Wanita Perlu Lakukan Ini Untuk Cegah Kanser Serviks | Barah Pangkal Rahim

Pernah dengar tentang penyakit kanser serviks? Bahasa mudahnya, barah pangkal rahim. Seperti namanya, ia adalah sejenis kanser yang menyerang serviks wanita, iaitu pada pangkal rahim. Serviks adalah pintu masuk ke dalam rahim daripada faraj (vagina).
kedudukan kanser serviks-barah pangkal rahim wanitaKalau nak tahu, kanser serviks ini merupakan kanser ketiga paling banyak dihidapi wanita Malaysia. Dan sudah tentu ianya boleh mengancam nyawa jika dibiarkan!

Golongan berisiko diserang kanser serviks/barah pangkal rahim

Sebenarnya mana-mana wanita pada semua peringkat usia memang berisiko untuk diserang kanser serviks. Tetapi yang sangat terdedah kepada kanser ini ialah mereka yang sexually active berumur antara 30 hingga 45 tahun. Kanser serviks sangat jarang menyerang wanita bawah umur 25 tahun.

Simptom kanser serviks @ kanser pangkal rahim

Satu yang menakutkan tentang kanser serviks ini ialah, ia biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom yang ketara pada peringkat awalnya. Kadangkala ianya hanya disedari setelah kanser mula merebak dan menjadi lebih serius.

Dalam banyak keadaan, antara simptom yang paling awal dikesan ialah pendarahan pada faraj (vaginal bleeding) yang di luar kebiasaan seperti :

  • selepas melakukan hubungan seks.
  • di luar waktu haid.
  • berlaku pada wanita yang sudah menopause (= tiada haid).

Jadi, kalau anda mengalami pendarahan luar biasa seperti di atas, cepat-cepat dapatkan pemeriksaan doktor ya. Walaupun ia mungkin bukan sebab kanser, tidak salah untuk ambil langkah berjaga-jaga, kan?

Selain itu, simptom lain yang mungkin dialami termasuklah :

  • sakit dan ketakselesaan semasa hubungan seks,
  • keputihan faraj yang berbau tidak menyenangkan.

kanser serviks pembunuh wanita dalam senyap-barah pangkal rahim

Kanser serviks yang tak ditangani lebih awal akan mula merebak ke tisu-tisu dan organ-organ sekeliling serviks dan ini menyebabkan pelbagai simptom seperti sembelit, darah dalam air kencing (haematuria), lemah kawalan pundi kencing (urinary incontinence), sakit tulang, bengkak kaki, hilang selera makan, berat badan menurun, sering letih dan tidak bertenaga.

Source : NHS.UK,

Punca kanser serviks

Banyak faktor yang boleh menyebabkan kanser serviks. Ini termasuklah seks bebas dan bertukar-tukar pasangan, merokok, pendedahan kepada seks pada umur yang terlalu muda, jangkitan kuman Chlamydia, penggunaan oral kontraseptif, bilangan anak yang ramai, sistem imun lemah, dan sebagainya.

Namun, hampir semua kes kanser serviks adalah disebabkan oleh kuman human papilloma virus (HPV).

Jangkitan HPV merupakan penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia boleh menjangkiti lelaki dan wanita, biasanya disebarkan melalui hubungan seks. Namun oleh kerana ianya tak mempunyai simptom, ramai wanita tak sedar pun kalau mereka telah dijangkiti.

Secara umumnya, kebanyakan jangkitan HPV ini tak bahaya dan boleh sembuh sendiri.
Tapi kalau jangkitan berlaku berulang-ulang dan berterusan, ia boleh menyebabkan perubahan yang tidak normal pada sel-sel serviks, dan ini berisiko bertukar menjadi kanser.

Jadi, untuk melindungi diri dari jangkitan HPV, menggunakan kondom saja tidak cukup sebab virus ini juga boleh tersebar melalui sentuhan alat kelamin semasa hubungan seks.

Cara kesan kanser serviks : Ujian Pap Smear

Disebabkan jangkitan HPV tiada apa-apa tanda, setakat ini cara terbaik untuk mengesan kanser serviks lebih awal ialah dengan melakukan ujian Pap Smear mengikut jadual yang disarankan. Ini jugalah yang dinasihatkan oleh pakar sakit puan terkenal negara, Dr. Hamid Arshat.
cara elak kanser serviks- pangkal rahim-ujian pap smearUjian ini penting untuk kesan sebarang sel-sel yang tidak normal pada pangkal rahim/serviks kita yang disebabkan oleh HPV.
ujian pap smear kesan serviks-barah pangkal rahimAdanya sel-sel tidak normal ini tidaklah bermakna ia pasti akan terus jadi kanser serviks. Cuma, adakalanya sel-sel tak normal ini perlu dibuang supaya ia tak menjadi sel-sel kanser. Kalau dapat dikesan lebih awal, ia boleh dirawat dan peluang untuk sembuh adalah tinggi. Malahan, penyakit ini juga sebenarnya boleh dielakkan!

Buat masa ini, wanita disarankan melakukan ujian Pap Smear dalam tempoh dua tahun SELEPAS MULA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS (sexually active).

Ujian tahunan pula disyorkan untuk tiga tahun berturut-turut selepas itu. Kalau keputusannya normal, nanti anda boleh ambil ujian Pap Smear setiap tiga tahun sekali.

Sayangnya masih ramai wanita yang tidak melakukannya secara berkala walaupun ianya penting. Sebahagiannya tak buat Pap Smear kerana tidak tahu atau kurang kesedaran. Tapi ada juga yang tak mahu, sama ada kerana malu, ataupun sebab rasa takut. (Padahal, ujian Pap Smear ini tak menyakitkan pun sebenarnya. 😀 )

Walau bagaimanapun, oleh sebab perubahan tisu yang disebabkan oleh virus HPV kadang-kadang mengambil masa bertahun-tahun untuk bertukar menjadi kanser, semua wanita perlu buat ujian Pap Smear ini, termasuklah mereka yang sudah berpisah dengan pasangannya atau pun pasangannya telah meninggal dunia.

Cara elak kanser serviks / barah pangkal rahim

Cara terbaik bagi mengelakkannya ialah dengan :

  • mengamalkan hubungan seks yang selamat,
  • setia dengan satu pasangan (tidak bertukar-tukar pasangan),
  • buat ujian Pap Smear dari masa ke masa seperti yang disyorkan,
    Cara Cegah Kanser Serviks-barah pangkal rahim-vivix shaklee
  • pengambilan vaksin HPV oleh mereka yang belum melakukan hubungan seks (= perempuan di dalam lingkungan umur 9-26 tahun), atau mereka yang masih tidak terdedah kepada hubungan seks lagi atau masih belum mempunyai perubahan tisu pangkal rahim yang disebabkan oleh virus HPV tersebut.
  • menjaga kebersihan diri, dengan menukar tuala wanita dengan kerap dan mencuci bahagian kelamin untuk mengelakkan sebarang jangkitan.

Dalam masa yang sama, kita perlu usaha tingkatkan kesihatan diri dengan amalkan gaya hidup sihat serta pemakanan seimbang yang padat nutrisi, serta tinggi antiradang dan antioksidan. Ini dapat menguatkan sistem imun badan melawan penyakit, dan mencegah sebarang pertumbuhan sel abnormal yang boleh membawa kepada kanser. insyaAllah risiko mendapat kanser dapat dikurangkan.

Mencegah kanser serviks @ barah pangkal rahim dengan Resveratrol

Resveratrol adalah antioksidan daripada kumpulan polifenol yang terdapat pada tumbuhan.

kesan resveratrol melawan kanser dan tumor

Antara kesan Resveratrol dalam mencegah dan melawan kanser yang diterbitkan di dalam jurnal saintifik antarabangsa.

Banyak kajian mendapati resveratrol sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia. Resveratrol didapati :

  • Boleh memelihara serta membaikpulih DNA sel yang rosak akibat radikal bebas. Bila sel-sel berfungsi dengan normal seperti biasa, secara tak langsung, risiko untuk menjadi sel kanser dapat dikurangkan.
  • Mempunyai sifat anti radang yang membantu mencegah sesetengah enzim dalam badan daripada menjadi pencetus kepada perkembangan tumor.
  • Berupaya `mencantas` pembentukan salur darah untuk sel kanser sebanyak 60%. Dengan kata lainnya, Resveratrol boleh membuat sel-sel kanser “kebuluran” (kerana tak mendapat bekalan makanan daripada salur darah) dan seterusnya mati.

* Source : Articles.Mercola.Com, Cancer.Org

Bagaimana Resveratrol Mencegah Dan Melawan Kanser

Berita baiknya, kini ada cara paling mudah untuk dapatkan Resveratrol dalam bentuk suplemen yang pekat dan sedap iaitu VIVIX Shaklee.
kelebihan vivix-fungsi vivix shakleeKombinasi polifenol termasuk Resveratrol yang sangat pekat di dalam VIVIX boleh membantu melindungi dan mencegah sel-sel badan daripada rosak menjadi sel-sel kanser, seterusnya menyokong kesihatan kita sehari-hari, insyaAllah. Nak consume pun mudah sebab ianya dalam bentuk ekstrak buah pekat yang manis-manis masam. Satu sudu teh sehari saja dah mencukupi. Jomlah kita sama-sama cegah kanser serviks.
kandungan vivix shaklee lambatkan penuaan panjangkan telomere

19 Fakta Mengenai VIVIX Shaklee

Testimoni pengguna VIVIX

Harga sebotol VIVIX adalah RM503.50, tapi untuk lebih penjimatan, kami cadangkan anda dapatkan terus Energy For Life Set yang mengandungi 2 botol VIVIX.
ENERGY for LIFE set-promo PWP march 2017-mug shakleeIa lebih berbaloi kerana dengan setiap pembelian set ini anda akan dapat :

  • Keahlian PERCUMA
  • Pos PERCUMA
  • brochures
  • PERCUMA 2 buah paperbag “Creating Healthier Lives” (selagi stok masih ada)
  • Bonus tunai 5% pada bulan berikutnya
  • Peluang mendapatkan mug eksklusif Shaklee yang comel dan tahan microwave serta dishwasher, pada harga RM10.60 (selagi stok masih ada)

Hubungi kami untuk konsultasi dan maklumat lanjut jika berminat dengan VIVIX Shaklee.

UNTUK PERTANYAAN & ORDER :
======================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru (ID 864914).
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Johor Bahru : Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Bandar Baru Uda, Larkin, Tampoi, Permas Jaya, Taman Perling, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

SERTAI KAMI sekarang untuk dapatkan penjimatan harga sehingga 19% serta peluang jana pendapatan dengan Shaklee!

16 Comments

  1. Kate Ginting 20 March 2017
  2. nur razali 20 March 2017
  3. Noriza Abdul Rahman 20 March 2017
    • Oja Samid 26 March 2017
  4. seri 20 March 2017
  5. Hero Borneo 20 March 2017
  6. nikkhazami 21 March 2017
  7. umiadam 22 March 2017
  8. Azlan 22 March 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!