Resepi Puding Koktel Berkuah Sedap untuk Hidangan Tetamu

Resepi Puding Koktel Berkuah Sedap | Saya yakin ramai yang sukakan puding koktel berkuah @ puding kastad berkuah koktel kan? Nak-nak kalau dihidang sejuk-sejuk semasa hari panas ataupun semasa berbuka puasa. Memang heaven!

Pertama kali saya makan puding koktel berkuah nie semasa berlatih mengaji di rumah ustazah untuk pertandingan tilawah al-Quran semasa Darjah 6. Sejak tue puding koktel berkuah menjadi antara pencuci mulut @ desserts kegemaran lantaran kesedapannya.
resepi puding koktel berkuah sedap Cuma kadang-kadang kalau kita beli di luar (contohnya di bazar Ramadhan), susah nak cari yang menepati citarasa. Sudahlah harganya mahal, selalu juga dapat yang koktelnya hanya sedikit dan isinya tak begitu menarik. Jadi kalau nak puas makan puding koktel berkuah nie haruslah buat sendiri. Ia akan jadi jauh lebih sedap sebab kita boleh bubuh segala benda yang disukai ke dalam kuah koktel, betul tak? 😉

Pada bulan Ramadhan yang lepas, anak kami telah request puding nie untuk berbuka. Jadi, saya telah mencuba resepi puding koktel berkuah sedap yang dikongsikan oleh Puan Lina @ LinaPG.Blogspot.Com. Ternyata memang sangat sedap dan betul-betul kena dengan citarasa kami sekeluarga! Resepinya macam di bawah nie ya.

RESEPI PUDING KOKTEL BERKUAH @ PUDING KASTAD BERKUAH KOKTEL

Bahan-bahan :
Puding Kastad
1 cawan tepung kastad
4 cawan air
1 cawan susu cair
3/4 cawan gula @ secukup rasa

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan, kacau atas api sederhana hingga likat. Sentiasa kacau supaya adunan tidak bergentel
2. Tuang dalam loyang atau bekas kecil-kecil. Sejukkan.

Kuah
1 tin susu cair
2 tin air (sukat dengan tin susu cair)
1 tin fruit koktel (ambil buah sahaja – saya guna dua tin koktel bersaiz besar)
3/4 cawan gula @ secukup rasa
2 sudu besar tepung kastad

Cara-cara :
Satukan semua bahan kecuali koktel buah. Masak atas api (sekejap saja).

Kalau nak bubuh agar-agar jeli a.k.a sumi ataupun nata de coco ke dalam koktel pun boleh. Bertambah heaven!

Kalau nak tahu, satu adunan nie kami berempat sekali hadap je boleh terus habis tau. Jadi, bila nak jadikannya desserts untuk menjamu tetamu, jangan lupa gandakan kuantiti ikut keperluan ya. Dijamin licin hingga menjilat sudu, insyaAllah! Tak rugi mencuba resepi koktel berkuah sedap nie. ^_^

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================

UNTUK PERTANYAAN & ORDER :
======================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

 

Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru, dan Pontian (ID 864914).
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Larkin, Permas Jaya, Kangkar Tebrau, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

2 Comments

  1. Noriza Rahman 15 August 2015
error: Content is protected !!