9 Tips Persediaan Bercuti ke New Zealand Bersama Keluarga 9 hari 8 malam

Persediaan Bercuti Ke New Zealand Bersama Keluarga | Bagi yang pernah menonton filem trilogi Lord of The Rings dan juga The Hobbit mesti perasan betapa cantiknya lokasi yang dipilih dalam filem-filem tersebut, kan? Kalau nak tahu, penggambaran keseluruhan filem-filem tersebut dibuat di New Zealand. Sememangnya New Zealand terkenal dengan keindahan dan keunikan alam semulajadi yang menakjubkan. Atas sebab itu juga kami sudah sekian lama memasang impian nak ke sana.

Setelah tiga bulan berpening-pening dan berhempas-pulas menguruskan itu ini, Alhamdulillah, kami empat beranak dapat juga akhirnya menjejak kaki ke New Zealand bermula 26 November hingga 4 Disember yang lepas. Memang last minute decision. :p

Untuk memastikan percutian keluarga ke New Zealand selama 9 hari 8 malam berjalan lancar, ini adalah antara persediaan penting yang kami lakukan sebelum bertolak.

Persediaan bercuti ke New Zealand
persediaan-bercuti-ke-new-zealand-percutiaan-keluarga-9-hari-8-malam

1) Gali info sebanyak yang boleh mengenai New Zealand

Googling adalah cara paling mudah untuk mencari info yang diperlukan contohnya mengenai tempat-tempat dan aktiviti menarik, makanan halal, apa yang tak boleh dibawa masuk ke New Zealand, pengangkutan, dll.

Ada bermacam websites, blog dan forum yang boleh kita layari di internet. Antara website yang menjadi rujukan utama kami iaa www.newzealand.com dan TripAdvisor.Com. Kami juga banyak membaca blog-blog perkongsian pengalaman oleh mereka yang pernah bercuti ke New Zealand.

Buku travel berbahasa Jepun yang suami beli juga sangat membantu dengan info dan tips-tips percutian yang lebih detail.

2) Cari tiket kapal terbang sesuai dengan bajet

Bila dah ada tarikh yang bersesuaian, bolehlah mula cari tiket kapalterbang.

Kita boleh ambil penerbangan direct ke Auckland, New Zealand yang akan mengambil masa sekitar 12 jam dari Kuala Lumpur dengan Malaysia Airlines (MAS), 11 jam jika dari Singapore. Cara ini memang jimat masa dan tenaga tetapi harga tiket lebih mahal.

Atau kita boleh juga ke sana dengan penerbangan murah yang transit di Australia. Kelebihannya, kita dapat lebih jimat kos dan juga boleh turun di bandar besar selain Auckland. Cuma penat sikit dan masa perjalanan akan jadi lebih panjang.

Apa pun, kena tepuk dada tanya selera (dan bajet) masing-masing. 😉

Untuk trip ini kami ambil keputusan untuk bermula dengan ke South Island terlebih dahulu sebelum ke North Island. Jadi, kami telah memilih syarikat penerbangan tambah murah Scoot (Changi <-> Sydney) dan juga Jetstar  (Sydney -> Christchurch dan Auckland -> Sydney). Kalau bertolak dari Kuala Lumpur, bolehlah ambil penerbangan murah Air Asia.

3) Request peta besar New Zealand

Jangan lupa dapatkan peta New Zealand boleh lipat secara PERCUMA melalui website www.newzealand.com.  => KLIK SINI.

batch_persediaan-bercuti-ke-new-zealand-peta-new-zealand-percumaIa akan dihantar dari Singapura ke Malaysia dalam tempoh 1~2 minggu. Memang lebih puas tengok peta yang besar nie, kan? 😉 Nak rancang perjalanan pun lebih mudah.

4) Pilih dan senaraikan aktiviti serta tempat yang ingin dilawati

Setiap orang ada citarasa dan minat yang berbeza. Jadi, senarai ini penting supaya kita dapat susun itinerari dan manfaatkan sepenuhnya masa yang ada dengan aktiviti yang diingini. Tempat dan aktiviti yang menarik di sana juga terlalu banyak sampai pening nak memilih tau!

Sebagai seorang yang sangat sukakan keindahan alam semulajadi, kami suami isteri ingin alami sendiri apa saja yang berkaitan dengan tasik, gunung, glacier, sungai, laut dan darat. Nak pelbagaikan pengalaman kekdahnya. Di akhirnya saya memilih aktiviti di bawah yang difikirkan sesuai untuk kami berdua dan anak-anak (berumur 7 dan 9 tahun) :

  • naik cruise di Milford Sound
  • bermain Luge di Skyline Queenstown
  • melihat glacier
  • menonton haka war dance orang Maori
  • melihat aktiviti geotermal di North Island
  • melihat Glow Worm
  • merentasi Selat Cook dengan feri
  • melihat bintang (stargazing)

5) Cari kenderaan/kereta sewa

Sepanjang berada di sana, kami jumpa ramai pelancong (terutamanya Malaysian) yang bercuti dengan motorhome atau campervan. Untuk yang mahukan kelainan dan pengalaman yang berbeza, bolehlah cuba nanti ya.

Cuma disebabkan saya nie kurang berani nak memandu kenderaan yang besar-besar, kami memilih untuk berkereta saja sepanjang musafir. Dengan perjalanan yang mengambil masa ratusan kilometer sehari, memang kena bergilir-gilir memandu demi keselamatan.

TIPS  JIMAT KOS :
Kos sewa kenderaan termasuk insurans dan aksesori (GPS, dll) boleh jadi sangat mahal. Untuk menjimatkan kos, kami mencari kereta sewa melalui “relocation deals“. Boleh google dengan keyword  “relocation New Zealand” k.

batch_persediaan-bercuti-ke-new-zealand-kereta-sewa-murah-relocation-car

Toyota Corolla Hatch yang kami gunakan sepanjang percutian ke New Zealand. *image googled*

Ada banyak tawaran sebegini, contohnya di website TransferCar.Com. Syarikat sewa kereta juga banyak yang menawarkan relocation deal yang tak kurang menariknya.  😉 Cuma kena rajin mencari supaya dapat tawaran yang menepati bajet dan plan percutian kita.

Alhamdulillah setelah puas survey di sana sini, kami memilih relocation deal daripada syarikat GoRentals untuk relocate kereta Toyota Corolla Hatch dari Christchurch ke Auckland dalam tempoh 9 hari. Dengan sewa serendah NZD1 sehari serta satu tangki minyak percuma, ia sangat berbaloi untuk kami berempat. Kereta pun dalam kondisi yang tip top dan sangat selesa dipandu. 😀

6) Cari penginapan

Penginapan nie sangat bergantung kepada citarasa masing-masing. Hotel memang banyak, tapi kalau nak memasak sendiri untuk lebih jimat, boleh pilih motel atau lodge. Asrama atau bilik untuk backpackers pun banyak. Pilih saja ikut selera dan bajet masing-masing. Penginapan di sana rata-ratanya bersih, kemas dan selesa.

Untuk mencari tempat penginapan yang sesuai, biasanya kami buka laman Agoda.Com. Atau jika nak mudah lagi, anda boleh klik saja gambar di bawah. 😉

cari hotel murah new zealand

Laman Trivago.Com juga boleh digunakan untuk membandingkan harga-harga hotel pilihan anda. Jadi lebih mudah untuk cari yang menawarkan harga terbaik. 😉

cari hotel murah-trivago

Yang penting, wajib baca polisi sebab peraturan setiap tempat penginapan adalah berbeza-beza. Dan jangan lupa kenalpasti masa untuk check-in dan check-out, bilangan penghuni yang dibenarkan untuk sebuah bilik, parking, dll. Ada satu motel yang kami duduk tue, siap ada peraturan tak boleh masak masakan berempah ataupun kari untuk elak bau melekat pada bilik (mesti dah ada kes serius sebelum nie, kan? :p) Jadi sila berhati-hati ya. Jangan main redah saja.

Bagi yang gunakan motorhome atau campervan pula, kena cari tempat penginapan yang khusus contohnya seperti Holiday Park. Di New Zealand juga terdapat banyak camp sites untuk bermalam. Lebih adventurous gitu. Biasanya camp sites sebegini siap dilengkapi dengan kemudahan seperti tandas awam, dll. Sedikit bayaran juga akan dikenakan, tapi jauh lebih murah daripada bermalam di hotel atau motel.

7) Mohon visa (= Electronic Travel Authority (ETA)) jika transit di Australia.

ETA akan diperlukan kalau kita ambil penerbangan yang transit di Australia.

Kos biasa untuk memohon ETA secara online melalui Jabatan Imigresen Australia ialah 20AUD. Memang tak susah nak apply dan sekejap saja boleh siap.

Cuma kalau nak lebih berjimat, boleh cari travel agency yang menawarkan khidmat memohon ETA dengan kos yang jauh lebih murah. Kami dapatkan khidmat Wiya Travel untuk dapatkan visa murah Australia dengan harga RM20 saja (instead of 20AUD). Servis bagus dan pantas.

8) Beli tiket lebih awal untuk tempat tarikan yang popular

batch_persediaan-bercuti-ke-new-zealand-tiket-milford-sound-cruise

Tiket untuk Milford Sound Cruise.

Sesetengah tarikan popular seperti Milford Sound cruise dan The Hobbiton Movie Set, sangat cepat kehabisan tiket terutama ketika high season (= musim panas). Begitu juga tarikan-tarikan lain di serata New Zealand. Untuk elak frust tiket habis, boleh beli siap-siap secara online k.

9) Check suhu dan cuaca, sediakan pakaian, ubatan dan kelengkapan yang bersesuaian.

Cuaca di New Zealand memang agak tak menentu dan suhunya juga sering berubah-ubah dalam julat yang besar. Sampai dikatakan tak mustahil untuk merasai perubahan suhu daripada musim sejuk hingga ke musim panas dalam satu hari saja! Sebab itu penting untuk sentiasa ikuti ramalan kajicuaca New Zealand supaya senang nak merancang pakaian dan keperluan yang perlu dibawa.

Macam hari tue kami pergi di penghujung musim bunga dan awal musim panas, tapi suhu di South Island masih seperti musim sejuk! Hujan dan angin kuat juga boleh membuatkan sejuknya sampai menusuk ke tulang. Lega bila ada bawa jaket dan pakaian musim sejuk bersama. Kalau tak susah juga nak berjalan dan beraktiviti di luar, kan?

batch_persediaan-bercuti-ke-new-zealand-pakaian-yang-sesuai

Memulakan perjalanan melalui Hooker Valley Track untuk melihat glacier di Aoraki Mt. Cook. Suhu di bawah 10 darjah Celcius dengan kelajuan angin mencecah 35 km sejam pada hari tersebut. Sangat sejuk!

Lagi satu, kena tahu yang sinar UV di New Zealand sangat tinggi. Udaranya juga sangat kering. Jadi bawalah krim pelembap kulit, lip balm, losyen sunblock, sunglasses serta topi/ penutup kepala yang sesuai ya. Seksa kalau kulit kena sunburn dan kekeringan nie tau. Sampai boleh luka-luka dibuatnya. Kulit pun lebih cepat menua nanti. 🙁

Dan kalau merancang untuk melakukan aktiviti outdoors, pastikan juga bawa pakaian dan kelengkapan yang sesuai contohnya seperti jaket windbreaker kalis air dan kasut. Kena ambil kira faktor cuaca dan suhu, bukan saja untuk keselamatan, tapi yang penting sekali supaya kita dapat betul-betul enjoy setiap aktiviti yang disertai. 😉

batch_persediaan-bercuti-ke-new-zealand-suplemen-semasa-travel

Bekalan suplemen Shaklee yang kami bawa untuk trip ke New Zealand selama 9 hari 8 malam.

Dari segi kesihatan pula, bila berjalan jauh nie kita akan jadi lebih letih dan kurang tidur. Perubahan suhu dan persekitaran juga boleh sebabkan badan jatuh sakit. Sebab itu kalau boleh bawalah sekali suplemen yang berkualiti semasa bercuti nanti ya. Macam kami, seperti biasa akan bawa suplemen Shaklee bersama. Sekurang-kurangnya kita berikhtiar untuk mengekalkan kesihatan seisi keluarga sepanjang percutian, betul tak? Ubatan-ubatan juga jangan dilupakan bagi yang memerlukannya.

Vitamin Yang Wajib Dibawa Bila Pergi Bercuti Atau Melancong

Itu saja dulu tips daripada kami. Kalau anda ada input tambahan boleh utarakan di bahagian komen di bawah ya.

Ini pula ringkasan pengalaman kami sepanjang bercuti di New Zealand tempoh hari :

Catatan Ringkas Pengalaman Bercuti Ke New Zealand 9 Hari 8 Malam Bersama Anak-anak

Mudah-mudahan info-info tersebut akan membantu lebih ramai yang lain untuk merancang dan menikmati sepenuhnya percutian masing-masing di New Zealand nanti, insyaAllah.

Selamat bercuti~~ 🙂

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru (ID 864914).

Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Johor Bahru : Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Larkin, Kangkar Tebrau, Tampoi, Permas Jaya, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

SERTAI KAMI sekarang untuk dapatkan penjimatan harga sehingga 19% serta peluang jana pendapatan dengan Shaklee!

8 Comments

  1. titan 14 December 2016
  2. Ikhwan 14 December 2016
  3. halyma 15 December 2016
    • Oja Samid 17 December 2016
  4. arnie 19 December 2016
  5. MeqZa Abdul Rahman 21 December 2016
error: Content is protected !!