Perlu Ke Risau Bila Haid Lambat Lepas Bersalin?

Perlu Ke Risau Bila Haid Lambat Lepas Bersalin? | Ramai ibu-ibu risau bila haid lambat lepas bersalin; yang sampai melebihi dua tahun pun ada! Oleh sebab tubuh dan keadaan setiap orang adalah berbeza, tiada siapa yang boleh tahu  dengan tepat bila haid lepas bersalin akan datang semula.
punca haid lambat lepas bersalinTapi secara purata, haid akan datang semula dalam tempoh sekitar 28 minggu (=7 bulan) selepas melahirkan.
Ada juga yang datang haid seawal 15 minggu (=tiga bulan setengah) ataupun selewat 48 minggu (=11 bulan) lepas bersalin.

Penyusuan susu ibu punca haid lambat lepas bersalin?

Sebenarnya, haid lepas bersalin nie sangat dipengaruhi oleh hormon penyusuan iaitu hormon prolaktin.

Bagi ibu yang menyusukan anak, paras hormon prolaktin yang tinggi sering menyebabkan haid lambat lepas bersalin.

Terutama pada tempoh enam bulan pertama di mana kita menyusukan anak secara eksklusif siang dan malam tanpa memberi susu formula kepada bayi, kebiasaannya haid akan datang lewat.

Sebaliknya kalau baby tak kerap menyusu atau dah pun minum susu formula, kemungkinan besar haid akan datang lebih awal.

Bagi ibu yang tidak menyusukan anak pula, jika bayi hanya diberikan susu formula sahaja, ada kemungkinan haid akan datang dalam tempoh satu hingga tiga bulan selepas bersalin.

Tapi ini hanya penjelasan secara umum, sebab ada banyak sebenarnya faktor yang mempengaruhi haid lepas bersalin. Jadi, lain orang lain efeknya tanpa mengira faktor penyusuan.

Bolehkah merancang keluarga melalui penyusuan susu ibu untuk elak kehamilan?

penyusuan susu ibu

Penyusuan susu ibu secara eksklusif antara sebab haid lambat lepas bersalin. *image googled*

Penyusuan susu ibu SECARA EKSKLUSIF memang boleh jadi perancang kehamilan semulajadi. Tetapi ia bukannya 100% terjamin berkesan tau.

Kaedah perancang keluarga melalui penyusuan secara kerap dan konsisten ini dipanggil Lactational Amenorrhoea Method (LAM). Kaedah ini adalah 98% efektif.

LAM hanya akan berkesan KALAU :

      • Bayi berumur kurang enam bulan
      • Haid masih belum datang lepas bersalin
      • Anda menyusukan secara eksklusif mengikut permintaan (demand) bayi, siang dan juga malam. Maksud “penyusuan eksklusif mengikut permintaan” adalah anda menyusukan sekurang-kurangnya enam kali sesi penyusuan yang panjang bagi setiap 24 jam.
        • Gap antara setiap sesi penyusuan tidak terlalu lama melebihi 4 jam pada waktu siang, dan 6 jam pada waktu malam.
        • Tak berikan sebarang cecair atau makanan (solid food) SELAIN SUSU IBU.
      • Bayi hanya direct feeding (no bottles), kerana hisapan bayi akan merangsang hormon yang menekan ovulasi daripada berlaku.
      • Anda tidak ambil sebarang ubat anti-depressants (bayi akan jadi mengantuk dan kurang menyusu)

Secara ringkasnya, kaedah LAM tidak lagi efektif sebagai perancang kehamilan bilamana bayi tidak lagi menyusu secara EKSKLUSIF.

Boleh minta nasihat daripada gynae masing-masing jika nak gunakan kaedah nie ya.

Tak datang haid lepas bersalin bukan jaminan tak akan mengandung lagi

Sebenarnya ramai yang anggap, selagi belum haid lepas bersalin, maka mereka belum lagi subur dan tidak akan mengandung jika melakukan hubungan seks. Jadi tidak pelik kalau ada yang `termengandung` semula (unplanned pregnancy) walaupun haid belum datang lepas bersalin.
(Saya tak dinafikan anak adalah rezeki kurniaan Allah yang perlu disyukuri kehadirannya, tetapi merancang keluarga adalah penting untuk menjamin kesihatan mental, emosi dan fizikal ibu, anak dan (bakal) bayi dalam kandungan. )
kitaran haid yang normal

Hakikatnya, ini tanggapan yang salah. Kalau kita rujuk kitaran haid wanita yang normalovari wanita akan mengeluarkan ovum (= ovulation) sebelum haid berlaku (= menstruation). Jadi, ada kemungkinan si ibu dah pun kembali subur sebelum haid pertama kali datang selepas bersalin, menyebabkan persenyawaan di antara sperma suami dan ovum isteri boleh terjadi jika tidak mengamalkan sebarang perlindungan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, cubalah untuk amalkan kaedah perancang keluarga yang bersesuaian ya. Banyak kaedah perancang keluarga yang ada sekarang nie. Jadi, dalam memilih kaedah yang paling sesuai dengan keperluan dan keadaan, perbincangan di antara suami isteri dan gynae sangat penting.

* Credit : BabyCentre.Co.Uk

Apa nak buat jika haid lambat lepas bersalin?

Dalam melalui proses kehamilan, bersalin dan kemudiannya penyusuan susu ibu, tak dinafikan ia melibatkan banyak perubahan hormon. Ibu-ibu pasti akan risau jika haid lepas bersalin masih tidak datang sekalipun setelah beberapa bulan berhenti menyusukan anak. Bagi mereka yang berniat untuk menambah bilangan cahayamata pula, hal nie mungkin jadi masalah sebab agak susah nak merancang kehamilan bila tak tahu waktu subur, kan?
Kebaikan GLA Complex Shaklee

Berita baik untuk anda yang ada masalah haid lambat lepas bersalin, ada cara yang lebih semulajadi, mudah dan selamat iaitu melalui pengambilan GLA Complex Shaklee. GLA memang diketahui umum mampu membantu menstabilkan paras hormon. Ia juga membantu meningkatkan kesuburan wanita, selain pelbagai manfaat lain untuk kesihatan.

Testimoni GLA Complex bantu masalah kitaran haid tidak teratur / haid lambat lepas bersalin :

Hubungi kami jika berminat nak mencuba ya. 🙂

UNTUK PERTANYAAN & ORDER :
======================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru, dan Pontian (ID 864914).
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) produk Shaklee untuk kawasan sekitar Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Larkin, Kangkar Tebrau, Tampoi, Permas Jaya, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

6 Comments

  1. Dr Fattah 8 August 2015
  2. abg jay 8 August 2015
  3. Noriza Rahman 10 August 2015
error: Content is protected !!