Hidung Selalu Tersumbat | Tanda Resdung Atau Allergic Rhinitis?

Tahukah anda, 1/3 daripada kita alah terhadap sesuatu?

Jenis alahan nie banyak. Ada yang alah dengan makanan tertentu (seafood atau kacang tanah, contohnya), ada juga yang tak tahan dengan perubahan suhu ataupun bahan-bahan yang banyak terdapat di sekeliling kita seperti logam, debunga, latex, bulu binatang, dll. Tapi, antara alahan paling aneh adalah alahan terhadap air ketuban (amniotic fluid embolism) dan alahan terhadap air (acuagenic urticaria)!

Apa punca alahan?

Alahan berlaku bila sistem imun seseorang bertindakbalas terhadap bahan-bahan tertentu daripada persekitarannya, tapi bahan tersebut tidak pula memudaratkan orang lain. Bahan-bahan ini dipanggil alergen, dan boleh ada pada binatang peliharaan, debunga, kulat, makanan, gigitan serangga, ubat-ubatan, hama, dll.

Disebabkan daya tahan individu yang ada alahan nie sangat sensitif, sistem imun mereka melihat alergen sebagai satu ancaman walaupun ia sebenarnya tak bahaya pun.

simptom alahan-hidung selalu tersumbat-resdung-allergic rhinitis

Antara simptom alahan yang biasa muncul bila terdedah kepada alergen. *image googled*

Jadi bila alergen memasuki badan, ia akan mencetuskan tindakbalas antibodi di mana akhirnya tubuh kita akan melepaskan histamin ke dalam sel berdekatan. Ini seterusnya menyebabkan terjadinya keradangan (inflammation) dan pembengkakan (simptom alahan).

Tapi simptom alahan yang dialami bergantung juga pada jenis alergen dan bahagian yang terjejas.

Kalau ianya sesuatu yang disedut masuk melalui hidung, simptom alahan selalunya melibatkan hidung, mata, sinus dan tekak. Alahan seperti ini dipanggil Allergic Rhinitis (Alahan Hidung).

Alahan terhadap makanan pula biasanya melibatkan masalah pada bahagian perut dan menyebabkan gegata (hives @ urticaria). Kadang-kadang reaksi alahan ini juga boleh berlaku serentak di beberapa bahagian badan.

Walau apa pun, jangan pandang remeh pada alahan tau, kerana jika pengeluaran histamin terlalu banyak, boleh sebabkan anaphylaxis shock dan kematian!

(Sebab tue penting untuk minta izin sebelum memberikan sebarang makanan/minuman kepada anak-anak orang lain. Ditakuti adanya alahan terhadap kandungan tertentu dalam makanan/minuman tersebut.)

Resdung : Allergy Rhinitis atau Sinusitis?

Kalau di Malaysia, kita biasa sebut “penyakit resdung” untuk penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Cuma istilah “resdung” nie terlalu general, sedangkan penyakit hidung nie bermacam jenis.
cara atasi resdung-allergic rhinitis

Dalam banyak-banyak jenis alahan, Allergic Rhinitis adalah antara yang paling biasa ditemui di ENT (Pakar Hidung, Tekak & Telinga). Mereka yang ada Allergic Rhinitis juga biasanya akan ada history masalah asthma dan/atau eczema dalam keluarga. Penyakit berangkai gitu.

Simptom Allergic Rhinitis yang paling tipikal :

  • hidung selalu tersumbat
  • hingus yang “jernih”
  • bersin-bersin
  • gatal hidung dan mata
  • mata berair

Bagi sesetengah orang, Allergic Rhinitis berlaku secara bermusim, tapi ada juga yang mengalaminya sepanjang tahun.

allergic rhinitis-hay fever-alahan debunga di jepun-hidung selalu tersumbat

Allergic Rhinitis dialami oleh ramai rakyat Jepun. Bermacam produk dan ubatan ada dijual untuk membantu mereka mengawal simptom alahan masing-masing. *image googled*

Macam di Jepun, 30% daripada penduduknya ada alahan terhadap debunga dan habuk rumah (= 花粉症 = Kafunshou). Ia adalah sejenis Allergic Rhinitis yang  biasa dipanggil “Hay Fever” dan menjadi kronik setiapkali datangnya musim bunga dan juga musim luruh. Memang tiap-tiap tahun jadi isu besar di Jepun sebab Allergic Rhinitis sangat menjejaskan rutin harian dan produktiviti si penghidapnya. Ia juga memakan belanja untuk mengawal dan mengurangkan simptom alahan.

Jika tak ditangani dengan baik, Allergic Rhinitis boleh menjadi lebih teruk, dan  menyebabkan saluran sinus (satu ruang dalam hidung) menjadi tersumbat. Apabila tersumbat dan diserang jangkitan, ia boleh menyebabkan Sinusitis.

resdung-alahan hidung-hidung selalu tersumbat dan sakit kepala

Perbezaan di antara sinus yang sihat (kiri) dengan yang mengalami resdung (Sinusitis) (kanan).

Antara simptom Sinusitis adalah :

  • Hidung berhingus. Hingus yang mengalir selalunya berwana kuning atau kehijauan.
  • Hidung selalu tersumbat.
  • Sakit kepala terutamanya pada bahagian depan atau belakang mata. Sakit kepala akan bertambah apabila pesakit tunduk.
  • Demam.
  • Sakit bahagian muka (pipi), belakang mata dan dahi.

Oleh sebab ramai yang masih keliru antara dua jenis penyakit hidung nie, kalau boleh pergilah berjumpa doktor ENT untuk pengesahan dan rawatan ya.

Kalau anda dapatkan rawatan di klinik/hospital, Allergic Rhinitis yang ringan biasanya akan diberikan ubat antihistamin untuk membantu menghentikan penghasilan histamin, seterusnya meredakan simptom alahan.

Walau bagaimanapun, sesetengah ubat antihistamin juga ada kesan sampingan (side-effects) seperti mengantuk dan keletihan, pening, tekanan darah naik, susah untuk fokus, sakit perut, sembelit, mual dan muntah, penglihatan kurang jelas, mulut kering, dll. Jadi kena ikut cara dan dos pengambilan yang betul tau.

* Credit : WebMD, MyHealth, MMGazette, MedicineNet, Dr. Zubaidi, DoktorBudak, Ascia

Bagi yang nak cuba antihistamin semulajadi, anda boleh ambil vitamin C contohnya melalui suplemen. Pada dos yang sesuai, ia tiada kesan sampingan, tidak berbahaya serta boleh bantu mengawal dan meredakan simptom alahan.

Tapi kalau amalkan suplemen, anda perlu pilih suplemen vitamin C semulajadi yang bagus, berkualiti dan berkesan sebab kebanyakan suplemen vitamin C di pasaran adalah sintetik. Dos dan cara pengambilan juga kena minta consultation daripada penjual.

Selain menjauhi dan mengelakkan sebarang alergen, stress dan tekanan emosi juga perlu ditangani dengan baik kerana ia akan menyebabkan alahan bertambah melarat. Di kalangan pesakit eczema contohnya, flare atau radang senang berlaku bila mereka dalam keadaan stress dan tertekan.

Suplemen cadangan untuk individu yang mempunyai alahan

Jika anda ada Allergic Rhinitis atau resdung, dan nak mencuba produk Shaklee untuk mengawalnya secara semulajadi, boleh cuba kombinasi produk-produk di bawah :

1) Sustained Release Vita-C – Antihistamin semulajadi yang juga sangat penting untuk meningkatkan pertahanan badan melawan penyakit.
testimoni suplemen shaklee untuk resdung-vitamin c-1
suplemen shaklee untuk resdung-vitamin c-2 2) Alfalfa Complex – Membantu mengurangkan keradangan terutamanya akibat dari ekzema, resdung (Sinusitis), alahan dan gegata (hives).
testimoni suplemen shaklee untuk resdung-alfalfa-1
testimoni suplemen shaklee untuk resdung-alfalfa-2 3) NutriFeron – Suplemen penguat antibodi semulajadi (immune booster) daripada herba terpilih. Ia mampu merangsang pengeluaran interferon semulajadi untuk melindungi tubuh daripada serangan patogen luar seperti bakteria, virus, dll.
testimoni suplemen shaklee untuk resdung-nutriferon-1
* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna produk ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila consult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

Kami juga syorkan anda cuba Garlic Complex  yang juga dikenali sebagai “antibiotik semulajadi” kerana ia selamat dan berkesan dalam menguatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit dan mengurangkan simptom alahan.
garlic shaklee-antibiotik semulajadi shaklee

B-Complex juga sangat membantu sebagai penenang dan penstabil hormon kerana stress dan tekanan emosi boleh memburukkan reaksi dan simptom alahan.
b-complex

Kami juga recommend VIVIX untuk anda yang tak mahu ambil terlalu banyak jenis suplemen. VIVIX sangat pekat dengan kandungan antioksidan untuk melawan keradangan, melawan alahan, meningkatkan fungsi sel badan, meningkatkan ketahanan tubuh melawan penyakit dan menyokong kesihatan menyeluruh.
4-mekanisme-vivix-anti-agingJika hidung selalu tersumbat dan anda ingin cuba atasi simptom resdung atau simptom Allergic Rhinitis melalui suplemen dan antihistamin semulajadi Shaklee, boleh hubungi kami seperti di bawah ya. 🙂

UNTUK PERTANYAAN & ORDER :
======================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru (ID 864914).

Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Johor Bahru : Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Bandar Baru Uda, Larkin, Tampoi, Permas Jaya, Taman Perling, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

SERTAI KAMI sekarang untuk dapatkan penjimatan harga sehingga 19% serta peluang jana pendapatan dengan Shaklee!

10 Comments

  1. Noriza Rahman 8 September 2015
  2. Aretikz 9 September 2015
  3. arnie 10 September 2015
  4. Arif Luqman 13 September 2015
  5. ohcikgu 26 November 2015
error: Content is protected !!