Chickenpox Ketika Dewasa | Sejauh Mana Kita Perlu Risau?

Saya adalah antara orang yang kena chickenpox ketika dewasa, umur 26 tahun waktu tue. Memang tak sangka sebenarnya tau, sebab biasanya orang kena masa kecil, kan? Cuma memang seingat saya macam belum pernah kena lagi, jadi tak pelik sebenarnya dah tua-tua pun boleh dijangkiti chickenpox.

simptom Chickenpox Ketika Dewasa

*image googled*

Kita mesti sedia maklum chickenpox sangat mudah berjangkit, termasuklah melalui udara dan sentuhan. Sebab itu orang yang belum pernah kena memang akan mudah dijangkiti kalau,

  • berada dalam bilik yang sama selama lebih 15 minit dengan mereka yang ada chickenpox
  • berdepan (face-to-face) dengan orang yang ada chickenpox, contohnya berbual-bual.

Jadi bila anak sulung kami (yang waktu tu berusia 6 bulan) tiba-tiba diserang chickenpox, saya jadi agak gelabah juga sebab memang 24 jam setiap masa dengan anak. Seperti yang dijangka, memang terjangkit juga akhirnya dan ruam mula muncul seminggu lepas chickenpox anak reda.

Apa Nak Buat Bila Kena Cacar Air (Chickenpox)?

Kenapa perlu lebih hati-hati kalau kena chickenpox ketika dewasa

Tahukah anda, chickenpox ketika dewasa secara amnya menunjukkan simptom yang jauh lebih teruk berbanding kalau kena masa kanak-kanak?

Ramai yang alami simptom seperti :

  • Demam panas, sakit badan dan sakit kepala
  • Ruam  muncul di seluruh badan (ada juga yang di dalam mulut). Dan ianya sangat-sangat gatal.
  • Hilang selera makan, letih lesu dan rasa tak sihat.

Dan yang paling saya ingat daripada pengalaman sendiri,

  • satu badan dipenuhi bintik chickenpox. Nak tengok pun seriau!
  • gelembung air jauh lebih besar
  • gelembung air lambat kering
  • tempoh penyembuhan yang jauh lebih lama, 3~4 minggu juga untuk betul-betul tanggal
  • badan rasa sangat-sangat tak selesa, sakit sana sini.
  • gatal-gatal yang sangat hazab! (Waktu tu hanya berharap pada calamine lotion saja untuk bertahan.)

Pendek kata, kena chickenpox ketika dewasa memang sangat sengsara! 🙁 Tengok saja gambar di atas tue, memang ngeri, kan?

Lagi satu, kita juga kena hati-hati sebab chickenpox ketika dewasa lebih berisiko untuk menyebabkan komplikasi berbanding kanak-kanak.

Contoh komplikasi yang mungkin boleh berlaku ialah seperti :

  • jangkitan kuman pada luka chicken pox, menyebabkannya menjadi merah dan menyakitkan. Antibiotik mungkin diperlukan untuk meredakannya.
  • radang paru-paru (pneumonia), terutama di kalangan mereka yang merokok.
  • jangkitan yang menyebabkan radang pada otak e.g. encephalitis.
  • komplikasi serius lain seperti :
    • radang pada otot jantung (myocarditis)
    • radang pada buah pinggang (glomerulonephritis)
    • radang pada pankreas (pancreatitis)
    • radang pada sendi (arthritis)
    • radang pada mata,
    • appendicitis
    • dll.

Walaupun komplikasi seperti di atas agak jarang berlaku, tapi cepat-cepatlah jumpa doktor kalau ada alami :

  • Susah bernafas
  • Pening-pening kepala
  • Sakit badan atau sakit kepala yang tidak lega walaupun setelah ambil painkiller seperti paracetamol atau ibuprofen
  • Susah untuk minum disebabkan ruam/gelembung air yang terlampau banyak di dalam mulut
  • Ruam yang terlampau teruk
  • Badan semakin lemah

Komplikasi chickenpox ini juga lebih tinggi risikonya kepada beberapa golongan iaitu :

  • Wanita mengandung.
  • Mereka yang sistem pertahanan badannya lemah. Contohnya pesakit leukimia, pesakit AIDS, mereka yang ambil ubat steroid, orang yang sedang menjalani kemoterapi.
  • Mereka yang ada penyakit jantung atau paru-paru.
  • Mereka yang ada masalah kulit yang serius.
  • Bayi yang masih terlalu kecil terutama yang berumur kurang daripada sebulan.

Kalau anda ataupun orang terdekat ada yang termasuk golongan di atas, kena pastikan dapat pemeriksaan doktor secepatnya jika sah dijangkiti chickenpox ya.

Produk Shaklee yang boleh bantu tangani chickenpox ketika dewasa

Bagi yang ingin berikhtiar dengan produk Shaklee untuk menangani chickenpox, anda boleh cuba :

1) NutriFeron : Penguat antibodi anak-anak dan seisi keluarga.
Amalkan NutriFeron untuk meningkatkan daya tahan tubuh melawan serangan penyakit. Mudah-mudahan kadar keseriusan simptom dapat dikurangkan bila sistem imun kita kuat.

suplemen penguat antibodi-vitamin wajib bawa pergi bercuti-nutriferon

2) Herbal Blend Cream : Sapuan luaran untuk bantu redakan kegatalan chicken pox.

kegunaan HBCHerbal Blend Cream sangat bagus kerana sifatnya yang menyejukkan kulit, dan mengandungi daun sage yang sering diguna sebagai home remedy untuk melegakan kegatalan chickenpox.

Untuk kelegaan, hanya perlu sapukan krim serbaguna Shaklee ini ke seluruh badan (termasuk muka) dengan kerap. Ia akan meresap dengan mudah serta tidak berminyak. Gelembung air pun lebih cepat kecut dan kering, insyaAllah.

3) Performance Drink + Meal Shakes : Untuk elak dehydration dan masalah kurang selera makan
suplemen elak dehidrasi-hfmd-chickenpox-warga emas-kurang selera makanAda juga yang alami masalah susah nak makan atau minum disebabkan gelembung air di dalam mulut hingga mengganggu selera makan. Dalam kes ini, bancuhan Performance Drink & Meal Shakes dapat membantu untuk elak dehydation dan mempercepatkan proses pemulihan. Ia boleh menampung keperluan air dan khasiat lain seperti protein, karbohidrat, serat, vitamin dan mineral.

Vitamin Shaklee untuk hilangkan parut dengan cepat

Satu lagi masalah biasa bila kena chickenpox ketika dewasa ialah parut yang banyak terutama di bahagian muka, kan? Ramai juga yang mengadu malu nak pergi kerja atau keluar jumpa orang sebab muka banyak parut dan ia susah nak hilang.

Cara Mudah dan Berkesan Hilangkan Parut dengan Cepat

Jadi untuk bantu pudarkan dan hilangkan parut chickenpox dengan lebih cepat, kami sangat syorkan set vitamin di bawah :

  • ESP : Sumber protein untuk membantu membaikpulih dan membina sel-sel kulit yang baru supaya parut lebih cepat pudar dan kulit lebih sihat dan cantik.
  • Sustained Release Vita-C : Antihistamin semulajadi untuk mengurangkan gatal-gatal, mempercepat pemulihan serta hilangkan parut chicken pox. Ia membantu mencantikkan kulit.
  • Vita-E Complex : Membantu menghilangkan parut dan mencantikkan kulit.
    Anda boleh cuba amalkan pengambilan vitamin E Shaklee ini dan juga sapukannya pada parut chickenpox bagi mencantikkan semula kulit.

Hubungi kami seperti di bawah jika berminat untuk mencuba. 😉

UNTUK PERTANYAAN & ORDER PRODUK SHAKLEE 
=======================================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru (ID 864914).

Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Johor Bahru : Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Bandar Baru Uda, Larkin, Tampoi, Permas Jaya, Taman Perling, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

SERTAI KAMI sekarang untuk dapatkan penjimatan harga sehingga 19% serta peluang jana pendapatan dengan Shaklee!

18 Comments

  1. Ikhwan 22 April 2017
  2. titan 23 April 2017
  3. Nur Razali 23 April 2017
  4. riangria 24 April 2017
  5. Adam 25 April 2017
  6. Noriza Abdul Rahman 25 April 2017
  7. yana 26 April 2017
  8. mrhanafi 27 April 2017
  9. Zuriat 28 April 2017
error: Content is protected !!