Prostat Bengkak Punca Ramai Lelaki Kencing Tak Lawas

Pernah tak anda alami kencing yang tersekat-sekat dan tidak keluar habis hingga menyebabkan perlu kerap ke bilik air untuk buang air kecil? Kadang-kadang waktu tidur pun boleh terganggu gara-gara asyik ke tandas.

Man Awake In Bed Suffering With Insomnia

Masalah kencing lawas boleh mengganggu waktu tidur.

Masalah seperti ini dipanggil kencing tak lawas. Apa yang berlaku ialah tidak semua air kencing dikeluarkan dalam satu masa, jadi masih ada baki dalam pundi kencing yang menyebabkan tidak puas kencing dan kena buang air kecil dengan kerap.

Punca lelaki kencing tak lawas

Masalah kencing tak lawas ada banyak faktor penyebab.

Adakah kencing tak lawas kerana :

  • masalah prostat bengkak?
  • masalah kencing kotor disebabkan jangkitan kuman pada pundi kencing?
  • jangkitan pada kelenjar prostat?
  • kanser prostat?
  • kanser pundi kencing?
  • ada batu dalam pundi kencing?
  • otot pundi kencing yang lemah?
  • masalah saraf yang disebabkan oleh penyakit multiple sclerosis
  • kecederaan saraf tulang belakang?

Memang ada banyak kemungkinan, jadi kena dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dulu untuk mengenalpasti punca sebenar. Barulah mudah nak cari rawatan ataupun jalan penyelesaiannya, kan?

Kencing tak lawas kerana prostat bengkak

Prostat Bengkak-Punca lelaki kencing tak lawas-kerap kencing malamDi antara faktor-faktor di atas, prostat bengkak adalah yang paling banyak jadi punca kencing tak lawas di kalangan lelaki.

Bagi yang masih tidak pasti apa itu prostat, ia adalah kelenjar yang terletak di hadapan rektum dan di bawah pundi kencing. Kelenjar ini mengelilingi uretra, iaitu saluran yang menyalurkan air kencing keluar.
kedudukan kelenjar prostat lelaki-prostat bengkak punca kencing tak lawas

Namun semakin meningkat usia, ramai lelaki mengalami kelenjar prostat membengkak terutama di kalangan warga emas. Keadaan ini dipanggil pembengkakan prostat yang bukan kanser.

Simptom prostat bengkak yang paling biasa dialami adalah melibatkan perubahan dalam pembuangan air kencing.

prostat bengkak punca kencing tak lawas

Kencing tak lawas antara tanda prostat bengkak.

Jadi jika anda anda mengalami simptom-simptom kencing tak lawas di atas, sebaiknya anda dapatkan pemeriksaan doktor ya. Ini untuk pastikan kencing tak lawas yang dialami itu sememangnya berpunca daripada pembesaran kelenjar prostat dan bukannya sebab kanser prostat.

Cuma, jangan terkeliru pula dengan masalah kerap kencing yang biasanya disebabkan penyakit diabetes mellitus (kencing manis) ataupun diabetes insipidus (kencing cair). Kerap kencing tak semestinya kencing tak lawas, sebab kalau kerap kencing kerana diabetes, jumlah air kencing adalah banyak untuk setiap kali buang air kecil dan bukannya sikit-sikit seperti kencing tak lawas. Kena tahu dan faham beza antara kencing kerap dengan kencing tak lawas tau.

Cara kurangkan ketakselesaan disebabkan kencing tak lawas

Antara amalan yang boleh diamalkan untuk mengurangkan ketidakselesaan anda termasuklah:

  • Hadkan pengambilan cecair waktu malam. Ini dapat bantu kurangkan kekerapan ke bilik air pada malam hari. Waktu tidur pun tak terganggu sangat.
  • Kurangkan jumlah penggunaan alkohol dan kafein. Alkohol, kopi, teh, coklat dan minuman ringan ada kesan diuretik yang boleh membuatkan kita kerap buang air kecil.
  • Cuba kosongkan dengan sepenuhnya pundi kencing setiapkali berpeluang ke bilik air. Elakkan dariada bertangguh-tangguh kerana ia akan meregangkan pundi kencing.
  • Latihan pundi kencing. Amalan yang tetap dan teratur untuk buang air kecil akan membantu memperbaiki frekuensi dan keinginan kencing yang teruk.
  • Kurangkan berada dalam persekitaran sejuk. Ini akan meningkatkan rasa nak buang air kecil.

Vitamin untuk lelaki kencing tak lawas
set kencing tak lawas shaklee

(1) Garlic Complex : Sumber antibakteria dan antibiotik semulajadi, untuk cegah jangkitan kuman, fungus dan kulat.

(2) Alfalfa Complex : Sumber serat untuk melawaskan penghadaman, kurangkan bengkak air (water retention), dan kawal kandungan air dalam badan.

(3) Peppermint Ginger : Bantu buang angin lebihan dalam usus, kurangkan rasa loya dan kembung perut. Pudina dan halia diguna secara tradisional untuk rawat Sindrom Gangguan Usus (IBS).

Hubungi kami seperti di bawah jika berminat untuk mencuba. 😉

UNTUK PERTANYAAN & ORDER PRODUK SHAKLEE 
=======================================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru (ID 864914).

Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Johor Bahru : Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Bandar Baru Uda, Larkin, Tampoi, Permas Jaya, Taman Perling, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

SERTAI KAMI sekarang untuk dapatkan penjimatan harga sehingga 19% serta peluang jana pendapatan dengan Shaklee!

4 Comments

  1. Nur Razali 30 April 2017
  2. nikkhazami 6 May 2017
  3. Noriza Abdul Rahman 6 May 2017
error: Content is protected !!