Turunkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Clean Eating

Semua orang mesti nak kurus dan anggun/segak selalu, kan? Sebab tue agaknya, produk kuruskan badan dengan cepat sangat laris di Malaysia nie walaupun tiada kelulusan KKM; malah ada kandungan bahan terlarang dan boleh membawa maut pula tue. 🙁

Hakikatnya, tiada jalan singkat atau short cut untuk turunkan berat badan secara sihat! Cara diet mungkin ada bermacam-macam, tapi jika mahukan berat badan ideal dan kekal sihat untuk jangka panjang, nak tak nak kita kena sentiasa jaga pemakanan sebab weight loss melibatkan 70~80% pemakanan dan 20~30% senaman.

Pendek kata, selagi kita tak jaga pemakanan dan`melantak` tak kira masa dan jenis makanan, selagi itulah misi kuruskan badan tak akan berjaya. Ini jugalah yang membuatkan ramai orang cepat give up bila berat tak turun-turun walaupun dah cuba macam-macam jenis diet termasuklah dengan produk kuruskan badan dan senaman. Nak kurus nie memang kena ada ilmu (+ mentor) dan konsisten serta sabar. Jadi taklah berat naik semula mencanak-canak selepas tamat tempoh berdiet. 😉

Tips turunkan berat badan secara sihat @ Clean Eating

Saya sebenarnya baru tahu, kalau fokus pada makan saja pun kita boleh turunkan berat badan secara sihat.
clean eating-turunkan berat badan secara sihat

Mungkin ada yang skeptik, macam mana pula makan boleh bantu kuruskan badan, kan?
Tapi dengan konsep Clean Eating, memang boleh turunkan berat secara sihat tanpa perlu berlapar atau bergantung pada ubat kurus dan suplemen semata-mata!

Clean Eating @ Eat Clean adalah tentang membetulkan tabiat pemakanan kita – dengan makan lebih banyak makanan yang bagus, menyihatkan dan segar.
Ini bermakna kita akan makan lebih banyak sayur, buah  bijirin penuh (wholegrains) serta lemak dan protein yang menyihatkan.
Dalam masa yang sama kita akan kurangkan atau hentikan pengambilan bijirin bertapis, gula tambahan, garam dan lemak yang tak baik untuk kesihatan.

Yang syoknya diet Eat Clean Style nie, kita akan makan 6 kali ; 3 hidangan utama, dan 2~3 waktu snek (pagi, petang, malam). Dan tak perlu susah payah untuk kira kalori. Nampak macam mudah je, kan?

Tapi itu bukan lesen untuk makan sebarangan ya. Ada tips khusus untuk pastikan diet Eat Clean anda berjaya.

Untuk itu, ada beberapa poin penting supaya kita boleh dapatkan berat badan yang ideal walaupun hanya dengan makan beserta sedikit senaman.

1. Pilih bijirin makanan yang penuh (whole)

kebaikan whole grains-turunkan berat badan secara sihat Kebanyakan produk bijirin telah dibuang bahagian bran dan germa yang mengandungi banyak nutrien serta serat. Sebab itu kita kena bertukar kepada bijirin penuh (wholegrain) berbanding yang ditapis. Cari produk bijirin yang ada label “wholegrain ya. Biskut bijirin, bijirin sarapan, roti dan pasta adalah antara yang kita perlu check labelnya. Untuk beras pula, boleh gunakan beras perang menggantikan beras putih.

2. Elakkan atau kurangkan pengambilan makanan berproses.

Pastikan MAJORITI bahan dalam makanan kita adalah segar kerana makanan berproses sangat tinggi kandungan gula, garam dan bahan tambahan yang boleh memudaratkan kesihatan. Kalau ada kemampuan, cari yang organik.

3. Pilih bahan makanan yang tidak ditapis (unrefined) berbanding yang ditapis (refined)

Banyak makanan kita pada hari ini telah pun ditapis hingga menghilangkan banyak khasiat penting di dalamnya. Contohnya, tepung putih, gula putih, roti putih, dll. Jadi, gantikan produk bertapis (refined) sebegini dengan yang tidak ditapis (unrefined) bagi mencegah obesiti, diabetes dan pelbagai penyakit serius lain.
bahaya bahan makanan bertapis-refined sugar-refined salt-refined flour Contohnya, garam putih (table salt), boleh tukar dengan garam air laut asli (sea salt) ataupun garam bukit (contohnya garam Himalaya berwarna merah jambu). Garam asli ini lebih tinggi kandungan mineral dan rasanya juga lebih sedap dan `lembut`. Elakkan garam putih yang bahan utamanya Natrium Klorida (= Sodium Klorida) semata-mata.

3. Pastikan ada protein, karbohidrat kompleks, dan sayur serta buah segar di dalam setiap meal dengan PORTION MAKAN YANG BETUL.

Masalah kebanyakan kita pada hari nie adalah, terlalu banyak ambil karbohidrat dan lemak, tapi kurang makan protein dan serat (daripada sayur dan buah), terutamanya semasa sarapan dan makanan tengahari. Padahal, karbohidrat dan lemak yang diambil berlebihan boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan dan kegemukan.

Kita kena tahu bahawa protein sangat penting untuk pembinaan otot yang akan meningkatkan metabolisme badan. Pengambilan protein dan serat daripada sayur dan buah juga membantu mengawal nafsu makan dengan memberikan rasa kenyang yang lebih lama jika diambil secukupnya.

portion makan yang betul-plate portion-eat clean

Amalkan pengambilan makanan mengikut portion ini. *image googled*

Anda tak perlu tinggalkan terus karbohidrat, dan kalau rasa susah nak kira dan kawal pengambilan kalori, cara termudah ialah amalkan portion makan yang betul secara konsisten. Ia akan membantu badan kita terus bertenaga dan membakar kalori dengan efisyen sepanjang hari.

5. Kurangkan pengambilan lemak, garam dan gula.

Semua tahu yang lemak dan gula berlebihan boleh menyebabkan kegemukan. Garam pula menyumbang kepada gemuk air. Jadi kena kurangkan pengambilannya ya. Langkah pertama adalah jauhi makanan berproses atau makanan segera yang mengandungi gula, garam dan lemak yang tinggi, selain bahan tambahan lain seperti pewarna, perisa dan pengawet.

6. Makan 5~6 kali sehari. Kuantiti sedikit tapi kerap.

Ini bermaksud, kita perlu makan tiga kali sehari serta ambil 3 hidangan snek (pagi, petang dan malam sebelum tidur). Macam banyak makan je kan? Tapi jangan risau sebab dengan cara ini akan mencegah kita daripada terlepas waktu makan yang akhirnya menyebabkan kita overeating bila dah terlalu lapar. Ini juga bagi memastikan paras gula dalam darah berada pada tahap yang stabil seterusnya membantu kita terus bertenaga. Tapi pilihan makanan yang sesuai sangat penting. Pilih snack yang kaya serat tapi tidak berkalori tinggi.

7. Berhenti ambil minuman bergula.

bahaya minuman manis-minuman berkarbonat

Takut tengok kandungan gula dalam minuman nie. Sangat tinggi! * Credit : Jason Cheong Dental Surgery*

Minuman segera 3-in-1 dan minuman berkarbonat adalah antara yang ramai orang suka minum, selain teh tarik, M**o, susu kotak berperisa, dan minuman jus yang dibotolkan. Minuman berkalori tinggi sebegini saja dah membuatkan kita ambil EXTRA 300~500 kalori sehari! Manalah badan tak senang naik, kan? Jadi elakkan atau kurangkan sebarang minuman manis ya.

Amalkan juga minum air kosong atau minuman kopi atau teh tanpa gula (seperti green tea), sekalipun semasa makan di luar. Bagi yang sweet tooth tue, boleh gantikan gula dengan pemanis Stevia. Gula asli seperti madu, sirap mapel, dll juga boleh digunakan, tapi dalam jumlah yang sedikit.

8. Minum air kosong 2~6 liter sehari

Selain mengelakkan dehydration (badan kehilangan terlalu banyak air) serta melancarkan perjalanan sistem-sistem dalam badan, kerap minum air kosong juga membantu kita mengawal nafsu makan.

9. Aktifkan diri dan banyakkan bergerak.

Buatlah apa-apa aktiviti sekalipun asalkan aktif bergerak, tak semestinya kena senam saja. Gaya hidup aktif bukan saja membakar kalori, mengurangkan lemak serta membina dan menguatkan otot, tapi juga membantu membantu memastikan jantung, paru-paru dan tulang kekal sihat dan kuat! Jangan jadi “potato couch“!

11. Ambil lemak yang berkhasiat

Tidak semua lemak perlu kita elakkan kerana ia juga salah satu nutrien penting untuk tubuh kita. Asid lemak Omega-3 contohnya, sangat diperlukan oleh tubuh kita untuk kekal sihat. Dapatkan lemak daripada sumber yang menyihatkan seperti minyak zaitun, minyak kelapa dara, avocado, dll. Gantikan juga marjerin dengan mentega (butter).

12. Makan dengan perlahan

Jangan tergesa-gesa ketika makan. Kunyah makanan sehingga hancur lumat. Bila makan perlahan-lahan nie, kita akan dapat lebih menikmati dan menghargai rasa asli setiap bahan dalam makanan tersebut. Yang paling penting, ini bukan saja membantu penghadaman, tetapi akan memberikan rasa kenyang seterusnya mengelakkan overeating. Makan laju-laju nie boleh menggemukkan tau!

Credit : CleanEatingMag, EatingWell.Com,

Dengan kebiasaan kita makan pada hari nie, mungkin agak mencabar nak mulakan Clean Eating. Dahlah Malaysia nie “syurga makanan” kan.
Saya sendiri baru mencuba-cuba dengan Clean Eating (walaupun tak sampai 100% “clean” lagi), dan Alhamdulillah telah turun 3 kg dalam sebulan. Diakui nak turunkan berat badan secara sihat memang mencabar dan kalau anda perlukan sokongan, sertailah mana-mana group yang fokus pada Clean Eating. Memang berbaloi!

Jomlah kita ubah tabiat pemakanan yang tidak baik  bermula dari sekarang, sebab kesannya akan mula terasa bila umur menjengah 30-an. Bukan saja akan kelihatan lebih tua daripada umur sebenar, berat juga akan mencanak naik hingga jadi obese bila tak jaga makan dan tinggalkan senaman berkala.

Pada ketika itu, bacaan kolesterol, paras gula dan tekanan darah pun akan mudah naik tinggi. Muda-muda lagi dah berpenyakit, sedangkan puluhan tahun dulu, penyakit-penyakit seperti kencing manis, sakit jantung, strok, darah tinggi, sakit buah pinggang banyak dialami oleh golongan yang dah berusia.

Cuba tonton video pendek di atas. Agak-agak, bagaimana agaknya keadaan kita di penghujung usia nanti ya?

Mudah-mudahan, jika diberikan nikmat umur yang panjang, biarlah tubuh kita dalam keadaan yang sihat supaya dapat terus beribadah dan beramal soleh dengan bebas dan selesa. Sebab bila badan dah menjadi sarang penyakit, nak bergerak dan beribadah pun susah, menjadi beban pula kepada ahli keluarga dan sanak saudara untuk menjaga. Kalau penyakit boleh dielakkan, kenapa tidak mula jaga kesihatan dari sekarang, kan?

Kena ingat yang tubuh kita ini pinjaman dan amanah daripadaTuhan. Jadi pilihlah makanan yang halal, menyihatkan dan berkualiti supaya kualiti hidup juga akan bertambah baik dan berkah, insyaAllah.

Eat Well, Stay Well

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru, dan Pontian (ID 864914).
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Johor Bahru : Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Larkin, Kangkar Tebrau, Tampoi, Permas Jaya, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

UNTUK PERTANYAAN & ORDER :
======================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

14 Comments

  1. Kak Cun Tuty 17 April 2016
    • Oja Samid 18 April 2016
  2. mommykemai 17 April 2016
  3. Noriza Rahman 18 April 2016
  4. Yana 18 April 2016
    • Oja Samid 18 April 2016
  5. oh pt3 18 April 2016
    • Oja Samid 18 April 2016
  6. Ikhwan 20 April 2016
  7. Hairul Hissam 20 April 2016
  8. Inspirasi Huda 21 April 2016
error: Content is protected !!