Pencair Darah Semulajadi Untuk Elak Darah Pekat

Pencair Darah Semulajadi Untuk Elak Darah Pekat | Selama sepuluh tahun menetap di Jepun, saya kerap kena hieshou (冷え性) ; satu keadaan di mana hujung jari tangan dan kaki saya jadi sangat sejuk dan kebiruan. Adakalanya sampai menggigil-gigil kesejukan walaupun dah berselimut dan berstokin tebal. Nak tidur malam pun susah! Bila difikir semula, masalah saya tue sebenarnya berpunca daripada pengaliran darah yang tak lancar hingga menyebabkan haba tak dapat dialirkan dengan baik ke seluruh badan.

Salah satu daripada rancangan TV Jepun yang saya tonton pernah membincangkan tentang tahap kecairan darah. Doktor pakar yang dijemput dalam rancangan tersebut memberitahu, ramai daripada kita sebenarnya mengalami pengaliran darah yang tidak lancar, atau istilah mudah dalam bahasa Jepunnya “ドロドロ血” (maksud : darah pekat).

Bahaya darah pekat

Untuk lebih mudah faham, cuba anda bayangkan lumpur dan juga air. Kalau secawan lumpur dituangkan ke bawah, kita akan dapat lihat pengalirannya adalah jauh lebih perlahan berbanding jika menuang air biasa, betul tak? Begitulah juga darah yang pekat.

maksud-darah-pekat

Beza keadaan antara darah pekat (kanan) dengan yang normal (kiri). Gambar kanan menunjukkan bagaimana darah yang pekat mudah bergumpal dan pengalirannya kurang lancar.

Darah yang `pekat` bermakna platlet darah saling bergumpal dan melekat antara satu sama lain hingga pengalirannya menjadi lebih perlahan dan kurang lancar. Ini tentunya boleh memudaratkan kesihatan jangka panjang.

Jadi kita memang kena risau kalau darah pekat kerana ia cenderung untuk membentuk gumpalan darah beku yang boleh menghalang pengaliran darah ke jantung, otak, paru-paru, dan lain-lain organ. Memang berisiko untuk dapat serangan jantung atau strok. The worst case, boleh membawa kepada kematian! Kalau terselamat daripada serangan strok pun biasanya sedikit sebanyak akan mengalami kerosakan otak hingga terjejas fungsi tubuh badannya. 🙁

Tangani Strok Sebelum Terlambat

Ubat pencair darah (blood thinners)

Ubat cairkan darah selalunya diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan juga yang berisiko diserang strok supaya darah mengalir dengan lancar semula.

Ada dua jenis ubat cairkan darah :

    • Anticoagulants : melengahkan reaksi badan untuk membekukan darah. Contoh ubat – heparin atau warfarin (dikenali juga sebagai Coumadin)
    • Antiplatelet : menghalang sel darah yang dipanggil platlet daripada bergumpal membentuk darah beku. Contoh ubat – aspirin.

Walaupun ubat pencair darah ini selamat, ia memang ada side-effectnya seperti heavy bleeding (jika ada luka ataupun semasa haid), pening-pening, sakit kepala dll. Ia perlukan pantauan daripada doktor dan tak boleh diambil sesuka hati.

Pencair darah semulajadi
pencair-darah-semulajadi-elak-darah-pekat

Tuhan telah menjadikan berbagai jenis makanan dengan khasiat-khasiat yang penting untuk kesihatan dan kelangsungan hidup. Antaranya ada yang boleh mencairkan darah secara semulajadi.

Makanan pencair darah semulajadi memang sangat penting kerana ia membantu :

  • melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan
  • melawan keradangan daripada merosakkan dinding salur darah
  • memelihara tekanan darah yang normal
  • mencegah penyakit seperti strok, serangan jantung dll.

Jadi, sementara masih sihat nie amalkanlah pengambilan makanan “pencair darah semulajadi” supaya pengaliran darah sentiasa lancar. Mencegah sememangnya lebih baik daripada mengubat, betul tak? 😉 Cuma dah tentulah tak boleh berlebihan walaupun sumbernya semulajadi. 😉

Ada empat kategori makanan pencair darah semulajadi iaitu :

1) Pencair darah semulajadi mengandungi salicylates

Vitamin K sangat penting untuk proses pembekuan darah yang normal. Makanan yang tinggi salicylates pula berkebolehan untuk menyekat penyerapan Vitamin K, seterusnya mencairkan dan melancarkan pengaliran darah serta meningkatkan metabolisme badan. Pengaliran haba ke seluruh badan juga akan berjalan dengan efisyen. Oleh sebab itu tak hairanlah kalau makanan tinggi salicylates biasa dianggap sebagai “makanan yang memanaskan badan”, terutama di kalangan masyarakat Melayu.

Antara contoh makanan tinggi salicylates ialah :

herba-pencair-darah-semulajadi

Antara herba pencair darah semulajadi yang biasa ditemui. *image googled*

  • Herba : Cili merah (Cayenne pepper), serbuk kari, paprika, halia, kayu manis (cinnamon), thyme, oregano, dill, licorice, kunyit (turmeric), pudina (peppermint), dll.
  • Buah-buahan : Oren, kismis, limau, prun, strawberi, ceri, anggur, kranberi, bluberi, dll
  • Makanan lain : Madu, cuka, wain, brokoli, avokado, kobis bunga, dll

* Pilih makanan organik jika mahukan kandungan salicylates yang lebih tinggi.

2) Pencair darah semulajadi mengandungi Vitamin E

Vitamin E merupakan vitamin larut lemak yang boleh membantu mencairkan darah secara semulajadi. Sifat antioksidannya yang kuat juga mampu melindungi dinding arteri daripada serangan radikal bebas, sekaligus mencegah penyakit kardiovaskular (= penyakit berkaitan jantung dan pembuluh darah).

pencair-darah-semulajadi-makanan-sumber-vitamin-e

Makanan kaya Vitamin E. *image googled*

Antara makanan pencair darah semulajadi yang kaya vitamin E adalah kekacang (almond, walnut, dll), semua jenis minyak sayuran, gandum, oat, mangga dan tomato.

3) Pencair darah semulajadi mengandungi Asid lemak Omega-3

Antara makanan kaya Omega-3. *image googled*

Antara makanan kaya Omega-3. *image googled*

Asid lemak Omega-3, terutama DHA dan EPA, menyebabkan sel platlet kurang cenderung untuk membeku. Ia juga membantu mengawal paras kolesterol yang sihat sekaligus menurunkan risiko arteri tersumbat daripada berlaku.

Suplemen Untuk Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Minyak ikan adalah sumber asid lemak Omega-3 yang paling mudah didapati. Anda boleh makan ikan-ikan seperti salmon, sardin, tuna, dll, ataupun mengambil suplemen minyak ikan yang berkualiti serta bebas kandungan logam berat dan juga toksin.
Makanan yang kaya dengan Omega-3 seperti telur, minyak zaitun, minyak flaxseed, dll juga bagus diamalkan.

4) Pencair darah semulajadi yang bersifat antibiotik

Makanan seperti onions (bawang merah/bawang besar, dll) dan bawang putih (garlic) mempunyai sifat antibiotik semulajadi dan mampu memusnahkan bakteria yang menghasilkan vitamin K di dalam usus. Kurang vitamin K dihasilkan bermakna platlet sel akan susah bergumpal dan darah lebih cair.

Bawang Putih Sebagai Antibiotik Semulajadi

Credit : HealthLine, TheScienceOfEating

Air pencair darah semulajadi yang sering dilupakan

Antara komponen utama darah adalah air. Tapi ramai orang suka minum air manis dan kurang ambil air kosong hingga sebabkan darah pekat dan pengaliran kurang lancar. Jadi pastikan anda minum air secukupnya setiap hari ya. Cara paling mudah, biasakan bawa air kosong ke mana-mana. Anak-anak pun boleh mula dididik minum air kosong sejak kecil demi kesihatan mereka pada masa depan.

Penting untuk bersederhana

Walaupun makanan pencair darah semulajadi ini baik untuk kesihatan, kita tetap kena ambil secara bersederhana dan dalam jumlah yang bersesuian. Kalau berlebihan boleh jadi pendarahan (bleeding) pula nanti, terutama bagi yang memang ada mengambil aspirin atau sebarang ubat pencair darah daripada doktor. Yang nak menjalani pembedahan juga kena berhati-hati.

Apa pun, jangan lupa dapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum amalkan sebarang makanan ataupun suplemen pencair darah ya. Nak amalkan apa-apa perlu dengan ilmu. 😉

Adakah Bahaya Amalkan Suplemen Minyak Ikan?

Suplemen pencair darah semulajadi Shaklee

Bagi yang ingin mula mengamalkan suplemen bagi membantu mencairkan darah untuk kesihatan, saya syorkan anda cuba mana-mana produk di bawah :

Selain banyak minum air kosong, kami sekeluarga memang amalkan pengambilan sekurang-kurangnya OmegaGuard Shaklee untuk membantu melancarkan pengaliran darah. Manfaat asid lemak Omega-3 juga sangat banyak meliputi fungsi dan kesihatan otak, jantung, sendi dan sistem imun badan.

Untuk ibu-ibu lepas bersalin juga boleh amalkan OmegaGuard untuk melancarkan pengaliran darah, memanaskan badan, mencegah darah beku serta mengelak post-partum depression (meroyan). Baby yang menyusu dengan susu ibu pun boleh dapatkan khasiat DHA untuk perkembangan otak mereka nanti. 😉
pencair-darah-semulajadi-testimoni-omegaguard-panaskan-badan-waktu-berpantang

Buat anda yang risau dengan masalah darah pekat dan ingin turunkan paras kolesterol/kawal tekanan darah/lancarkan pengaliran darah secara semulajadi, boleh hubungi kami untuk konsultasi ya. 🙂

UNTUK PERTANYAAN & ORDER :
======================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru, dan Pontian (ID 864914).
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Johor Bahru : Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Larkin, Kangkar Tebrau, Tampoi, Permas Jaya, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

SERTAI KAMI sekarang untuk dapatkan penjimatan harga sehingga 19% serta peluang jana pendapatan dengan Shaklee!

6 Comments

  1. arnie 27 October 2016
  2. Khairul Zamri 28 October 2016
  3. Noriza Rahman 30 October 2016
  4. Perawat Sihir 5 November 2016
error: Content is protected !!