7 Tips Ceraikan Susu Badan Dengan Mudah

7 Tips Ceraikan Susu Badan dengan Mudah | Tahniah saya ucapkan buat semua ibu yang telah memilih dan berusaha yang terbaik dalam memberikan susu ibu buat anak masing-masing.

Susu ibu bukan sekadar memberikan zat nutrisi untuk tumbesaran anak, tapi juga membina hubungan yang sangat istimewa antara ibu dan bayi. Kedekatan dan ikatan emosi inilah yang menjadikan proses bercerai susu badan menjadi sangat mencabar, berat dan meruntun perasaan. Betul tak, ibu-ibu?
7 tips ceraikan susu dengan mudah

Ramai ibu mula menceraikan susu badan bila anak menginjak dua tahun atau lebih. Ada juga anak yang bercerai susu badan bila ibunya mengandung lagi, ataupun oleh sebab-sebab yang lain.

Pendek kata, keputusan untuk menghentikan penyusuan susu ibu bagi setiap anak pasti mempunyai kisah dan sebab yang tersendiri yang tak perlu kita hakimi.

Cara ceraikan susu badan dengan mudah

Sebenarnya ada banyak cara nak ceraikan susu badan. Contohnya, child-led weaning, mother-led weaning, dll. Kita boleh pilih ikut situasi dan keperluan masing-masing.

Dengan kedua-dua anak, saya telah mencuba kaedah mother-led weaning, iaitu dengan membantu anak untuk bercerai susu.

Mother-led weaning memang perlukan kelembutan, kesabaran dan kasih sayang yang tinggi. Cara ceraikan susu badan sebegini juga mesti dibuat secara bertahap dan fleksibel mengikut keperluan setiap anak supaya keperluan mental emosinya juga terpenuhi dan tidak terzalimi.

Tips ceraikan susu badan 1 :

Memberitahu anak beberapa hari sebelum kita benar-benar ingin menghentikan penyusuan dan  terangkan kenapa anda terpaksa mengambil keputusan tersebut.

Tapi, wajib beritahu yang kita sangat sayangkannya dan banyakkan sentuhan dengan anak.

Lakukan tips ini berulang-ulang beberapa kali setiap hari dalam tempoh yang dipilih. Ini adalah untuk menyediakan mental emosi anak (dan juga ibu). Bukannya senang nak bercerai susu, kan?

Tips ceraikan susu badan 2 : 

Ajak anak membeli sippy cup/cawan/botol air. Berikan dia peluang memilih apa saja yang digemarinya. Ini untuk menggalakkannya minum sendiri menggunakan cawan/botol air tersebut. Tak perlu kenalkan dengan botol susu!

Perlukan Beri Anak Susu Formula Selepas Umur Dua Tahun?

Tips ceraikan susu badan 3 :

Hanya berikan susu ibu bila anak minta. Jangan offer. Dalam masa yang sama, berikan real food yang berkhasiat dan mengenyangkan pada setiap waktu makan dan juga snack time.

Tips ceraikan susu badan 4 :

Bagi yang dah berumur melebihi setahun dan tidak mempunyalai alahan kepada susu mahupun lactose intolerance, dah boleh mula kenalkan fresh milk yang dituang ke DALAM CAWAN ; bukan sebagai makanan utama atau pengganti kepada susu ibu, tapi sebagai sebahagian daripada makanan harian.

Kalau anak menolak rasanya, boleh pelbagaikan penyediaan. Contohnya blend fresh milk bersama sedikit buah-buahan (strawberi, pisang dll). Susu kambing segar ataupun susu badam juga sangat bagus kalau mampu mendapatkannya. Elakkan susu tepung yang mengandungi gula yang tinggi serta non-dairy creamer, tak kisahlah jika ia berlabel “makanan sunnah” sekalipun. Kena check label tau!

Tips ceraikan susu badan 5 :

Pilih hari yang sesuai dan tidak sibuk dengan urusan penting lain supaya ibu dapat fokus pada anak. Hujung minggu atau hari cuti mungkin paling sesuai terutama bagi ibu-ibu yang bekerja.

Tips ceraikan susu badan 6 :

Bila tiba harinya, tidak offer dan tidak menerima permintaan untuk menyusu. Sebaliknya, banyakkan memujuk dan menerangkan dengan lembut, beritahu kita sayangkannya, peluk dan usap anak dengan penuh kasih sayang dan cuba alih perhatian dengan  aktiviti lain yang anak suka. Nak belikan mainan baru pun bagus juga. 😉

Kalau ada suami atau ahli keluarga lain, boleh minta beliau ambil alih melayan anak bila kita dah mula rasa letih.

Tips ceraikan susu badan 7 :

Pastikan anak makan dengan kenyang, terutama makan malam. Jadi takdelah anak bangun malam-malam nak mengempeng, kan?

Dan sebelum tidur boleh siapkan sebotol air kosong di tepi katil untuk anak minum jika dia terjaga pada waktu malam.

Boleh dikatakan, once anak dah berjaya tidur tanpa menyusu (mengempeng), misi bercerai susu akan lebih mudah tercapai, insyaAllah.

Pengalaman saya ceraikan susu badan anak dalam masa sehari

Saya membesar dengan susu formula kerana ibu mempunyai masalah untuk meneruskan penyusuan. Beliau juga ibu bekerja. Zaman dulu kesedaran dan pengetahuan mengenai penyusuan tak meluas seperti sekarang, ditambah dengan dakyah mengenai kebaikan susu formula yang sangat hebat.

ALhamdulillah pada tahun 2002 saya telah direzekikan untuk mendengar sharing daripada Dr. Harlina Hj. Siraj (doktor pakar sakit puan) mengenai kepentingan dan kebaikan penyusuan susu ibu. Jadi, sebenarnya sejak bujang lagi saya dah memasang niat dan azam untuk menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya.

Perjalanan penyusuan susu ibu untuk anak sulung kami tak mudah pada awalnya. Saya struggle dengan bermacam isu dan kepayahan. Bersalin dan berpantang sendiri jauh di tanah orang pulak tue kan. Kalau diingat balik memang boleh meleleh airmata. 🙁
Tapi kerana azam yang kuat, Alhamdulillah Affan dapat menikmati khasiat susu ibu sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, saya terpaksa menceraikan susu badan ketika umurnya setahun 4 bulan kerana physically, mentally and emotionally, saya dah tak kuat lagi nak meneruskan penyusuan susu ibu dalam keadaan hamil 5 bulan.

Honestly, ia satu keputusan yang sangat berat dan meruntun perasaan kerana saya dan Affan masih belum bersedia untuk itu. Jadi, saya hanya mampu memujuk dan menjelaskan dengan lembut sambil memeluknya, kenapa Affan terpaksa ibu hentikan penyusuan. Sebab pada umur sekecil itu pun sebenarnya anak-anak dah boleh faham perasaan kita walaupun belum fasih bercakap.

Jadi setiapkali dia meminta, saya hanya memujuk lembut dan berulang-ulang menerangkan sambil memberitahu bahawa saya sangat sayangkannya. Sepanjang hari Affan resah, tapi saya tidak give up. Saya juga akan alih perhatiannya kepada bermacam perkara lain bila dia ingin menyusu. Menjelang malam, Affan merengek juga. Syukur ada si ayah untuk mengambil alih. Kami juga ada menyediakan botol air yang comel berisi air kosong sekiranya haus pada waktu malam.

tips ceraikan susu badan-beri botol air

Antara gambar anak-anak dengan botol air @ sippy cup selepas mereka bercerai susu badan.

Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya ceraikan susu anak dalam masa sehari saja, tanpa perlu gunakan sebarang bahan (seperti sirap, kopi, dll) atau muslihat untuk menjauhkan anak daripada payudara ibunya. Personally, saya lebih suka gunakan cara psikologi seperti ini.

Cara ini juga saya gunakan pada si adik semasa genap umurnya 2 tahun. Keputusan yang agak last minute juga, tanpa sebarang persediaan. Tapi dengan pujukan, pelukan, kata-kata sayang dan distraction, Alhamdulillah dapat ceraikan susu badan dalam masa sehari juga. Masa tue kami tiga beranak sedang balik kampung. Jadi anak lebih `sibuk` bermain dan misi cerai susu tercapai dengan sangat mudah. Saya kira, pengalaman ceraikan susu untuk anak pertama banyak membantu.

Modalnya hanya sabar, tegas, lembut dan konsisten, sambil memberikan seberapa banyak bahasa kasih sayang yang mungkin. Anak pun tak trauma dan ibu juga tak perlu meletakkan apa-apa atau `menipu` anak untuk `memaksa` mereka berhenti menyusu. Senang, kan? 😀

Walau bagaimanapun, ini hanya pengalaman dan pilihan kami. Setiap orang mempunyai situasi yang berbeza-beza. Tapi saya berharap, cara apa pun yang kita pilih, pastikan keperluan fizikal dan mental emosi anak tetap terjaga ya.

Saya doakan moga anda juga dapat melalui proses ini dengan baik dan tenang. Semoga misi berjaya dan dipermudahkan Allah. =)

Bagi yang masih risaukan keperluan khasiat anak sama ada mencukupi atau tidak selepas berhenti menyusu, Set Kesihatan Anak boleh membantu menyokong kesihatan mereka yang sedang membesar.
set suplemen Shaklee untuk anakHubungi kami jika berminat untuk mencuba ya. =)

=========================================================

UNTUK PERTANYAAN & ORDER :
======================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru, dan Pontian (ID 864914).
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, Kempas, Larkin, Permas Jaya, Tampoi, dan sekitar Johor Bahru.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

7 Comments

  1. Noriza Rahman 26 August 2015
  2. arnie 2 September 2015
  3. Rod 7 September 2015
error: Content is protected !!