Waktu Paling Sesuai Lakukan Ujian Kehamilan dengan Urine Pregnancy Test (UPT)

Bagi yang sedang merancang untuk hamil (TTC : trying to conceive) dan mempunyai kitaran haid yang normal, memang menjadi satu debaran apabila haid masih belum datang pada hari yang sepatutnya ia bermula.

“Entah-entah aku mengandung tak?”

Dalam hati pasti terdetik begitu, kan? Kalau boleh kita nak cepat-cepat tahu dan dapatkan kepastian sama ada kelewatan haid itu adalah disebabkan kehamilan ataupun tidak. Memang nervous dibuatnya!

waktu terbaik untuk ujian kehamilan di rumah-urine pregnancy test

Untungnya zaman sekarang nie, bermacam jenis urine pregnancy test (UPT) ada dijual untuk membantu kita menguji kehamilan di rumah. Harganya juga berbeza-beza mengikut kadar sensitiviti dan ketepatan alat penguji kehamilan (UPT) tersebut.

Bagaimana UPT berfungsi

Urine Pregnancy Test (UPT) akan menguji kandungan hormon kehamilan yang dipanggil human chorionic gonadotropin (hCG) melalui air kencing. Hormon hCG ini dikeluarkan oleh plasenta (uri bayi) sebaik saja berlaku persenyawaan dan pelekapan janin (embryo) pada dinding rahim (uterus).

Dengan mengesan kehadiran hormon hCG ini di dalam air kencing, kehamilan dapat dikesan lebih awal menggunakan UPT. Kepekatan hormon hCG ini akan semakin bertambah seiring dengan usia kehamilan, jadi keputusan UPT pun akan jadi lebih tepat. 😉

Bila patut buat ujian kehamilan bila haid lewat

Sebenarnya ujian kehamilan nie boleh dibuat seawal hari pertama haid kita lewat. Tapi ini semestinya lebih sesuai dicuba oleh mereka yang mempunyai kitaran haid yang normal.

Walau bagaimanapun, kalau inginkan keputusan yang lebih tepat (sama ada hamil atau tak), ujian kehamilan boleh dibuat sekurang-kurangnya 2 minggu selepas haid terlewat. Sebabnya, pada ketika ini kandungan hCG (hormon kehamilan) adalah cukup pekat untuk dikesan oleh alat urine pregnancy test (UPT). Jadi kalau guna UPT murah sikit pun insyaAllah masih boleh sahkan kehamilan jika positif mengandung.

Tips penting sebelum guna UPT

jenis alat ujian kehamilan-urine pregnancy test (UPT)

Jenis alat menguji kehamilan (urine pregnancy test) yang boleh digunakan di rumah. Dari kiri: stick, midstream dan cassette. *image googled*

Sebelum guna sebarang alat pregnancy test (UPT), wajib baca arahan yang tertulis pada kotak ataupun kertas yang disertakan ya, sebab tak semua UPT tue sama. Ada yang jenis cassette dan kena titis pada UPT, ada yang jenis stick dan yang paling banyak dijual di farmasi ialah jenis midstream. 

Walau jenis apa pun yang anda gunakan, sebaiknya keluarkan dulu sedikit air kencing, tahankan sekejap dan kemudian barulah diambil sampel air kencing untuk diuji. Setelah diuji dengan UPT, biarkan seketika seperti yang diarahkan pada label hingga keputusan diperoleh.

Yang penting, ujian kehamilan dengan UPT nie paling baik dibuat pada awal pagi sebelum sarapan sebab waktu nie air kencing masih pekat. Jadi lebih mudah nak kesan apa-apa jika ada.

Cara tengok keputusan Urine Pregnancy Test (UPT)

Kebanyakan UPT akan ada dua tingkap. Tingkap “Control” (C) akan menunjukkan sama ada ujian kehamilan tue dibuat dengan betul atau tidak. Satu tingkap lagi adalah untuk “Test” (T), bagi melihat sama ada negatif atau positif hamil.
cara tengok keputusan ujian kehamilan urine pregnancy test (UPT)

Jika dua garisan keluar, bermakna anda sah hamil. Manakala kalau hanya satu garisan saja muncul (iaitu di tingkap “Control“), bermakna anda tidak hamil.

Walau bagaimanapun, pernah tak anda dapat keputusan UPT yang mempunyai dua garisan tersebut, tapi ianya agak pudar?

Ataupun, UPT masih menunjukkan keputusan “Negatif” walaupun haid tidak juga datang, hingga membuatkan kita tertanya-tanya.

Sebenarnya, ini banyak berlaku kalau kita check terlalu awal, di mana kandungan hCG masih belum cukup pekat untuk dikesan oleh UPT kita.

Cuma kalau muncul garisan kedua sekalipun agak pudar, dalam banyak keadaan ia sebenarnya menunjukkan keputusan “positif”.

Apapun, memang sebaiknya kita tunggu hingga 2~3 minggu lepas haid kita missed, barulah buat ujian kehamilan (UPT) nie sekali lagi. insyaAllah keputusannya lebih accurate. Dan kalau nak lebih yakin lagi, boleh berjumpa terus dengan doktor untuk pengesahan. 😉

Saya pun baru tahu, yang keputusan UPT nie mungkin tak tepat kalau digunakan oleh mereka yang sedang dalam rawatan kesuburan melalui suntikan hCG. Sebaiknya dapatkan penerangan yang jelas daripada doktor masing-masing terlebih dulu ya. Kalau tidak, memang boleh dapat “false positive” yang disebabkan hCG daripada suntikan, dan bukannya disebabkan betul-betul hamil.

* Credit : Dr. Zubaidi, BabyCentre.Co.UK

Walau apapun, bagi pasangan yang memang sedang ternanti-nantikan kehadiran cahayamata, munculnya double line” pada alat pregnancy test memang merupakan saat yang sangat indah dan membahagiakan. Perasaan gembira yang sukar diluah dengan kata-kata, namun pasti diiringi dengan doa dan harapan semoga kehamilan berjalan lancar hingga selamat melahirkan zuriat yang sihat.

Sepanjang kehamilan nanti anda boleh cuba amalkan suplemen untuk ibu mengandung. Set Ibu Hamil nie memang sudah cukup lengkap untuk membantu menampung keperluan ibu dan juga tumbesaran bayi dalam kandungan.

Ia juga membantu mengurangkan risiko untuk mengalami masalah seperti sembelit, sakit belakang dan pinggang, kerap cramp pada waktu malam, kurang Zat Besi (anemia), kecacatan saraf pada bayi (spina bifida & anencephaly), dll.
set asas kehamilan shaklee-full setTapi, sekiranya anda dan pasangan menghadapi masalah sukar hamil, kami syorkan supaya anda mencuba Set Kesuburan Shaklee ini. Ia boleh membantu memberikan sokongan nutrisi  untuk meningkatkan kesuburan suami dan isteri, seterusnya meninggikan peluang untuk mendapatkan cahayamata.
set asas kesuburan suami isteriWalau bagaimanapun, disebabkan situasi setiap pasangan adalah berbeza, kombinasi produk yang diperlukan mungkin tidak sama antara satu sama lain. Jadi, jangan segan untuk menghubungi kami untuk mendapatkan konsultasi percuma ya.

UNTUK PERTANYAAN & ORDER :
======================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru (ID 864914).
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Johor Bahru : Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Bandar Baru Uda, Larkin, Tampoi, Permas Jaya, Taman Perling, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

SERTAI KAMI sekarang untuk dapatkan penjimatan harga sehingga 19% serta peluang jana pendapatan dengan Shaklee!

17 Comments

  1. suri 3 November 2015
  2. titan 8 November 2015
  3. Noriza Rahman 16 November 2015
  4. Niewanna 11 April 2016
    • Oja Samid 11 April 2016
  5. Dolly 31 October 2016
  6. Dolly 31 October 2016
    • Oja Samid 1 November 2016
  7. nurul 2 November 2016
    • Oja Samid 4 November 2016
  8. Perawat Sihir 6 November 2016
  9. wawa 7 November 2016
  10. aina 13 November 2016
error: Content is protected !!