Tips Elak Gigi Anak Rosak Cepat

Tips Elak Gigi Anak Rosak Cepat | Pernah tak anda tengok gigi kanak-kanak yang kehitam-hitaman, berlubang, pecah-pecah atau mereput?

Tahukah anda bahawa Kajian Epidemiologi Kesihatan Pergigian Kebangsaan (NOSHH) pada tahun 2007 di kalangan kanak-kanak Malaysia berusia enam tahun, mendapati seramai 74.5 peratus mengalami masalah gigi (seperti gigi berlubang dan karies gigi/kaviti gigi)!

Kiranya, masalah gigi anak rongak nie memang agak common lah, kan? Ramai ibu bapa atau penjaga kurang kesedaran, betapa pentingnya penjagaan gigi kanak-kanak, walaupun ia masih gigi susu. Tak comel kan bila gigi jadi buruk? Lebih kasihan lagi kalau gigi anak berlubang sampai kena sakit gigi. Siapa yang pernah kena sakit gigi mesti tahu betapa sengsaranya ia. Bayangkanlah anak-anak kita kalau kecik-kecik lagi dah terpaksa melalui semua ini. 🙁

Painkiller Untuk Sakit Gigi

Bagaimana kerosakan gigi bermula : Karies gigi/kaviti gigi/gigi berlubang/tooth decay

Gigi kita terdiri daripada enamel, dentin dan pulpa.

struktur-gigi-tips-elak-gigi-anak-rosak-cepat

Struktur gigi manusia secara ringkas. Bahagian hitam tu adalah yang telah terkakis menjadi kaviti atau karies gigi. *image googled*

Masalah gigi berlubang (=karies gigi/kaviti gigi) bermula dengan jangkitan kuman yang dipanggil mutans streptococcus yang makanannya adalah gula (karbohidrat pun termasuk juga).
Mutans streptococcus akan mengeluarkan asid yang mengkakis kalsium pada struktur luar gigi. Ia juga menghasilkan plak- sejenis lapisan kekuning-kuningan- yang akan melekat dan menumpuk pada dinding gigi dan mampu mengkakis enamel gigi.
tips-elak-gigi-anak-rosak-cepat-bagaimana-gigi-berlubang-berlakuBila makin banyak bahagian gigi yang terkakis, terjadilah karies gigi/kaviti gigi/gigi berlubang seperti yang anda boleh tengok dalam gambar di bawah. Kalau dah sampai tahap macam gambar 4 tue, sakitnya Tuhan saja yang tahu. Nak buat apa pun tak boleh! 🙁

bagaimana-kerosakan-gigi-berlaku-gigi-anak-rosak-cepat-punca-sakit-gigi

Bagaimana kerosakan gigi bermula. *image googled*

Baru-baru ini saya dan beberapa teman berbual mengenai kesihatan gigi anak. Rupanya anak-anak salah seorang teman saya ini mengalami sakit gigi dah agak lama. Tapi oleh sebab masih kecil, nak rawat gigi yang bermasalah tu memang belum boleh lagi. Tiada pilihan lain melainkan tunggu gigi tersebut luruh sendiri dan mungkin akan ambil masa beberapa tahun juga. Kasihan sangat dengar, membayangkan kesengsaraan si anak menanggung sakit gigi. Kata teman saya, malam-malam kerap terbangun dan menangis kerana kesakitan. Si ibu juga selalu jadi tak cukup tidur. 🙁

Punca gigi anak rosak cepat

1) Anak dibiasakan dengan minuman dan makanan manis sejak kecil
Ini juga yang berlaku kepada anak-anak teman saya. Bila ditanya puncanya, teman saya memberitahu anak-anak mereka kerap diberikan makanan manis terutamanya gula-gula dan aiskrim semasa dijaga oleh neneknya pada waktu siang. Memang serba salah nak menegur. Kita pun faham kasih datuk nenek kepada cucunya, kan? Cuma bila gigi anak rosak begitu, agak ralat juga dibuatnya sedangkan ia boleh dielakkan.

Hakikatnya ialah, ramai kanak-kanak sudah pun terdedah dengan gula yang tinggi bermula dengan pemberian susu formula walaupun setelah umur dua tahun. Susu formula memang sangat tinggi kandungan gula tersembunyi (hidden sugar). Tak kurang juga yang berikan minuman manis kepada anak dalam botol susu.

Perlukan Beri Anak Susu Formula Lepas Umur Dua Tahun?

Lagi satu, amalan membiarkan anak tidur dengan botol susu di mulutnya juga menyebabkan gigi bahagian atas akan mudah rosak karies gigi (baby bottle mouth syndrome).

gigi-anak-rosak-disebabkan-menyusu-botol-sebelum-tidur-baby-bottle-mouth-syndrome

Baby bottle mouth syndrome. Berlaku bila anak kerap menyusu botol hingga tertidur dengan puting di mulut. *image googled*

Dari segi pemakanan pula, saya perhatikan macam satu kebiasaan untuk berikan anak minum atau makan benda manis, kadang tue sebelum usia mereka setahun pun lagi. 🙁

Benda manis bergula nie addictive tau. Ia buatkan anak `ketagih dan sentiasa mahukannya. Elakkanlah beri mereka air gas, air kotak, air kordial manis, aiskrim, gula-gula, yogurt atau susu berperisa sejak kecil. Kalau nak berikan goodies masa birthday pun, gantikan dengan makanan lebih berkhasiat ataupun benda yang berfaedah. Serba salah sebenarnya kan, kita jaga pemakanan anak di rumah tapi di tadika atau di luar, anak-anak diberikan junk foods oleh orang lain. Sama-samalah kita bekerjasama dan ambil berat hal nie ya.

2) Pemindahan air liur daripada ibu bapa
Mulut bayi tiada bakteria Mutans Streptococci (MS) yang bertanggungjawab dalam pembentukan karies gigi dan merosakkan gigi kanak-kanak. Tapi bakteria ini boleh dipindahkan ke mulut anak bila ibu bapa berkongsi sudu/straw/cawan dengan mereka, ataupun biasa mencium pada mulut mereka.

3) Kurang penekanan amalan menggosok gigi

tips-elak-gigi-anak-rosak-cepat-rajin-gosok-gigi

Ibu bapa perlu ajar anak membersihkan gigi sejak kecil. *image googled*

Ibu bapa yang kurang/tiada kesedaran tentang pentingnya penjagaan gigi anak biasanya tak kisah sama ada anak gosok gigi atau tidak. Kita kena tahu, plak yang terhasil pada gigi mengandungi berjuta-juta kuman yang menyebabkan karies. Sebab tue kalau tengok anak-kanak yang tidak berus gigi akan kekuning-kuningan dengan plak gigi yang banyak, serta ada karies gigi yang teruk. Kesian mereka.

4) Kurang dibiasakan minum air kosong
Berbeza dengan kaum Cina, orang Melayu kita rata-ratanya tidak dibiasakan banyak minum air kosong sejak kecil. Dahlah beri makanan minuman manis, lepas tue tak minum banyak air kosong dan gosok gigi. Memang buruklah kesannya, kan? 🙁 Tapi amalan minum air kosong nie kena dibiasakan sejak kecil. Kalau dah besar baru nak suruh, memang payah. 😀

9 tips cara jaga gigi anak supaya tak cepat rosak

tips-elak-gigi-anak-rosak-cepat-gigi-berlubang

1. Kerap guna gauze (kain napkin) untuk mengelap gigi bayi sebaik saja ia tumbuh, terutama selepas menyusu atau makan (umur 6 bulan ke atas)

2. Ajar anak gosok gigi dengan betul menggunakan berus gigi yang sesuai dan biasakan tabiat menggosok gigi sejak anak kecil sekurang-kurangnya sebelum dan selepas bangun tidur.
Jangan lupa gosok gigi mereka semula (follow up brushing) jika mereka masih belum mahir menggosok hingga bersih ya.
Boleh juga tayangkan cerita Upin Ipin “Gosok Jangan Tak Gosok” untuk menarik minat anak. Sambil bagi pengajaran, ia juga sangat menghiburkan. ^_^

3. Ajar anak biasa minum air kosong dan bawa botol air comel ke mana saja mereka pergi. Kami memulakan tabiat ini sejak mereka mula diperkenalkan solid food pada usia 6 bulan.

4. Jangan biasakan anak kecil minum air manis, terutama air bergas. Nak beri sekali sekala tak salah, tapi sebaiknya elakkan. Orang Jepun berikan anak-anak mereka teh tanpa gula seperti mugi-cha (barley tea) atau Oolong-cha (Oolong tea), ataupun air kosong saja dan jadi habit hingga mereka besar.

5. Beri anak makanan berkhasiat termasuk sayur dan buah-buah. Jangan biasakan anak kecil makan makanan ringan atau makanan manis seperti gula-gula, aiskrim dll. Yogurt atau susu berperisa juga ada kandungan gula yang tinggi. Gantikan dengan plain yogurt/Greek yogurt dan fresh milk.

6. Elakkan beri `suplemen` atau `minuman kesihatan` yang tinggi gulawalaupun dikatakan mengandungi khasiat dan dilabel “makanan sunnah” dan sebagainya. Rajin-rajin tengok label ya. Baru-baru ini saya dihadiahkan `suplemen kononnya untuk minda anak. Tapi terkejut tengok gulanya yang sangat tinggi, juga pewarna dan perisa. Tak ada beza dengan jajan yang dijual di supermarket tau. Dengan harga yang mahal, memang tak berbaloi. Kita kena jadi pengguna bijak. Jangan mudah percaya iklan k.

7. Tidak berkongsi sudu/garfu/straw/cawan minum dengan anak, atau mencium pada mulut mereka.

8. Berhenti berikan susu dalam botol sebelum tidur. Bagi yang sudah disapih, boleh berikan air masak.

9. Bawa anak jumpa doktor gigi secara berkala untuk pemeriksaan.

Bila ingat semula, masa zaman saya sekolah rendah dulu memang giat dibuat kempen jaga kesihatan gigi nie. Setiap kali waktu rehat murid-murid akan beramai-ramai bersedia di depan kelas masing-masing dengan cawan, berus gigi dan ubat gigi masing-masing untuk gosok gigi selepas makan. Selain tue ada juga diadakan pertandingan gigi paling cantik (percaya tak, saya pernah dapat anugerah gigi tercantik tau. kikikiki..). Ayah juga selalu bawa kami ke klinik gigi untuk pemeriksaan atau cabut gigi. Jadi Alhamdulillah gigi tak cepat rosak.

Apa pun, kebersihan dan kesihatan gigi anak adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa atau penjaga. Kesian kalau kecil-kecil lagi gigi anak dah rosak, kan? 🙁

Jom jadikan perkongsian seorang doktor gigi di bawah sebagai panduan kita bersama.
tips-elak-gigi-anak-cepat-rosak-penjagaan-gigi-anak-yang-betul

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru (ID 864914).
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Johor Bahru : Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Larkin, Kangkar Tebrau, Tampoi, Permas Jaya, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

UNTUK PERTANYAAN & ORDER :
======================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

4 Comments

  1. Noriza Rahman 10 October 2016
  2. arnie 10 October 2016
error: Content is protected !!