Produk Mencerahkan Kulit yang Selamat | Vitamin C Atau Glutathione?

Saya perhatikan ramainya orang kita yang obses nak jadi putih dan cerah. Ada yang sanggup berhabis duit beli produk mencerahkan kulit tak mengira sama ada ia selamat itu tidak. Janji boleh putih dalam masa sekejap walaupun muka dan tangan warna lain-lain. Padahal, genetik kita pun rata-ratanya memang `tak berapa nak cerah`. :p
skin-whitening-mencerahkan kulit secara semulajadi dan selamat-memutihkan kulit-1
Cuma bagi yang ada pigmentasi dan juga sunburn, dah tentulah nak cuba mendapatkan kembali tona kulit yang sekata dan kulit yang lebih cerah, betul tak? Yang penting kulit kembali sihat dan cantik.

7 fakta ringkas tentang pigmentasi kulit

Sebelum tue, jom fahami dulu macam mana pigmentasi kulit berlaku. Inilah penyebab kulit jadi gelap dan kadangkala muncul tompok-tompok hitam (jeragat).

  • Warna kulit kita datang daripada pigmen yang dipanggil melanin.
    Melanin dihasilkan oleh melanocytes, sejenis sel yang terdapat jauh di bawah kulit.

    warna kulit manusia dipengaruhi oleh melanin

    Warna kulit manusia dipengaruhi oleh melanin. *image googled*

  • Dengan menggunakan sejenis enzim dipanggil tyrosinase, Melanocytes akan menukarkan tyrosine (sejenis asid amino) kepada melanin.
  • Melanin yang terhasil ini kemudiannya `dihantar` ke lapisan atas kulit.
  • Semakin banyak melanin terhasil, makin gelaplah kulit kita. Keadaan mereka yang tiada  ataupun terlalu sedikit melanin pula dipanggil Albino.
  • Terdapat dua bentuk melanin; Pheomelanin yang lebih cerah dan kekuning-kuningan, ataupun Eumelanin yang berwarna coklat gelap.
  • Pendedahan kepada sinar UV matahari, ketakseimbangan hormon estrogen, pengambilan ubat tertentu, dll adalah antara faktor yang merangsang penghasilan melanin dan menyebabkan pigmentasi.
  • Sinaran UV, asap dan pencemaran juga menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit dan meningkatkan pigmentasi.

Jadi, kebanyakan produk memutih kulit @ produk mencerahkan kulit akan bertindak dengan memperlahankan penghasilan melanin ini. Ada yang guna bahan kimia untuk memberhentikan terus aktiviti melanocytes. Sesetengahnya guna teknik pengelupasan (peel), dan ada juga produk yang mengandungi vitamin untuk mencerahkan kulit.

Apapun pilihan anda, elakkan sebarang produk yang sampai boleh menghalang penghasilan melanin (contohnya seperti tranexamic acid) ataupun yang melibatkan pengelupasan (seperti merkuri atau hydroquinone).

Sebabnya, awal-awal memang kulit putih dan cantik dengan cepat, tapi untuk jangka panjang kesannya sangat bahaya! Tuhan dah jadikan melanin untuk memelihara sel-sel kulit kita daripada bahaya sinaran UV matahari, yang mana kalau terdedah secara berlebihan boleh menyebabkan kanser. Bayangkan kalau penghasilan melanin dihentikan terus, mudaratlah jawabnya, kan.

Berita baiknya, ada cara mencerahkan kulit yang semulajadi dan terbukti selamat iaitu dengan Vitamin C~~! ^_^

Bagaimana Vitamin C membantu mencerahkan kulit

Vitamin C (= Asid askorbik) adalah vitamin larut air yang terdapat pada buah dan sayuran terutamanya buah-buahan sitrus seperti lemon, limau dan oren.
kepentingan-kebaikan vitamin cIa didapati boleh membantu mencerahkan kulit secara semulajadi :

  • Vitamin C mengurangkan penghasilan enzim tyrosinase. Jadi melanin kurang dihasikan.
  • Vitamin C juga adalah sejenis antioksidan yang berfungsi melawan radikal bebas. Radikal bebas menyebabkan penuaan serta pigmentasi seperti timbulnya tompok-tompok hitam pada kulit.
  • Vitamin C meningkatkan paras DUA ANTIOKSIDAN KUAT lain – glutathione (antioksidan utama) dan Vitamin E (antioksidan larut lemak).
    Glutathione merangsang penghasilan Pheomelanin (yang mencerahkan kulit), berbanding Eumelanin (yang menggelapkan kulit).
  • Produk topikal (untuk sapuan luaran) mengandungi Vitamin C juga membantu membaikpulih kulit yang terdedah kepada sinaran UV matahari.
  • Vitamin C berfungsi sebagai ejen pengelupas semulajadi yang lembut. Bila sel kulit mati (yang pastinya terkandung melanin) dapat disingkirkan, kulit akan menjadi lebih cerah dan lembut.

Antara Vitamin C dan Glutathione, mana lebih efektif mencerahkan kulit secara semulajadi?

Kini banyak produk yang menawarkan kandungan Glutathione untuk mencerahkan kulit.

Hakikatnya, suplemen mengandungi Glutathione tidak berkesan untuk mencerahkan kulit dan membazir.

Kenapa?

1) Tubuh kita mampu menghasilkan Glutathione. Jadi kalau ambil makanan atau suplemen mengandungi Glutathione pun TIDAK AKAN menaikkan paras Glutathione di dalam darah disebabkan sifat Glutathione yang mudah teroksida dan tidak lagi efektif bila diambil secara oral (=makan). 

2) Rata-rata suplemen Glutathione disyorkan untuk diambil bersama-sama Vitamin C (dalam dos yang besar). Kita sedia maklum pengambilan Vitamin C akan meningkatkan paras Glutathione di dalam darah, jadi bukankah lebih baik makan Vitamin C saja?

3) Pengambilan makanan mengandungi Glutamine seperti daging, telur, wheat germ, protein whey dan bijirin penuh boleh merangsang penghasilan Glutathione oleh organ hati kita.

Bagi saya, lebih baik kita gunakan wang tersebut untuk membeli buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang kaya dengan Vitamin C dan juga Glutamine, serta tambahkan suplemen Vitamin C ke dalam diet harian. Automatically ia akan meninggikan paras Glutathione dalam darah secara semulajadi. Tak perlu beli suplemen Glutathione untuk memutihkan atau mencerahkan kulit.

* Credit : WhiterSkin.Com, ScienceBasedMedicine.Org, Illuminatural6i.Com

Jadi, jika anda mencari produk untuk mencerahkan kulit secara semulajadi dan selamat, saya sangat syorkan untuk anda amalkan sekurang-kurangnya Vitamin C semulajadi Shaklee iaitu Sustained Release Vita-C Plus.

Apa Istimewanya Kandungan Vitamin C Shaklee

vitamin C shaklee untuk mencerahkan kulit secara semulajadi

Dengan harga hanya RM92.50 untuk 180 biji tablet bagi penggunaan 2~6 bulan (bergantung kepada dos yang diambil), ia dapat membantu menampung keperluan Vitamin C anda setiap hari serta meningkatkan paras Glutathione di dalam darah bagi mencerahkan kulit secara semulajadiKebaikan Vitamin C untuk kulit juga sangat banyak.

5 Sebab Kenapa Ramai Cari Vitamin C untuk Kulit Cantik

Set Kecantikan Kulit Shaklee

Selain Vitamin C, nutrien seperti Vitamin E, protein, B-Complex dan gamma linolenic acid (GLA) juga sangat diperlukan bagi mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Sebab itulah ramai memilih Set Kecantikan Kulit Shaklee yang lengkap dengan kesemua nutrien untuk kulit tersebut.
set kulit cantik shaklee

Bagi yang ingin fokus kepada awet muda pula, boleh cuba Set Antioksidan (ACE) Shaklee.
ACE set suplemen antioksidan Shaklee

Kombinasi Vita-C Plus, Collagen Powder dan VIVIX juga sangat baik bukan saja untuk kulit tetapi untuk kesihatan yang menyeluruh.
Set Awet Muda Shaklee

Anda berminat untuk mencuba Sustained Release Vita-C Plus atau mana-mana kombinasi produk Shaklee untuk kesihatan dan kecantikan kulit?

Hubungi kami untuk mendapatkan konsultasi dan membuat pembelian ya.

UNTUK PERTANYAAN & ORDER :
======================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru, dan Pontian (ID 864914).
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Johor Bahru : Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Larkin, Kangkar Tebrau, Tampoi, Permas Jaya, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

6 Comments

  1. Yana 8 October 2015
  2. Noriza Rahman 9 October 2015
  3. arnie 13 October 2015
error: Content is protected !!