Kebaikan Berkhatan dan Pengalaman Mengkhatankan Anak

Musim cuti sekolah dah pun bermula. Selain daripada undangan ke majlis perkahwinan dan juga bermacam aktiviti bersama keluarga, pada waktu sebegini juga ramai yang ambil peluang untuk mengkhatankan anak lelaki masing-masing.

Kebaikan berkhatan untuk kesihatan

kebaikan berkhatan anak lelaki

Credit : Utusan Malaysia

Mungkin ramai yang dah tahu, berkhatan adalah pembedahan kecil yang dibuat untuk membuang kulit hujung zakar (dipanggil kulup@ foreskin). Sebabnya, kulit yang berlebihan pada hujung zakar sangat mudah menakung kotoran saki baki air kencing serta menghasilkan longgokan putih dan berbau busuk dipanggil ‘smegma‘. `Smegma` nie najis tau, boleh batalkan wudhu dan ibadah solat kita. Di kawasan hujung zakar yang tidak dikhatankan ini jugalah kuman-kuman senang membiak dan boleh menjadi punca bermacam penyakit.

Di Barat sebenarnya dah banyak kajian Sains yang membuktikan kebaikan berkhatan untuk kesihatan. Antaranya, lelaki yang berkhatan didapati KURANG BERISIKO untuk:

  • mendapat jangkitan kuman (Urinary Tract Infections (UTIs) – ia akan menyebabkan kesakitan yang teruk dan kesukaran membuang air kecil) 
  • mendapat kanser zakar dan kanser prostat
  • mendapat penyakit kelamin seperti sifilis, dll
  • mendapat jangkitan HIV
  • menyebabkan isteri mendapat kanser pangkal rahim akibat jangkitan virus HPV semasa persetubuhan

Sebab itu zaman sekarang berkhatan ni bukan setakat orang Islam ataupun Yahudi saja yang amalkan, tapi dah diterima di seluruh dunia sebagai satu amalan kesihatan yang dituntut.

Pengalaman Mengkhatankan Anak

Kalau di Malaysia, biasanya anak-anak dikhatankan sekitar umur 5~12 tahun. Tapi ramai juga yang khatankan anak sebaik saja bayi lahir sebab mudah nak dijaga. Kaedah berkhatan pun ada macam-macam untuk dipilih.

Memandangkan kami ada dua anak lelaki, agak lama juga memikirkan bila waktu yang sesuai untuk mengkhatankan anak. Tahun ini si abang berumur 8 tahun, adiknya pula 6 tahun. Kalau ikut perancangan, kami berdua memang berhasrat untuk mengkhatankan mereka pada musim cuti sekolah hujung tahun nie. Dari segi umur pun macam just nice je kan. 😀

Tapi bab berkhatan nie bukan boleh buat melulu. Selain daripada kesihatan tubuh badan anak, persediaan mental emosi mereka juga kena diambil kira.

Jadi sejak awal tahun ini, kami dah psycho, pujuk dan terangkan kenapa kena berkhatan, dari sudut agama dan juga kesihatan.
Satu, kena berkhatan sebab ia adalah suruhan agama dan menjadi amalan para Nabi serta manusia sejak ribuan tahun dulu. Memang Allah yang suruh dan pastinya ibadah yang berpahala, insyaALlah.
Kedua, untuk kebersihan diri dan juga banyak kebaikan berkhatan untuk kesihatan.

Tapi penerangan kita mestilah dengan bahasa yang anak mudah faham. Bila hari appointment berkhatan semakin dekat, rutin “bercerita” nie pun dikerapkan kepada setiap hari supaya anak-anak dapat menyediakan mental emosi mereka. 😉

Yang penting, jangan sekali-kali menakut-nakutkan anak untuk berkhatan. Kita sebagai ibu bapa memang kena terangkan betul-betul kebaikan berkhatan dan macam mana prosesnya supaya mereka ada gambaran yang jelas. Sebab kadang-kadang ada yang ingat “kena potong penis” tau sampai takut yang amat. Kesian kan.

Setakat pengalaman sendiri, bila anak-anak dapat maklumat yang tepat, insyaAllah mereka akan lebih tenang dan proses berkhatan pun lebih mudah dan lancar.
Kena sediakan juga rewards yang disukai supaya mereka bermotivasi untuk melakukannya. 🙂

*Credit : Utusan Online

teknik berkhatan-smartcclampALhamdulillah kedua-dua anak kami dah pun selamat dikhatankan menggunakan kaedah Smart Clamp, di sebuah klinik di Pasir Gudang. Kali nie saya memang serahkan tugas menemani anak-anak sepenuhnya kepada suami supaya mereka boleh berkongsi pengalaman penting ini bersama-sama. Lagipun, sejujurnya, saya memang tak sampai hati nak tengok. 🙁

Tapi saya akui, nak menjaga anak berkhatan memang kena lebih sabar. Bukan saja dari segi penjagaan dan pemakanan, tapi juga dalam nak memastikan keselesaan mereka terjaga sepanjang tempoh “berpantang”. Biasalah anak tengah sakit, ragamnya lain sikit, kan? Tapi layanan dan extra perhatian kita itulah yang akan membuatkan anak-anak rasa tenang, happy dan insyaAllah cepat sembuhnya. Lagipun momen seperti nie hanya sekali seumur hidup, kena betul-betul nikmati setiap saat. 😀

Apa pun, bagi ibu bapa yang merancang untuk mengkhatankan anak masing-masing nanti, saya sangat syorkan untuk memberikan makanan yang kaya dengan vitamin C serta zink untuk membantu mempercepat proses pemulihan luka. Boleh juga tambahkan dengan suplemen Shaklee yang terjamin selamat dan semulajadi.
chewable vita-c shaklee

Untuk sepanjang tempoh anak-anak “berpantang” ini pun saya memang pastikan mereka ambil suplemen Chewable Vita-C Plus serta Zinc Complex Shaklee.
Zinc Complex memang bagus diberikan (untuk anak berumur 4 tahun dan ke atas) supaya luka berkhatan cepat baik.
zinc complex shaklee
Vita-Lea For Children juga saya berikan untuk mencukupkan sebarang vitamin dan mineral yang kurang daripada pemakanan harian. Kalau khasiat cukup, insyaAllah badan pun mudah untuk sembuh.
multivitamin untuk anak-chewable vitalea for children

Kami doakan moga urusan berkhatan anak-anak anda juga akan dipermudahkan serta diberikan kesembuhan olehnya, serta menjadi sesuatu yang manis untuk dikenang-kenang bila anak dewasa nanti.

Jika anda perlukan suplemen untuk anak berkhatan, bolehlah cepat-cepat dapatkan `bekalan` daripada kami ya.

UNTUK PERTANYAAN & ORDER :
======================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru, dan Pontian (ID 864914).
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Johor Bahru : Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Larkin, Kangkar Tebrau, Tampoi, Permas Jaya, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

6 Comments

  1. arnie 28 November 2015
  2. Noriza Rahman 30 November 2015
  3. titan 10 December 2015
error: Content is protected !!