Makanan Beralkali vs Makanan Berasid : Yang Mana Sebabkan Badan Berasid?

Pernah tak dengar tentang makanan beralkali, makanan berasid?

Istilah nie sebenarnya agak baru bagi saya..hanya lepas kenal Shaklee baru lah tahu `kewujudan`nya. Punyalah tak celik nutrisi, kan. :p

Maksud alkali dan asid

carta pH

Carta pH

Kalau ada yang masih ingat Sains yang kita belajar dulu, tahap keasidan atau kealkalian nie ditentukan melalui skala pH, dengan nilai 1 ~ 14.

  • pH 1~6 : berasid
  • pH 7 : neutral
  • pH 8~14 : beralkali

Darah manusia patutnya mempunyai pH yang sedikit alkali iaitu dalam range 7.35~7.45 untuk kita kekal sihat dan bertenaga.
Kalau pH darah yang terlalu tinggi (alkalosis => pH darah lebih 7.45) atau terlalu rendah (acidosis => pH darah kurang 7.35) boleh mendedahkan tubuh kita kepada bermacam risiko penyakit yang kronik seperti sakit jantung dan darah tinggi.

Apa yang menjadi kerisauan adalah, sebahagian besar daripada kita hari nie mempunyai masalah badan berasid.

Badan berasid terjadi bilamana :

  • kita terlalu banyak makan makanan yang menghasilkan asid (acidic ash) dalam badan
  • tekanan emosi (emotional stress)
  • terlalu banyak toksik tersimpan
  • terdapatnya reaksi immune ataupun proses yang menyebabkan sel-sel menjadi kekurangan oksigen dan nutrien lain.

Kesan badan berasid

Jadi, apa kesan bila badan berasid?

  • Badan akan menjadi kurang cekap dalam menyerap vitamin dan mineral daripada makanan yang dimakan
  • penghasilkan tenaga di dalam sel-sel akan merosot dan badan senang letih
  • menurunkan kemampuan tubuh untuk membaiki sel-sel rosak
  • susah untuk menyingkirkan logam berat yang terkumpul di dalam badan
  • merangsang pembentukan sel-sel tumor

Kalau pH darah kita nie menurun menjadi 6.9 pun dah membahayakan nyawa kita, tau. Boleh sebabkan koma dan kematian! Namun, hebatnya kejadian manusia nie memang Tuhan dah lengkapkan dengan mekanisme tersendiri untuk memelihara pH darah yang normal.

Jadi bila badan berasid, ia akan cuba membetulkan semula nilai pH ini dengan menarik zat galian dari tulang untuk kekalkan pH alkali darah. Bayangkan setiap hari proses nie berlaku, dan dalam masa yang sama kita abaikan keperluan zat galian untuk tulang seperti kalsium, magnesium, fosforus, zink dan kuprum. Lama-kelamaan, boleh sebabkan tulang kekurangan mineral dan berisiko tinggi untuk mendapat Osteoporosis (penyakit tulang rapuh)! (Lainlah kalau anda rajin amalkan pengambilan OsteMatrix Shaklee, mungkin tak risau sangat, kan? 😉 )

Makanan berasid vs makanan beralkali

Ramai daripada kita yang ada masalah badan berasid disebabkan terlalu banyak makan makanan yang menghasilkan asid (acidic ash) dan sangat kurang ambil makanan yang mengalkalikan tubuh (alkaline ash).
badan berasid-makanan berasid-makanan beralkali

Walaupun ada sedikit pengecualian, secara amnya,

  • makanan beralkali terdiri daripada buah-buahan dan sayuran hijau, kacang pea, kekacang, rempah ratus, bijian.
  • makanan berasid terdiri daripada daging, ikan, ayam, telur, bijirin, produk tenusu, dan sesetengah jenis kekacang.

Antara makanan berasid yang kita kena berpada-pada dalam pengambilan adalah seperti daging, telur, sumber tenusu, makanan berproses (tepung putih, pasta, roti, biskut, mi), makanan/minuman bergula terutamanya minuman berkarbonat, dll.
Dan elakkan juga guna pemanis tiruan seperti Aspartame, Equal, dll ya. Banyak kesan buruk untuk jangka panjang!

Kenapa lemon termasuk makanan beralkali?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa lemon termasuk dalam makanan beralkali walaupun ia sifatnya berasid. In fact, sangat mengejutkan kerana lemon merupakan antara makanan paling beralkali dan bagus untuk keseimbangan pH darah (rujuk carta makanan di atas ya).

Drinking-lemon-water-Pitcher-and-glass-of-lemon-water.

Lemon adalah makanan beralkali. *image googled*

Sebenarnya, pH sesuatu makanan (sama ada alkali ataupun asid) TIADA KAITAN dengan penghasilan asid (acidic ash) atau alkali (alkaline ash) di dalam badan.
Dengan kata lain, makanan berasid ataupun beralkali tiada kaitan dengan pH makanan tersebut, tapi apa bahan yang terhasil SELEPAS makanan tersebut diproses dan dihadam oleh badan kita.

Contohnya, buah sitrus seperti lemon nie sangat berasid. Tetapi bila dimakan/minum, hasil akhir daripada proses penghadamannya adalah sangat beralkali. Sebab itu lemon termasuk dalam makanan beralkali.

Sebaliknya, walaupun pH daging asalnya adalah beralkali, ia meninggalkan bahan yang sangat berasid di dalam badan selepas dimakan dan melalui proses penghadaman. Jadi, daging adalah makanan berasid, sama seperti kebanyakan produk daripada haiwan yang lain.

Atas sebab ini jugalah air lemon sangat bagus diamalkan pada waktu pagi semasa perut masih kosong. 😉

Sebenarnya, kita bukanlah langsung tak boleh makan makanan berasid. Kuncinya adalah bersederhana dan cuba seimbangkan antara makanan berasid dan beralkali ya.

Kebanyakan pakar-pakar pemakanan mengesyorkan kita untuk ambil makanan yang beralkali sebanyak 80% dan makanan berasid sebanyak 20%. Kalau kita kekalkan diet nie, badan kita akan lebih bertenaga pada sepanjang masa dan peluang untuk mengekalkan keseimbangan nilai pH alkali dalam badan adalah tinggi seterusnya mengurangkan risiko penyakit. 😉

Cara elak badan berasid dengan Shaklee

Bagi yang ingin memastikan bahawa sumber makanan beralkali adalah mencukupi setiap hari, anda boleh cuba tambahkan pengambilan suplemen Alfalfa Complex yang terkenal sebagai makanan berserat tinggi yang mengalkalikan tubuh. Ia juga kaya dengan bermacam nutrien yang sangat kita perlukan. (Sangat disyorkan kepada pesakit gout juga untuk menurunkan paras asid urik. 😉 )
alfafa-complex-s

Dalam masa yang sama, amalkanlah OsteMatrix untuk memelihara kesihatan tulang kita ya. OsteMatrix nie suplemen lengkap dengan semua mineral yang tulang kita perlukan (kalsium, magnesium, vitamin D, fosforus, zinc, kuprum, boron). Nak-nak kaum wanita memang akan melalui proses haid, mengandung, bersalin dan menyusukan anak, kan? Jadi WAJIB untuk kita pastikan bekalan semua mineral nie cukup untuk tulang supaya tulang tak merapuh bila umur makin meningkat.
ostematrix

Anda berminat untuk mendapatkan mana-mana produk Shaklee sesuai dengan keperluan dan bajet anda?

UNTUK PERTANYAAN & ORDER :
======================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru, dan Pontian (ID 864914).
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) untuk kawasan sekitar daerah Pontian, Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara,Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, sekitar Kempas, kangkar Tebrau, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

11 Comments

  1. Noriza Rahman 3 April 2015
  2. Hero Borneo 4 April 2015
    • Oja Samid 4 April 2015
  3. nur razali 7 April 2015
  4. ohcikgu 7 May 2015
  5. abdurrahman 27 July 2015
  6. Farah 19 September 2016
error: Content is protected !!