Lokasi Baru Shaklee HQ di Sunway Geo Tower, Bandar Sunway 

“Eh, Shaklee HQ nak pindah tempat baru LAGI?”

Begitulah lebih kurang reaksi kami semasa diberitahu tentang  lokasi baru Shaklee HQ di Shaklee Business Leaders National Conference Mac lepas. Terkejut campur teruja tau! 😀 Ia berita yang sangat dinanti-nanti kami semua, dan insyaAllah lokasi baru ini jauh lebih selesa, luas dan sangat memudahkan para pengedar dan pengguna setia Shaklee yang sering ke sana.

Jadi, di mana home office Shaklee yang baru ini akan berada?

Lokasi baru Shaklee HQ di Bandar Sunway

Sebenarnya Shaklee HQ masih terletak di Bandar Sunway. Namun kali ini Shaklee memilih Sunway Geo Tower sebagai lokasi baru. Ia terletak bertentangan dengan Sunway Medical Centre dan tidak jauh daripada The Pinnacle Sunway,  lokasi lama Shaklee HQ .

Gambaran rupa Sunway Geo Tower jika sudah siap sepenuhnya. Kaunter Shaklee terletak di tingkat bawah.

Shaklee HQ yang baru ini akan mula beroperasi secara rasmi pada 25 April 2017 nanti. Jadi nanti bolehlah anda ke sana. Jangan salah tempat pula tau. 😉

Alamat baru ibu pejabat Shaklee Malaysia :

SHAKLEE PRODUCTS (MALAYSIA) SDN. BHD.
Level 2, Sunway Geo Tower,
Jalan Lagoon Selatan,
Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya,
Selangor.

No. Tel : 03-5622 3188
Toll Free : 1800 88 6577
No. Fax. : 07 -350 7804

Email : customerinquiry@shaklee.com

Waktu operasi Shaklee HQ masih seperti biasa iaitu :

Isnin hingga Jumaat :
10:00 am to 07:00 pm

Sabtu 
10:00 am to 07:00 pm

Apa yang menarik tentang Shaklee HQ yang baru ini?
lokasi baru shaklee hq bandar sunway-sunway geo tower

  • Kaunter terletak di tingkat bawah (ground floor), jadi tak perlu lagi naik lif atau tangga. Jimat masa dan memudahkan semua golongan, terutama ibu mengandung, ibu bapa yang bawa anak kecil serta warga emas dan OKU.
  • Mudah nampak dari jalan utama. Jadi tak perlu risau sekalipun bagi orang yang baru pertama kali nak ke sana. insyaAllah tak sesat.
  • Boleh shopping produk Shaklee dengan mudah. Hanya ambil bakul  yang disediakan, pilih dan ambil produk yang dikehendaki, kemudian bayar di kaunter. Senang, kan? Hanya di Shaklee HQ tau! 😉
  • Ruang parking yang banyak.
  • Kemudahan ruang lobi yang luas dan selesa untuk kegunaan para ahli/pengedar. Nak berjumpa atau membuat temujanji di Shaklee HQ pun lebih mudah.
  • Kemudahan bilik mesyuarat dan training di Tingkat 3.

Special event sempena pembukaan Shaklee HQ yang baru

lokasi baru shaklee HQ bandar sunway-special eventBagi meraikan pembukaan Shaklee HQ di Sunway Geo Tower ini juga, Shaklee menganjurkan eventShaklee Cares – A Community Health” dan anda dijemput untuk datang beramai-ramai bersama keluarga dan prospek, bagi memeriahkan majlis  dengan dua tema berikut :

6 ~ 7 Mei 2017  : Your Health Matters (Jantung Sihat, Gula Sihat)
20 ~ 21 Mei 2017 : Family Wellness (Kesihatan Lelaki & Wanita)

Waktu : Jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang

Banyak aktiviti menarik di sana nanti tau. Antaranya :

  • Pemeriksaan kesihatan
    • 6~7 Mei : ujian darah (paras gula, paras kolesterol), kepadatan tulang, BMI
      20~21 Mei : payudara, kepadatan tulang, analisa kulit
  • Konsultasi dan khidmat nasihat percuma bersama pakar nutrisi Shaklee
  • Shaklee Opportunity Hour  bagi yang ingin tahu lebih lanjut mengenai latarbelakang syarikat dan juga bisnes Shaklee
  • demo :
    • 6~7 Mei : penyediaan smoothie yang lazat lagi berkhasiat menggunakan produk Shaklee
      20~21 Mei : penyediaan salad, facial demo, dll
  • goodies dan hadiah buat tetamu yang hadir!
  • serta banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan!

Jangan lepaskan peluang ini ya. Masuk adalah PERCUMA! ^_^

Bagi anda yang tinggal berdekatan Bandar Sunway serta ingin dapatkan produk Shaklee secara walk-in di Shaklee HQ, hubungi kami untuk dapatkan konsultasi dan info lanjut ya. Anda juga berpeluang untuk jana pendapatan bersama Shaklee.

5 Kelebihan Jadi Ahli Shaklee

UNTUK PERTANYAAN & ORDER PRODUK SHAKLEE :
========================================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru (ID 864914).

Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Johor Bahru : Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Bandar Baru Uda, Larkin, Tampoi, Permas Jaya, Taman Perling, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

SERTAI KAMI sekarang untuk dapatkan penjimatan harga sehingga 19% serta peluang jana pendapatan dengan Shaklee!

10 Comments

  1. Noriza Abdul Rahman 20 April 2017
  2. mrhanafi 21 April 2017
  3. arnie 21 April 2017
  4. titan 23 April 2017
  5. Nur Razali 23 April 2017
  6. Wanz Shazwan 26 April 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!