8 Manfaat Astaxanthin untuk Sihat dan Awet Muda

Semasa saya bermusafir ke pulau Hokkaido, Jepun lebih 12 tahun lalu, saya sempat melihat sekumpulan ikan salmon yang sedang berlumba-lumba mengharung arus deras sungai di sebuah pekan kecil. Pada masa tue terlintas juga di fikiran,

Kuatnya ikan-ikan nie berenang. Bukan senang nak melawan arus, apatahlagi dalam perjalanan yang panjang seperti nie. Apa rahsianya?
manfaat astaxanthin

Para saintis berpendapat, kekuatan dan ketahanan yang pada tubuh salmon ini datang daripada sejenis antioksidan yang sangat hebat iaitu Astaxanthin (baca = as-ta-zan-tin).

Astaxanthin adalah sejenis antioksidan larut lemak daripada kumpulan karotenoid. Jika Beta-carotene (salah satu jenis karotenoid) merupakan pigmen warna oren, Astaxanthin yang digelar “Raja Karotenoid” ini pula berwarna merah dan memberikan warna pink kemerah-merahan pada udang, ketam dan salmon. In fact, flamingo yang asalnya putih itu juga bertukar menjadi merah jambu disebabkan Astaxanthin yang terkandung dalam makanannya.

Kenapa Astaxanthin antioksidan yang hebat

Tubuh manusia sentiasa terdedah kepada serangan radikal bebas sama ada dari persekitaran luar mahupun yang terhasil dalam badan kita sendiri.

fungsi antioksidan- melawan radikal bebas

Antioksidan membantu melindungi daripada serangan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel. *image googled*

Jika terlampau banyak, radikal bebas ini boleh menyebabkan kerosakan pada DNA, sel saraf, dll, seterusnya mempercepatkan proses penuaan dan kemerosotan fungsi pada tisu-tisu dan organ-organ badan kita. Bila dah macam nie, memang mudahlah nak dapat macam-macam penyakit, kan?

Sebab itu antioksidan yang cukup sangat penting untuk melawan dan mengurangkan jumlah radikal bebas dalam badan kita. Dalam hal nie, kita memerlukan kedua-dua jenis antioksidan; yang larut lemak dan larut air, sebab setiap satunya akan melawan radikal bebas pada jenis sel dan tisu yang berbeza.

Apa yang saya perasan, akhir-akhir nie banyak sungguh pengeluar produk kesihatan dan kecantikan yang mendakwa menggunakan Astaxanthin di dalam produk mereka. Pastinya ini disebabkan kuasa antioksidan dan juga keistimewaan yang ada pada Astaxanthin.

Oleh sebab Astaxanthin adalah antioksidan larut lemak, ia boleh dibawa oleh molekul lemak ke sel-sel DI SELURUH bahagian badan termasuklah retina mata, otak, tisu payudara, tisu prostat dan otot.

Kalau seluruh sel tubuh kita mampu mendapatkan perlindungan antioksidan seperti Astaxanthin, insyaALlah risiko untuk dapat penyakit pun rendah. Best, kan?

Saya sendiri terkejut bila dapat tahu nilai kekuatan antioksidan pada Astaxanthin adalah yang paling besar di kalangan antioksidan lain setakat ini. Boleh tengok carta ORAC di bawah ya.

ORAC : Oxygen Radical Absorbtion Capacity
Satu unit ukuran untuk menentukan kadar sesuatu bahan dalam menentang radikal bebas.
Semakin tinggi nilai ORAC, maka lebih kuat untuk melawan radikal bebas dalam tubuh.

astaxanthin antioksidan paling kuat-ORAC Chart

Satu kajian pada tahun 2007 juga mendapati bahawa kuasa antioksidan pada Astaxanthin adalah :

  • 6,000 kali ganda lebih tinggi daripada vitamin C
  • 800 kali ganda lebih tinggi daripada CoQ10
  • 550 kali ganda lebih tinggi daripada katekin dalam teh hijau
  • 75 kali ganda lebih tinggi daripada alpha lipoic acid

Memang powerful! Dah tentulah manfaatnya pun banyak, kan?

Manfaat Astaxanthin untuk kesihatan

  1. Astaxanthin bantu melegakan kesakitan dan keradangan pada otot, sendi.
  2. Astaxanthin meningkatkan ketahanan dan kekuatan otot, dan membantu melawan keletihan.
    Bagi yang kuat bersenam atau bersukan (terutamanya para atlet), Astaxanthin membantu otot pulih dengan cepat serta meningkatkan paras tenaga.
  3. Astaxanthin menyokong kesihatan mata.
    Banyak kajian mendapati Astaxanthin membantu membaiki masalah mata yang berpunca daripada penyakit diabetes (diabetic retinopathy), degenerasi makular (akibat penuaan), dll.
  4. Astaxanthin melindungi sel-sel daripada rosak akibat radikal bebas.
  5. Astaxanthin menjadikan kulit lebih sihat dan cantik serta awet muda.
    Ia mengurangkan pembentukan kedutan, serta mengelakkan terjadinya sunburn.
  6. Astaxanthin membantu kesihatan jantung.
    Ia memperbaiki pengaliran darah supaya lancar, menurunkan tekanan darah serta mengawal paras kolesterol yang sihat dalam darah.
  7. Astaxanthin membantu memelihara fungsi otak dan mencegah Alzheimer.
  8. Astaxanthin meningkatkan sistem imun tubuh.

Sumber Astaxanthin nak dapat dari mana?

Setakat ini Astaxanthin hanya didapati daripada dua sumber iaitu :

  • sejenis alga dipanggil Haematococcus pluvialis
  • hidupan laut seperti salmon, ketam, dll yang menjadikan alga Haematococcus pluvialis sebagai makanannnya

Cabaran bagi kita, agak banyak jumlah yang diperlukan kalau nak dapatkan Astaxanthin secukupnya daripada makanan harian. Salmon pula agak mahal, takkan nak makan hari-hari, kan? Sesetengah salmon juga mengandungi bahan toksin seperti merkuri dan plumbum.
antioksidan astaxanthin

Jadi dalam hal nie, cara paling mudah dan sesuai untuk dapatkan Astaxanthin secukupnya setiap hari adalah dengan mengambil suplemen yang bagus dan berkualiti. Elakkan juga suplemen yang menggunakan Astaxanthin sintetik ya, kerana kesannya tidak sebaik yang semulajadi.

* Credit : HuffingtonPost, Mercola.Com

Berita baik untuk semua, kini anda juga boleh dapatkan manfaat Astaxanthin yang hebat ini daripada CarotoMax Shaklee, semestinya daripada sumber semulajadi (alga Haematococcus pluvialis).
carotomax

Ia merupakan suplemen karotenoid (termasuk Astaxanthin) dengan kuasa antioksidan yang sangat hebat untuk mencegah penyakit seperti kanser, menjaga kesihatan mata dan kardiovaskular, melambatkan penuaan serta membantu mencapai kesihatan yang lebih baik dan menyeluruh, insyaAllah.

Anda juga boleh cuba Set Antioksidan Shaklee (ACE Set) untuk mendapatkan manfaat antioksidan yang lebih hebat.
ACE set suplemen antioksidan Shaklee

Hubungi kami jika berminat nak mencuba ya. 🙂

UNTUK PERTANYAAN & ORDER :
======================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru, dan Pontian (ID 864914).
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Larkin, Kangkar Tebrau, Tampoi, Permas Jaya, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

15 Comments

  1. Mak Jemah Jual Vitamin 18 August 2015
  2. nila anggraini 18 August 2015
  3. Dr Fattah 18 August 2015
  4. SaniYunus 18 August 2015
  5. auntiekemai 18 August 2015
  6. Noriza Rahman 19 August 2015
  7. arnie 1 September 2015
error: Content is protected !!