Cara Mudah Bantu Badan Buang Toksin Lebih Lancar

Cara Mudah Bantu Badan Buang Toksin Lebih Lancar | Pernah tak kita perasan betapa banyaknya toksin di sekeliling kita?

Hakikatnya toksin ada di mana-mana saja! Bukan saja daripada persekitaran (udara, air, makanan, dll), tapi dalam badan kita sendiri pun sentiasa ada toksin yang terhasil daripada reaksi kimia badan sehari-hari.
sumber toksinSebab itulah Tuhan jadikan tubuh manusia secara semulajadinya akan menjalani proses detoks (detoxification) setiap hari. Detoks ini penting untuk menyingkirkan ataupun meneutralkan toksin dalam badan melalui organ-organ detoks seperti usus, organ hati (liver), kulit, sistem penghadaman dan buah pinggang.

Organ-organ ini membuang toksin dengan pelbagai cara :

  • Paru-paru – menyingkirkan gas-gas toksik
  • Kulit – mengurangkan kemasukan bahan toksin ke dalam badan, membuang toksin melalui peluh dan sel kulit mati
  • Sistem penghadaman – menyingkirkan makanan toksik dengan cara memuntahkannya ataupun cirit-birit
  • Buah pinggang – menyingkir ataupun menapis toksin keluar daripada darah dan mengeluarkannya melalui air kencing.
  • Hati – mengubah sifat kebanyakan bahan toksin

Jika proses detoks ini terganggu, biasanya kita akan mula merasai simptom seperti :

  • Mudah letih
  • Susah turunkan berat badan walaupun berdiet
  • Nafas dan badan berbau
  • Masalah jerawat
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Kulit sensitif

Oleh sebab itu, kelancaran proses detoks nie sangat penting supaya toksin tidak terkumpul atau tersimpan dalam badan untuk jangka masa yang lama hingga boleh memudaratkan kesihatan.

Buang toksin dalam badan dengan Clean Eating

Satu cara detoks yang sangat bagus diamalkan untuk jangka panjang ialah melalui Clean Eating/Eat Clean.

Dengan Eat Clean, kita akan ambil lebih lean protein (kurang lemak) serta sayur dan buah, dan kurangkan pengambilan karbohidrat, garam, gula atau perisa tambahan.

Cara paling mudah ialah dengan amalkan konsep pemakanan “suku suku separuh”.
portion makan yang betul-plate portion-eat cleanIni bermakna, dalam sepinggan makanan kita, akan ada suku protein, suku karbohidrat dan baki separuh lagi diisi dengan sayur (dan buah). Cara ini memastikan kita ambil makanan bernutrisi tinggi dalam range kalori yang dibenarkan bagi seseorang individu untuk kekal sihat cergas dan sihat.

Bila cukup nutrisi, insyaAllah proses detoks badan akan berjalan lebih efisyen lagi, betul tak? 😉

Anda boleh lihat entry ini untuk tahu lebih lanjut mengenai konsep dan kebaikan Clean Eating : Turunkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Clean Eating.

Buang toksin dalam badan dengan amalan puasa

Selain itu, amalan berpuasa juga membantu “detoks badan” dan sangat bermanfaat kepada kesihatan.

Selama tempoh berpuasa, ia membantu merehatkan lima organ utama yang terlibat dengan pencernaan makanan iaitu perut, pankreas, usus kecil, usus besar dan hati. Ini membantu meningkatkan keupayaan dan fungsi organ-organ tersebut, seterusnya membantu kelancaran proses detoks.

Radikal bebas yang bertoksik yang terhasil daripada metabolisme makanan kita sehari-hari juga dapat dikurangkan melalui amalan puasa.

Tapi detoks ini hanya dicapai bila kita ambil makanan yang bernutrisi tinggi semasa sahur dan berbuka, dan tidak berlebihan makan seperti yang biasa diamalkan oleh masyarakat kita.

Buang toksin dalam badan dengan bantuan suplemen Shaklee

Tanpa gaya hidup sihat dan nutrisi yang bagus, organ detoks kita tak mampu berfungsi dengan sempurna seperti yang sepatutnya. Jadi selain pemakanan sihat ala Eat Clean dan amalan berpuasa, pengambilan suplemen untuk detoks juga dapat membantu menyokong proses tersebut berjalan lebih lancar.set detok shakleeDi Shaklee, anda boleh cuba Set Detox Shaklee bagi membantu kelancaran tubuh badan kita meneutralkan ataupun menyingkirkan toksin keluar dari badan.

Set ini akan membantu proses penyingkiran bahan kimia toksik, menjaga kesihatan hati, membersihkan kolon, membina mikroflora usus anda dan banyak lagi. Ia terdiri daripada :

Peppermint Ginger Plus : Membantu kelegaan perut dengan mencegah kembung perut serta melancarkan penghadaman.
Herb-Lax : Kandungan daun Senna membantu membersihkan kolon serta mencegah sembelit.
DTX Complex : Kandungan Milk Thistle membantu kelancaran detoks badan dengan memelihara dan menjana semula sel hati.
Alfalfa Complex : Kandungan klorofil membantu menyingkirkan toksin dan bahan cemar keluar dari badan serta menyokong kesihatan buah pinggang.
VIVIX : Kandungan antioksidan dan anti radang yang sangat tinggi membantu menyokong kelancaran proses detoks keseluruhan badan.

Yang menariknya, dengan setiap pembelian set ini anda akan mendapat :

  • Keahlian percuma bernilai RM68.90
  • Pos percuma bernilai RM10.60
  • Percuma “Detox Guide Book
  • Percuma 2 buah paperbag “Creating Healthier Life” selagi stok masih ada
  • Bonus tunai 5% pada bulan berikutnya
  • Peluang mendapatkan mug eksklusif Shaklee yang comel dan tahan microwave serta dishwasher, pada harga RM10.60 selagi stok masih ada

    set detoks shaklee-mug shaklee PWP

    Mug Aqua (kanan) akan mula dijual sebaik saja mug hijau “Live Well be Well” (kiri) habis. Sementara stok masih ada.

Boleh hubungi kami jika ingin mencuba Set Detoks Shaklee ya. Jom detoks cara sihat. 🙂

UNTUK PERTANYAAN & ORDER :
======================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru (ID 864914).
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Johor Bahru : Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Bandar Baru Uda, Larkin, Tampoi, Permas Jaya, Taman Perling, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

SERTAI KAMI sekarang untuk dapatkan penjimatan harga sehingga 19% serta peluang jana pendapatan dengan Shaklee!

4 Comments

  1. Noriza Abdul Rahman 7 March 2017
  2. azimah mohd zainuddin 7 March 2017
  3. lokmanamirul 9 March 2017
error: Content is protected !!