3 Langkah Cerahkan Kulit Secara Semulajadi dan Selamat

“Shaklee ada tak produk putihkan kulit?”

“Makan vitamin Shaklee boleh putihkan kulit ke?”
cerahkan kulit secara semulajadi dengan shaklee

Dah beberapa kali juga saya ditanyakan soalan seperti di atas. Nampaknya ramai sungguh orang  yang teringin nak jadi putih atau berkulit cerah. Tak hairanlah kalau zaman sekarang ni sangat  banyak produk memutihkan kulit; yang sapu-sapu, yang dalam bentuk tablet, dan ada juga yang kena bancuh untuk diminum.

Yang kita risaukan tue, ada di antara produk pemutih kulit yang mengandungi bahan terlarang seperti merkuri dan hydroquinone. Memanglah kulit cepat jadi putih, gebu dan licin, tapi kesannya hanya sementara. Untuk jangka panjang, memang kulit jadi nipis dan rosak!

Hakikatnya, kalau nak cerahkan kulit, memang ada cara semulajadi yang pastinya lebih selamat daripada penggunaan produk atau krim pemutih kulit. 

Cara cerahkan kulit secara semulajadi

STEP 1 : Lindungi kulit daripada terdedah kepada panahan cahaya matahari

Cahaya UV matahari bukan saja membuatkan kulit lebih gelap (sunburn), tapi juga masalah lain seperti tona kulit tak sekata, kulit berjeragat, kulit cepat berkedut dll. Untuk elakkan kulit jadi gelap, janganlah pergi berjemur tengah-tengah panas pula. Stay indoors, takpun, pergi ke tempat-tempat tertutup atau berbumbung saja.

cerahkan kulit secara semulajadi

Pakai sunblock lotion serta topi jika berada di bawah matahari. *image googled*

Tapi kalau perlu untuk keluar, gunakanlah SPF sunblock yang ada sekurang-kurangnya SPF 30. SPF 30 ke atas insyaAllah cukup untuk melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB yang berbahaya.

Saya pernah menonton satu rancangan infotainment Jepun tentang cara melindungi kulit daripada cahaya matahari. Rupanya, cahaya UVA dan UVB sangat mudah menembusi cermin tingkap. Kiranya, kalau kita duduk dalam rumah/pejabat berdekatan tingkap pun sebenarnya dah terdedah kepada pancaran cahaya yang berbahaya ni. Pada waktu mendung atau hujan (di mana matahari tak berapa kelihatan) pun cahaya UVA dan UVB masih ada. Jadi kena selalu pakai sunblock sekalipun di dalam rumah mahupun pada waktu hari hujan.

Selain tue, pakailah topi yang boleh melindungi kulit wajah setiapkali keluar terutama ketika cuaca panas terik. insyaALlah kulit yang terlindung tak akan `terbakar` oleh cahaya matahari.

STEP 2 : Buat exfoliation (pengelupasan kulit) beberapa kali seminggu

Dengan melakukan exfoliation, kulit akan jadi lebih cerah dan tidak kusam kerana  ini akan menyingkirkan sel-sel mati yang berkumpul pada permukaan kulit, seterusnya membantu proses penggantian sel-sel baru.

Cuma perlu diingat yang exfoliation hanya akan membantu cerahkan kulit secara semulajadi kalau kulit sekarang adalah lebih gelap daripada sebelum ini. Bagi yang kulitnya sejak azali lagi memang tak berapa nak cerah (macam saya nie lah. hehe) tak bolehlah harap lepas buat exfoliation terus jadi putih melepak. Tapi insyaALlah tona kulit lebih sekata dan tak kusam. 😉

Untuk exfoliation, memang ada banyak produk pencuci muka atau skrub muka yang dijual. Cuma, macam yang pernah saya kongsikan di entry “Tips Memilih Pencuci Muka yang Bagus dan Sesuai dengan Kulit”, ada sesetengah skrub muka agak kasar dan boleh merengsa (irritate) kulit, jadi tak sesuai dengan kulit kita.
set pencuci muka shaklee

Di Shaklee anda boleh mencuba kombinasi pencuci muka dan juga makeup remover NutriWhite. Kedua-duanya mampu membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati supaya wajah lebih cerah berseri. Yang paling penting, ianya sangat lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Jadi senanglah untuk kita hilangkan parut, jeragat dan kesan sunburn.

STEP 3 : Putihkan kulit melalui nutrisi yang baik dan cukup 

Antara nutrisi yang penting untuk cerahkan kulit secara semulajadi ialah :

  • Protein : Penting untuk membina dan membaikpulih sel-sel kulit.
  • Vitamin C : Agen pencerah semulajadi. Ia mencerah dari dalam, dan melindungi sel-sel kulit daripada rosak terutama ketika terkena panahan cahaya UV matahari.
  • B-Complex : Membantu dapatkan tona wajah yang sekata.

Jadi, selain makanan seimbang dan berkhasiat, anda boleh cuba tambahkan pengambilan suplemen untuk kulit seperti Set Kecantikan Kulit di bawah :
set kulit cantik shakleeCollagen Powder Shaklee juga sangat kami syorkan jika anda mahukan suplemen  untuk kesihatan dan kecantikan kulit yang compact. All-in-1 gitu.
kebaikan kolagen Shaklee-collagen powder
* Credit : WikiHow

Warna kulit yang asli adalah lebih baik asalkan sihat

Apapun, kita kena realistik. Kalau kita sememangnya dilahirkan berkulit agak gelap, sudah tentulah tak boleh menjadi putih melepak. Jangan terlalu percaya dengan testimoni iklan produk pemutih kulit yang menjanjikan kulit jadi putih melepak dalam tempoh yang singkat. Sebabnya, itu adalah MUSTAHIL BERLAKU MELAINKAN ada kandungan bahan “peluntur” yang berbahaya seperti merkuri atau hydroquinone! Sanggup ke rosakkan kulit sendiri semata-mata sebab nak cantik dengan segera??

Tapi kalau nak cerahkan kulit secara semulajadi dan selamat, cubalah konsisten dengan 3 langkah di atas, insyaAllah berkesan untuk menjadikan kulit lebih cerah daripada sebelumnya.

Apa pun, kita sebenarnya tak perlu obses untuk menjadi putih dan cerah. Dalam dunia hari nie, kita macam dah disetkan minda bahawa yang putih itu hebat dan cantik, manakala coloured skin seperti kelas kedua. Mindset ini telah berakar umbi sampaikan ramai yang sanggup habiskan duit mencuba bermacam produk pemutih kulit. Kadang sampai saya risau tengok keghairahan orang-orang kita nak jadi putih tanpa memikirkan bahaya produk pemutih kulit yang ada sekarang ni.

Suka untuk saya kongsikan status Dr. Suriyakhatun tentang bahaya produk memutihkan kulit.

“Beberapa tahun dulu anak saya, Puan Maryam telah rujuk seorang pelanggan dia kepada saya. Pelanggan Spa Muslimah ini meminta rawatan untuk mukanya yang sudah jadi gelap dan mengelupas serta kulitnya menjadi sensitif pada matahari dan akan menjadi pedih bila panas. Dia jadi begini selepas mengamalkam sejenis krim muka yang dikatakam boleh memutihkan kulit. Memang benar krim ini memutihkan kulitnya. Kulit menjadi putih kemerahan. Itu peringkat awal. Lama kelamaan kulit semakin sensitif dan mula mengelupas.

Saya memang sering lihat wanita yang sebelumnya gelap selepas itu putih kemerahan seperti udang kena bakar.

Ini adalah kesan dari hydroquinone sejenis kimia yang diban oleh Biro Farmasi KKM tetapi dimasukkan kedalam krim muka secara haram. Saya pernah tanyakan perkara ini kepada pegawai biro farmasi sebab saya lihat krim terlibat masih dijual dan ada cop kelulusan KKM. Beliau menjawab bahawa masa syarikat hantar produk untuk dikaji, tidak ada hydroquinone tetapi apabila Biro Farmasi buat raid dan periksa kemudian akan ada hydroquinone. Mereka sudah kena denda tetapi selepas kena denda, lakukan semula perkara yang sama. Apa tak nya, untung lebih tinggi dari denda!

Berbalik kepada wanita yang malang tadi, dengan rawatan mengunakan produk alami dan juga ubat homeopathy serta pembaikan nutrisi dgn supplements, kulitnya dapat dipulihkan, Allhamdulillah.

Selain krim merbahaya ini ada suntikan Vit C dan glutathione. Kedua suntikan ini jika asli dan bukan tiruan ada kesan positif atas kesihatan tetapi sebab ia perlu disuntik IV jadi boleh merbahaya jika terdapat produk tiruan. Masaalahnya produk ini tidak dapat didaftarkan dengan KKM walaupun ia dibenarkan di negara lain. Apa- apa produk yang ada diseludup masuk.”

Maaf saya memang skeptik dengan produk memutihkan kulit. Bak kata Dr. Suriyakhatun sendiri,

“Pendek kata tak perlu putih la, original skin color asalkan sihat.”

Setuju?

Jadi jika anda nak mula amalkan produk Shaklee sebagai sokongan nutrisi untuk dapatkan kulit lebih cerah dan sihat, boleh hubungi kami untuk konsultasi ya.

UNTUK PERTANYAAN & ORDER :
======================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru, dan Pontian (ID 864914).
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) untuk kawasan sekitar Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara, Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, Kangkar Tebrau, Tampoi, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

15 Comments

  1. Noriza Rahman 28 May 2015
  2. suri 28 May 2015
  3. Hero Borneo 28 May 2015
    • Oja Samid 3 June 2015
  4. Ikhwan Fahmi 30 May 2015
  5. azimah mohd zainuddin 2 June 2015
  6. titan 2 June 2015
  7. musadun 8 June 2015
error: Content is protected !!