Malaysia yang tulang mula rapuh walaupun umur baru 30-an, 40-an. Sangat merisaukan, kan? Kalau muda-muda dah ada Osteopenia dan tak ditangani, risiko untuk kena Osteoporosis di usia tua memang tinggi! Kena cegah sebelum parah.

Macam kawan saya, Puan Arnie, beliau sangat konsisten ambil suplemen kalsium-magnesium Shaklee yang berkualiti sepanjang tempoh mengandung dan menyusukan anak. Happy sungguh beliau bila keputusan Bone Density Checknya normal walaupun umurnya dah melepasi 35 tahun! Kita kalau boleh nak sihat dan cergas sampai ke tua supaya mudah nak bergerak dan beribadah, kan?

Bagaimana Memilih Suplemen Kalsium Yang Baik?

testimoni ostematrix shaklee kuatkan tulang-elak osteopenia dan osteoporosis - tulang rapuhJadi, bagi yang inginkan suplemen untuk kesihatan tulang yang berpanjangan, kami sangat sarankan anda amalkan pengambilan :

    • OsteMatrix – suplemen kalsium-magnesium-Vitamin D, dll yang sangat mudah diserap oleh badan bagi membantu membina dan memelihara tulang yang sihat.
      kandungan suplemen kalsium-magnesium shaklee ostematrix-kenapa magnesium penting

      OsteMatrix Bukan Sekadar Kalsium !

    • Vita-Lea – multivitamin dan multimeral lengkap untuk memenuhi keperluan khasiat harian
      vita-lea shaklee
    • ESP – sumber protein soya asli non-GMO untuk pembinaan sel tulang yang sihat. Ia juga mengandungi kalsium.
      kebaikan ESP shaklee

Untuk yang dah sampai tahap Osteopenia pula, pengambilan kolagen didapati boleh merangsang pembentukan jisim tulang, seterusnya menyumbang kepada kepadatan tulang.
bahan kandungan kolagen shaklee-collagen powderDi Shaklee, anda boleh cuba Collagen Powder, iaitu kolagen asli daripada sisik ikan merah berkualiti tinggi. Ia digabungkan dengan enam lagi bahan utama bagi membantu penyerapan dan fungsi kolagen ke atas kulit, tulang, rambut, kuku dan sendi.

UNTUK PERTANYAAN & ORDER PRODUK SHAKLEE 
=======================================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru (ID 864914).

Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Johor Bahru : Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Bandar Baru Uda, Larkin, Tampoi, Permas Jaya, Taman Perling, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

SERTAI KAMI sekarang untuk dapatkan penjimatan harga sehingga 19% serta peluang jana pendapatan dengan Shaklee!

5 Comments

  1. nikkhazami 22 May 2017
  2. Hanafi Cuckoo 22 May 2017
  3. Nur Razali 22 May 2017
  4. yana 22 May 2017
  5. titan 23 May 2017
error: Content is protected !!