Pilih Rawatan Resdung Betul-Betul, Jangan Sampai Tertipu!

Sejujurnya saya kasihan dengan masyarakat Melayu kita yang menghidap resdung. Bukannya apa, orang kita nie selalu ditipu dengan bermacam mitos dan rawatan resdung yang tak masuk akal.

Ada yang kata kena keluarkan ulat resdung dulu baru baik, ada juga yang jalankan rawatan resdung dengan teknik aneh seperti menghidu asap daripada kertas yang dibakar, hidup habuk kayu, dan macam-macam lagi. Ini belum lagi termasuk “ubat resdung” yang tak diketahui latar belakangnya tapi banyak dijual secara online dan juga offline¬†(di toko-toko jamu). Yang peliknya tue, ramai pula yang percaya! ūüôĀ

Saya yakin, untuk elak dari ditipu dengan rawatan resdung mengarut nie, satu saja ubatnya; kita sendiri kena ada ilmu tentang apa penyakit resdung yang sebenarnya. Barulah kita boleh berikhtiar merawatnya dengan cara yang betul dan tak merbahaya.

Apa itu resdung?

Resdung adalah bahasa mudah penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Yang paling biasa dialami ramai orang adalah Allergic Rhinitis, tapi ada juga yang alami Sinusitis.

Allergic Rhinitis adalah sejenis alahan (allergy) yang mana simptomnya tue selalunya melibatkan hidung, mata, sinus dan tekak. Mereka yang ada resdung juga biasanya akan ada history masalah asthma dan/atau eczema dalam keluarga. Penyakit berangkai gitu.

apa itu resdung-alahan hidung-allergic rhinitis

Punca dan simptom alahan hidung

Kebanyakan penghidap resdung ada alahan terhadap bahan tertentu. Contohnya macam habuk, debunga, cuaca sejuk, hama, kulat, makanan, dan lain-lain. Bila terdedah dengan bahan-bahan yang mereka alah, selaput lendir pada rongga hidung akan mengalami radang dan menyebabkan simptom resdung berikut :

  • hidung selalu tersumbat
  • selalu selsema dengan hingus yang “jernih”
  • bersin-bersin
  • gatal hidung dan mata
  • mata berair

Bahaya bila Allergic Rhinitis dibiarkan melarat

Allergic Rhinitis yang tak ditangani dengan baik boleh menyebabkan penyakit hidung yang lebih kronik dipanggil Sinusitis.

Sinusitis bermula bila lendir yang tak berjaya disalur keluar disebabkan bengkak dalam hidung, mula terkumpul di dalam saluran sinus.

resdung-alahan hidung-hidung selalu tersumbat dan sakit kepala

Perbezaan di antara sinus yang sihat (kiri) dengan yang mengalami Sinusitis (kanan).

Rongga sinus yang tersumbat oleh lendir akan dijangkiti kuman bakteria jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan. Akibatnya, kita akan mula mengalami bukan saja simptom biasa Allergic Rhintis, tapi ditambah juga dengan simptom lain seperti :

  • Ada lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Mengalami jerawat di muka dan badan
  • Nafas berbau
  • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain
  • Komplikasi lain seperti jangkitan otak (Meningitis), jangkitan telinga (Vertigo) dan tonsil, terutamanya kanak-kanak

Source : Jabatan Penerangan Malaysia, Roots Of Science, The Malaysian Medical Gazette,

Ini mengingatkan saya kepada seorang kenalan di Jepun dulu yang sangat alah kepada habuk, cuaca sejuk dan debunga. Maka setiapkali datangnya musim bunga dan musim luruh, beliau akan mengalami Allergic Rhinitis yang sangat teruk hingga melarat jadi Sinusitis.

Radangnya itu menyebabkan beliau bersin dengan sangat kerap dengan hidung yang mengeluarkan lendir tanpa henti. Sekotak tisu tu memang cepat je habisnya. Jangan kata nak tidur, nak bernafas pun susah. Beliau juga kerap sakit kepala yang sangat teruk di dahi atau muka, terutamanya di tengah hidung atau pipi. Memang kasihan sungguh tengok keadaannya, buat apa pun tak boleh fokus dan serba payah disebabkan Sinusitis. Beliau sampai kena operate disebabkan resdung tahap kroniknya tu.

Bila dah tengok sendiri mereka yang diuji dengan resdung kronik, ia memang betul-betul buat saya insaf dengan nikmat sihat yang dimiliki. Jadi seringan mana pun simptom resdung yang dialami, jangan ambil remeh hingga jadi teruk tau. Kena cegah sebelum parah, terutama kalau anda adalah penghidap asthma/lelah.

Cara atasi resdung yang mudah, selamat dan berkesan
cara rawat RESDUNG-set resdung shaklee

Mencegah memang lebih baik dari mengubat. Jadi yang paling utama bagi penghidap resdung adalah menjauhkan diri daripada punca yang menyebabkan Allergic Rhinitis.

Antaranya dengan ELAKKAN DARIPADA :

  • Terdedah kepada habuk. Bersihkan rumah dan persekitaran menggunakan vacuum cleaner dan mop, bukannya penyapu.
  • Bermain selalu dengan haiwan perliharaan. Jika bermain, basuh tangan selepas itu.
  • Makanan yang menyebabkan alahan.

Penyakit resdung juga sangat bergantung kepada tahap imunisasi badan masing-masing. Memang kena kuatkan sistem imun untuk lawan alahan. Selalunya doktor akan berikan ubat anti histamin kalau ada alahan.

Set Resdung Shaklee

Kini anda boleh cuba berikhtiar mengawal dan melegakan resdung dengan kombinasi anti histamin semulajadi serta vitamin anti radang Shaklee.

1) Sustained Release Vita-C ‚Äď Anti histamin semulajadi yang juga¬†sangat penting untuk meningkatkan pertahanan badan melawan penyakit dan meredakan simptom alahan.

testimoni suplemen shaklee untuk resdung-vitamin c-1

suplemen shaklee untuk resdung-vitamin c-2¬†2) Alfalfa Complex ‚Äď Membantu mengurangkan keradangan terutamanya akibat dari ekzema, resdung (Sinusitis), alahan dan gegata (hives).

testimoni suplemen shaklee untuk resdung-alfalfa-1

testimoni suplemen shaklee untuk resdung-alfalfa-23)¬†Garlic Complex¬†¬†yang juga dikenali sebagai “antibiotik semulajadi” kerana ia selamat dan berkesan dalam menguatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit dan mengurangkan simptom alahan.

garlic shaklee-antibiotik semulajadi shaklee

Kami juga recommend VIVIX untuk anda yang ada resdung kronik tapi tak mahu ambil terlalu banyak jenis suplemen.

4-mekanisme-vivix-anti-agingVIVIX sangat pekat dengan kandungan antioksidan untuk melawan keradangan, melawan alahan, meningkatkan fungsi sel badan, meningkatkan ketahanan tubuh melawan penyakit dan menyokong kesihatan menyeluruh.

Jika hidung selalu tersumbat dan anda ingin cuba atasi¬†simptom resdung melalui¬†suplemen anti radang dan anti histamin semulajadi¬†Shaklee, boleh hubungi kami seperti di bawah ya. ūüôā

5 Kelebihan Jadi Ahli Shaklee

UNTUK PERTANYAAN & ORDER PRODUK SHAKLEE :
========================================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru (ID 864914).

Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Johor Bahru : Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Bandar Baru Uda, Larkin, Tampoi, Permas Jaya, Taman Perling, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

SERTAI KAMI sekarang untuk dapatkan penjimatan harga sehingga 19% serta peluang jana pendapatan dengan Shaklee!

4 Comments

  1. Nur Razali 8 May 2017
  2. Ibu Imad 8 May 2017
  3. titan 8 May 2017
  4. mrhanafi 8 May 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!