Bahaya Penyakit Kencing Tikus | Apa Kita Boleh Buat Untuk Elak?

Saya masih gerun setiapkali mendengar berita tentang penyakit kencing tikus. Ia penyakit yang kalau dijangkiti dan dibiarkan melarat, memang boleh bawa kepada kematian! Sebab itu kita kena hati-hati dan ambil tahu tentangnya demi kesihatan diri dan keluarga.Bahaya penyakit kencing tikus-leptospirosis

Apa itu penyakit kencing tikus (leptospirosis)?

Dikenali juga dengan nama Leptospirosis, penyakit kencing tikus memang banyak dilaporkan di Malaysia. Ribuan kes setahun! Dan banyak juga melibatkan kematian tau. ūüôĀ

Ia disebabkan oleh bakteria leptospira dan tersebar melalui air kencing haiwan yang dijangkiti (=haiwan pembawa). Air kencing ini akan mencemari air atau tanah dan hidup selama berminggu atau berbulan lamanya. Haiwan pembawa penyakit kencing tikus pun ada banyak jenis, dan ini termasuklah juga lembu, khinzir, kuda, anjing, tikus dan haiwan liar. Kiranya haiwan-haiwan yang dijangkiti ini memang tiada simptom apa pun; ia sekadar pembawa penyakit saja.
cara jangkitan penyakit kencing tikus

Manusia boleh dijangkiti bakteria leptospira ini jika bersentuhan dengan

  • air kencing atau cecair daripada haiwan pembawa.
  • air, tanah atau makanan yang dicemari dengan air kencing haiwan pembawa.

Dan bakteria ini boleh memasuki badan manusia dengan beberapa cara :

  • Melalui selaput membran (mata, hidung, mulut), ataupun luka atau kudis pada kulit.
  • Melalui makanan/minuman yang tercemar dengan bakteria leptospira.

Sewaktu banjir juga ada risiko untuk tersebarnya wabak kencing tikus.

Apa simptom penyakit kencing tikus?

Orang yang dijangkiti boleh menujukkan tanda-tanda jangkitan adalah demam yang tinggi, sakit kepala, menggigil, sakit otot, muntah, jaundis (penyakit kuning), radang mata, sakit perut, cirit-birit, batuk dan ruam di kulit. Ia muncul dan dirasai selepas beberapa hari dijangkiti.

Tanpa rawatan sewajarnya, penyakit kencing tikus boleh menyebabkan jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan paru-paru yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang. The worst case, boleh juga menyebabkan kematian!

Berita baiknya, penyakit kencing tikus boleh dirawat jika masih pada peringkat awal. Cepat-cepatlah pergi ke hospital kalau ada simptom-simptom di atas ya. Jangan sampai terlewat dapatkan rawatan, kerana risiko untuk alami komplikasi pun akan jadi lebih tinggi dan boleh membawa maut.

Dan jangan lupa untuk beritahu doktor yang merawat, in case kita ada pergi mana-mana kawasan rekreasi sebelum diserang simptom-simptom tersebut. Ini akan sangat membantu urusan rawatan.

Siapa yang mudah kena penyakit kencing tikus?

Sebenarnya, memang ada golongan yang lebih berisiko untuk kena penyakit kencing tikus ini.

  • Mereka yang bekerja di sektor pertanian, pekerja pengurusan sisa, pengendali haiwan ternakan dan peliharaan, pasukan penyelamat
  • Mereka yang terlibat dengan aktiviti rekreasi dan outdoor
  • Mereka yang ada penyakit kronik serta luka kulit terbuka (open wound)

Apa kita boleh buat untuk elak penyakit kencing tikus?

Cuba tengok list di atas. Adakah kita pun termasuk salah satu daripadanya? Kalau ya, memang kena extra hati-hati.

Macam seorang kawan saya, beliau dijangkiti penyakit kencing tikus semasa menyertai program teambuilding di sebuah resort.¬†Mujurlah cepat terima rawatan, keadaan belum begitu serius. Baru¬†cirit-birit dan demam berlarutan selama empat hari. Tapi itu pun bakteria dah serang buah pinggangnya tau. Bahaya betul penyakit kencing tikus nie. ūüôĀ
Apa pun, kita boleh kurangkan risiko dijangkiti penyakit kencing tikus dengan tidak mandi atau berendam di kawasan yang dikhuatiri tercemar dengan air kencing haiwan. Kadang-kadang ada sungai yang memang kotor kan? Nak-nak yang ada projek penternakan berdekatan sungai. Kena jauhi tempat-tempat sebegini. Kalau ada haiwan yang kita syak dijangkiti pun jangan sesekali sentuh atau dekati ya.

Bagi yang memang bekerja atau beraktiviti di kawasan tanah atau air yang tercemar, pastikan anda pakai pakaian atau kasut yang betul-betul dapat berikan perlindungan. Begitu juga mereka yang suka beraktiviti outdoor di kawasan rekreasi dan perkelahan. Kes kawan saya itu pun sebab beliau rafting di sungai yang dicemari bakteria leptospira. Tapi ye lah, kita bukannya boleh nampak bakteria tue kan? Itu yang risau. Yang penting cuci badan dan tangan bersih-bersih dengan sabun selepas selesai aktiviti dan juga sebelum makan.
cara jangkitan penyakit kencing tikus-leptospirosis-tempat perkelahan

Tapi, yang paling kena jaga sebenarnya ialah bab kebersihan. Dan ini perlukan kerjasama semua ahli masyarakat.

Yang sedihnya, masih ramai yang ambil remeh. Di mana-mana pun ada saja sampah yang dibuang merata-rata tanpa rasa bersalah. Apa salahnya kalau dibuang di tong sampah berdekatan, kan? Atau boleh contohi tabiat orang Jepun yang akan bawa sampah di poket/beg dan buangkannya hanya bila berjumpa tong sampah ataupun setelah sampai ke rumah. Kalau naik kereta pula, boleh sediakan satu plastik atau bekas kosong untuk mengumpul sampah. Tak susah rasanya.

Kebersihan makanan/minuman pun kena jaga juga. Dulu ada kenalan yang kena penyakit kencing tikus lepas makan di sebuah kedai. Kemungkinan makanan tercemar semasa penyediaan. Jadi, kalau kita merancang untuk makan di luar, perhatikanlah persekitaran kedai makan/restoran terlebih dulu ya. Pilih kedai yang kebersihannya terjaga dan diyakini selamat. Tikus sangat mudah membiak kalau kawasan itu sangat kotor, jadi elakkan tempat sebegini sebab ia boleh jadi punca penyakit kencing tikus.

Dan setiapkali beli makanan atau minuman dalam tin/kotak/botol, cuba cuci bersih-bersih sebaik saja pulang ke rumah. Manalah tahu, kalau-kalau ada terkena kencing tikus semasa di gudang penyimpanan, kan? Sebab dulu pernah ada kes seperti ini. So, better safe than sorry. Sekurang-kurangnya kita usaha mencegahnya.

Selain itu, makanan dan minuman di rumah pun kena simpan elok-elok. Masukkan dalam bekas bertutup.

Dalam masa yang sama, usahakanlah untuk stay fit selalu dan kuatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit. Suplemen Shaklee untuk kuatkan imun badan pun ada in case ada yang nak cuba.
set shaklee untuk penyakit kencing tikus-leptospirosis

Badan yang sistem imunnya kuat, insyaAllah akan lebih berupaya melawan jangkitan supaya cepat sembuh dan kurang risiko komplikasi yang mengancam nyawa.

testimoni shaklee untuk penyakit kencing tikus-vivix-2

Credit : VitaminWawa

testimoni shaklee untuk penyakit kencing tikus-vivix

Credit : BondaSihat

Apa pun, sama-sama kita usaha untuk jaga kebersihan diri dan sekeliling untuk cegah penyakit kencing tikus ini ya. Jangan pandang remeh bahaya penyakit kencing tikus!

UNTUK PERTANYAAN & ORDER PRODUK SHAKLEE :
========================================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru (ID 864914).
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Johor Bahru : Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Bandar Baru Uda, Larkin, Tampoi, Permas Jaya, Taman Perling, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

SERTAI KAMI sekarang untuk dapatkan penjimatan harga sehingga 19% serta peluang jana pendapatan dengan Shaklee!

7 Comments

  1. titan 14 April 2017
  2. Noriza Abdul Rahman 16 April 2017
  3. +irsah 18 April 2017
  4. Dedaun Comel 20 April 2017
  5. LovelySuri 25 April 2017
error: Content is protected !!