8 Kebaikan Detoks Kita Kena Tahu Kalau Mahu Badan Sihat

Saya yakin ramai dah biasa dengar pasal toksin kan?

Tapi, pernah terfikir tak, betapa banyaknya toksin di sekeliling kita? Sebab realiti hari ini toksin ada di mana-mana saja tau. 🙁
sumber toksin

Bukan saja daripada persekitaran (udara, air, makanan, dll), tapi dalam badan kita sendiri pun sentiasa ada toksin yang terhasil daripada reaksi kimia badan setiap hari.

Cara buang toksin dalam badan = detoks

Syukurlah Tuhan memang menciptakan kita lengkap dengan mekanisme detoks (detoxification) untuk handle kesemua toksin ini setiap hari.
kenapa perlu detox-kepentingan detoksDetoks adalah satu proses normal untuk meneutralkan atau membuang toksin dalam badan. Ia melibatkan organ-organ detoks seperti usus, organ hati (liver), paru-paru, kulit dan buah pinggang.

Kenapa detoks penting

Oleh sebab badan kita terdedah kepada ancaman dan bahaya toksin setiap hari, kelancaran proses detoks nie sangat penting untuk elak toksin berkumpul atau tersimpan dalam badan. Kalau dibiarkan berterusan untuk jangka masa yang lama, dah tentulah akan memudaratkan kesihatan, kan?

Jadi kita janganlah ambil remeh kepentingan detoks ya. Banyak kebaikan detoks untuk maintain sihat, tau! 😉

Kebaikan detoks yang ramai tak tahu
kebaikan detoks-kenapa detoks penting-set detoks shaklee

1) Detoks bantu turunkan berat badan

Tahukah anda, toksin yang terkumpul boleh mengganggu fungsi kilang lemak? Ia akan menyebabkan lebih banyak lemak terhasil dan tak pelik kalau berat badan mula bertambah dari hari ke hari.

Selain itu, toksin juga menjejaskan kebolehan semulajadi badan untuk membakar lemak. Sudahnya lemak yang ada tak dapat digunakan menjadi tenaga dan kekal menumpuk. Makin beratlah badan jadinya nanti, kan?
Jadi, bagi yang mementingkan kesihatan dan berat badan yang normal, kena ambil berat bab detoks nie supaya metabolisme meningkat dan lemak dapat dibakar lebih efisyen.

2) Detoks bantu usus lebih sihat

Ramai yang ada masalah sembelit sampai kerap kena terperuk lama di tandas. Kadang-kadang tu sampai jadi kembung perut (bloating) pula. Seksa woo, kalau kena. 🙁
kebaikan detoks-atasi sembelit

Kalau anda pun ada masalah macam ini, cuba perhatikan jenis makanan kita setiap hari. Selalunya kita akan mudah sembelit bila terlebih makan makanan yang bertapis (refined-tepung putih, roti putih, gula putih, beras putih), berproses, rendah serat dan dipenuhi lemak tak sihat. Bila pembuangan kurang lancar, bahan buangan pun akan mula berkumpul dan menyumbat usus menyebabkan toksin tak dapat disingkir keluar.

Kesan paling biasa ialah gemuk air (water retention) dan kembung perut. The worst case, boleh bawa penyakit lain pula seperti kanser usus. 🙁

Jadi kena pastikan sistem pembuangan berjalan lancar setiap hari ya. Jangan biarkan toksin terkumpul disebabkan sembelit yang kronik.

Suplemen Untuk Masalah Sembelit

3) Detoks bantu tambahkan tenaga

Sebenarnya kan, nak buang toksin dalam badan nie perlukan tenaga yang sangat banyak! Bukannya kerja mudah untuk organ-organ detoks kita.

Sebab itu kalau kita masih rasa badan lesu dan lemah tak bertenaga walaupun dah cuba dapatkan rehat dan tidur yang cukup, mungkin itu petanda dah terlalu banyak toksin terkumpul dalam badan sampaikan lebih tenaga terpaksa digunakan untuk menyingkirkannya keluar.

Jadi kitalah yang kena bantu lancarkan proses detoks supaya organ detoks tak terlampau terbeban bekerja. Secara tak langsung badan pun boleh kembali bertenaga untuk kita beraktiviti seperti biasa.

4) Detoks bantu kurangkan dan kawal craving

kebaikan detoks-kawal craving makananBab craving bukan masalah orang perempuan saja ya.

Kalau perasan, ramai daripada kita cenderung untuk craving makan sama ada benda-benda yang manis, berkafein dan/atau berlemak. Dah tu asyik nak mengunyah je, kan? Malaysia pula memang “syurga makanan”, lagilah sakan melayan craving yang tak sihat nie pagi petang siang malam. Orang Malaysia memang suka makan!

Tapi, bila mana kita mula makan sihat, tabiat ini akan bantu proses detoks berjalan lancar.

Kesannya? Badan yang kurang toksin nantinya akan merangsang otak untuk mula craving makanan berzat dan padat nutrisi pula, menggantikan makanan rapu. Bagi yang dah mula amalkan clean eating biasanya memang mudah nak rasa efek ini. Best, kan? 😉

5) Detoks bantu kulit lebih sihat

Kulit ini sebenarnya organ terbesar pada badan kita. Hingga tak keterlaluan kalau kita kata, apa yang tampak di kulit itulah efek kepada apa yang berlaku di dalam badan.

Kulit juga salah satu organ detoks yang membantu buang toksin dalam badan melalui air peluh. Sebab itu kalau toksin terkumpul terlalu banyak dan tak sempat dikeluarkan dengan efisyen melalui peluh, kesan yang paling biasa muncul adalah jerawat. Toksin berlebihan itu juga akan kembali beredar dalam darah kita.

Sebaliknya pula, kalau proses detoks melalui kulit berjalan lancar, eventually kulit akan jadi lebih sihat dan cantik secara semulajadi.

Masalahnya, masih ramai yang sangka, kulit yang sihat mesti putih dan cerah (nampak sangat mudah terpengaruh dengan iklan, kan? Haish).

Ketahuilah bahawa kulit yang nampak cantik dan mulus pun belum tentu sihat, tau. Sekarang nie berlambak produk pemutih kulit yang ada bahan kimia berbahaya dan mampu melicinkan (dan menipiskan) kulit anda. Memang nampak cantik dan flawless, tapi hakikatnya kulit tue tak sihat disebabkan toksin dalam produk pemutih, dan akan rosak selepas beberapa ketika. Dah ramai yang hubungi kami untuk pulihkan semula kulit dengan suplemen untuk kulit dan juga skincare Shaklee.

6) Detoks bantu kurangkan stress dalam badan

Percaya tak yang toksin juga boleh buat kita bertambah stress?

Apa yang terjadi bila toksin mula banyak berkumpul dalam badan ialah, khasiat makanan akan susah untuk diserap. Badan kita akan dapat mengesan masalah ini lalu mengeluarkan hormon stress yang dipanggil kortisol supaya keadaan dapat dibetulkan semula.
kesan stress-hormon kortisolBila stress dalam badan ini terlampau berlebihan dan tak ditangani, keradangan (inflammation) pun senang berlaku dan jadi punca bermacam penyakit tau.

Jadi kita kenalah usaha buang toksin berlebihan supaya hormon kortisol dapat dikurangkan dan meredakan stress dalam badan. Otak pun boleh bekerja lebih baik bila stress dalam keadaan terkawal, kan?

7) Detoks bantu kuatkan antibodi dan sistem pertahanan badan melawan penyakit

Selain persekitaran, radikal bebas juga dihasilkan dalam badan kita sendiri melalui reaksi kimia badan sehari-hari.

Ia memang normal, tapi bilamana toksin mula berkumpul dalam badan, ia akan menggalakkan lebih banyak radikal bebas terhasil tanpa kawalan.

Ini yang kita risaukan sebab sampai satu tahap, radikal bebas yang berlebihan akan mula menjejaskan sistem imun dan menyebabkan keradangan (inflammation). Semakin banyak keradangan berlaku, makin terdedahlah kita kepada pelbagai penyakit.

Hanya bila detoks berjalan lancar barulah badan kita mampu lebih kuat melawan keradangan dan mencegah penyakit.

8) Detoks bantu dapatkan kualiti tidur yang lebih baik

Toksin seperti logam berat boleh mengganggu keseimbangan pada sel normal, seterusnya menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas pula diketahui mampu meningkatkan hormon tidur. Lama kelamaan jadual tidur pun jadi tak teratur dan berisiko kena insomnia pula. Lagilah tambah letih bila badan tak rehat dengan cukup, kan?

Jadi dengan detoks akan boleh bantu badan dapatkan tidur yang berkualiti pada waktu malam. Bangun pagi pun jadi lebih segar.

Apa perlu buat untuk detoks?

Kita sebenarnya memang perlu usaha untuk pastikan proses detoks berjalan lancar setiap hari. Ada banyak cara yang boleh membantu badan detoks secara sihat.

Detoks Cara Sihat

Selain pemakanan, senaman dan gaya hidup sihat, satu lagi cara mudah bantu badan buang toksin lebih lancar ialah melalui pengambilan suplemen.

Di Shaklee ada Set Detoks Shaklee yang boleh anda cuba bagi membantu menyokong kesihatan organ-organ detoks kita.
set detoks shakleeUntuk info selanjutnya, hubungi kami seperti di bawah ya.

UNTUK PERTANYAAN & ORDER :
======================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru (ID 864914).
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Johor Bahru : Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Bandar Baru Uda, Larkin, Tampoi, Permas Jaya, Taman Perling, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

SERTAI KAMI sekarang untuk dapatkan penjimatan harga sehingga 19% serta peluang jana pendapatan dengan Shaklee!

10 Comments

  1. Azwan 9 April 2017
  2. Hero Borneo 9 April 2017
  3. Nur Razali 9 April 2017
  4. Noriza Rahman 9 April 2017
  5. Dedaun Comel 11 April 2017
error: Content is protected !!