Apa Nak Buat Bila Kena Chicken Pox (Cacar Air)?

Siapa sini pernah kena chicken pox?

Chicken pox juga dipanggil cacar air (dan bukannya demam campak ye), dan ia disebabkan virus Varicella, virus yang sama menyebabkan kayap. Sejak cuti raya lepas, banyak juga dengar kawan-kawan atau kenalan yang kena chicken pox.

apa nak buat bila kena chicken pox-cacar air

Chicken pox sebenarnya boleh berlaku pada semua peringkat umur, tapi banyak berlaku pada kanak-kanak. Dan kebiasaannya, kita akan kena sekali saja seumur hidup. Sebab tue rata-rata orang dewasa dah tak kena, sebab ramai yang kena masa kecik-kecik, betul tak?

Macam mana boleh kena chicken pox @ cacar air?

Chicken pox adalah penyakit yang sangat senang berjangkit. Chicken pox merebak :

  • Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air daripada orang dijangkiti.
  • Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut. Contohnya, yang melekat pada pakaian dan tuala.
  • Melalui udara bila orang yang menghidap chicken pox batuk atau bersin

Jadi, mencabar sebenarnya nak kuarantin ahli keluarga yang kena chicken pox, terutama kalau ada anak-anak kecil lain. Memang selalunya akan terjangkit sekali.
anak kena chicken poxSaya sendiri pertama kali kena chicken pox pada umur 26 6ahun sebab berjangkit daripada anak sulung yang pada ketika tue berumur 6 bulan. Seksa tau bila kena chicken pox masa dah tua-tua nie. Memang lebih teruk. Macam saya dulu, dahlah banyak merata satu badan, nak sembuh pun lambat, dan parut lama nak hilang. >_<

Sebenarnya, virus chicken pox nie ambil masa 7~14 hari (purata 10~11 hari) untuk membiak dalam badan sebaik ia menjangkiti seseorang. Tempoh pembiakan ini dipanggil tempoh INKUBASI dan ia boleh menjangkiti orang lain sebelum ruam timbul.

Jadi memang kita takkan sedar masa dijangkiti. Hingga cacar air menjadi kering dan berkeruping, pesakit masih boleh menjangkitkan virus kepada orang di sekelilingnya. Sebab tue kalau boleh kena kuarantinkan pesakit di rumah supaya virus tak merebak kepada mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti. (Tapi orang kita nie ramai yang dah berani bawa anak keluar ke tempat awam walaupun keruping belum tanggal. Masih boleh jangkit kepada orang lain tau! 🙁  )

Virus Varicella ini akan terus berada dalam badan kita dan sekiranya kembali aktif, ia akan menyerang semula dan menyebabkan penyakit Kayap (herpes zoster @ shingles). Yang ini memang jauh lebih dahsyat daripada chicken pox sendiri. Jadi kena pastikan antibodi @ immune system kita kuat sentiasa k.

Tanda kena chicken pox @ cacar air

3 peringkat chicken pox-cacar airAntara tanda chicken pox yang biasa dialami :

  • demam
  • bintik-bintik merah pada kulit (muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh).
    Ruam chicken pox akan timbul kurang 2 minggu selepas jangkitan berlaku.
  • Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah, ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.
  • sakit perut
  • tiada selera makan
  • sakit kepala
  • rasa tidak selesa
  • letih dan terganggu
  • batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul

Ruam atau cacar air chicken pox selalunya akan mula reda dalam tempoh 2 minggu tanpa sebarang komplikasi.

Tapi, dalam kes tertentu ada juga yang dapat komplikasi teruk termasuklah kematian. Mereka yang paling berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk adalah :

  • Bayi baru lahir, yang ibunya tidak penah kena chicken pox atau menerima vaksin chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu kena chicken pox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh sebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, leukaemia dan pesakit kanser yang sedang dalam rawatan kemoterapi.
  • Orang yang ambil steroid berpanjangan seperti pesakit asthma dan sindrom nefrotik.
  • Penghidap sakit keradangan kulit (inflammation eczema).

Apa pun, kalau kita nampak tanda-tanda chicken pox ada ada mana-mana ahli keluarga terutama anak-anak, bawalah mereka jumpa doktor untuk dapatkan pemeriksaan, rawatan dan nasihat. Biasanya doktor akan berikan losyen calamine untuk disapu pada bahagian yang gatal. Selain itu, penting untuk kita monitor keadaan anak dan bantu mereka untuk rasa lebih selesa. Tapi kalau nampak bertambah teruk, cepat-cepat dapatkan rawatan hospital ya.

* Credit : MyHealth.Gov.My

Produk Shaklee untuk chicken pox

Bagi yang ingin berikhtiar dengan produk Shaklee untuk redakan chicken pox yang dialami, anda boleh cuba :

1) NutriFeron : Penguat antibodi anak-anak dan seisi keluarga.
Sebaik saja anak demam, ataupun anda nampak ruam muncul pada tubuh, cepat-cepat ambil NutriFeron  untuk meningkatkan daya tahan tubuh melawan serangan penyakit.
suplemen penguat antibodi-vitamin wajib bawa pergi bercuti-nutriferon
2) Performance Drink & Meal Shakes : Untuk elak dehydation dan mempercepatkan proses pemulihan.
Jika anak tak berselera makan atau susah untuk makan/minum/menelan kerana chicken pox, selain sup seperti sup ayam bersayur / sup tulang bersayur, anda boleh berikan bancuhan Performance Drink & Meal Shakes untuk menampung keperluan air dan khasiat lain seperti protein, karbohidrat, serat, vitamin dan mineral.
suplemen untuk anak demam-tak sihat

3) Herbal Blend Cream : Sapuan luaran untuk bantu redakan kegatalan chicken pox.
kegunaan HBCSelain daun semambu (naeem leaves), anda juga boleh gunakan Herbal Blend Cream di seluruh bahagian badan yang terkena chicken pox termasuk muka. Krim serbaguna Shaklee ini bersifat menyejukkan kulit, dan mengandungi daun sage yang sering diguna sebagai home remedy untuk melegakan kegatalan chicken pox.

4) Vitamin C : Antihistamin semulajadi untuk mengurangkan gatal-gatal, mempercepat pemulihan serta hilangkan parut chicken pox.
vitamin c shakleeDi Shaklee ada Sustained Release Vita-C Plus untuk dewasa, dan Chewable Vita-C Plus untuk kanak-kanak. 😉

5) Vitamin E : Membantu menghilangkan parut.
vita-e complex
Anda boleh cuba amalkan pengambilan Vita-E Complex dan juga disapu pada kulit untuk hilangkan parut chicken pox dan mencantikkan semula kulit.

Cara Mudah dan Berkesan Hilangkan Parut dengan Cepat

Jadi, saya cadangkan supaya anda sentiasa menyimpan stok kesemua produk di atas untuk kegunaan seisi keluarga. Ia boleh menjadi “home remedies” yang selamat, berkesan dan semulajadi, serta tanpa kesan sampingan. Terutama bila ada yang tak sihat secara tiba-tiba, sekurang-kurangnya ia boleh membantu, insyaAllah. 🙂

UNTUK PERTANYAAN & ORDER PRODUK SHAKLEE 
=======================================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru (ID 864914).

Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Johor Bahru : Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Bandar Baru Uda, Larkin, Tampoi, Permas Jaya, Taman Perling, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

SERTAI KAMI sekarang untuk dapatkan penjimatan harga sehingga 19% serta peluang jana pendapatan dengan Shaklee!

6 Comments

  1. seri nian 14 September 2015
  2. Sani 15 September 2015
  3. Noriza Rahman 17 September 2015
error: Content is protected !!