Tips Memilih Pencuci Muka yang Bagus dan Sesuai dengan Kulit

Tips Memilih Pencuci Muka yang Bagus dan Sesuai dengan Kulit | Dalam rejim penjagaan kulit, satu bab yang sangat penting adalah mencuci muka. Sebabnya, kulit muka sentiasa terdedah kepada kotoran dan jika tak dibersihkan, bukan saja menyebabkan masalah seperti jerawat, tetapi muka akan nampak kusam dan tidak berseri. Nutrien daripada produk kecantikan kulit juga susah untuk diserap.

tips memilih pencuci muka yang bagus dan sesuai

Mencuci muka sangat penting untuk kulit yang sihat dan cantik. *image googled*

Jadi saya ingin kongsikan beberapa tips memilih pencuci muka yang bagus dan sesuai dengan kulit, yang mungkin bermanfaat untuk kita semua.

Tips memilih pencuci muka yang bagus dan sesuai

1) Cari pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit masing-masing
Pernah tak anda guna pencuci muka yang bila lepas cuci muka je kulit akan rasa sangat tegang dan pedih? Ada juga yang buatkan muka jadi sangat kering lepas dicuci.
Jadi kita kena cari pencuci muka yang sesuai dengan kulit masing-masing. Barulah kulit lebih bersih, terjaga kelembapannya dan terhindar daripada masalah.

jenis-jenis kulit

Lima jenis kulit yang biasa ditemui. *image googled*

Jenis kulit dan tips memilih pencuci muka yang bagus dan sesuai

    • Kulit normal (Normal skin) :
      Ia seimbang dari segi kelembapan kulit, minyak dan ketahanan.
    • Kulit berminyak (Oily skin) :
      Kulit akan nampak berkilat dan berminyak setelah beberapa jam dicuci.
      => Cari pencuci muka dengan pH level yang rendah (acidic) untuk memudahkan minyak dibuang.
    • Kulit kering (Dry skin) :
      Liang roma pada kulit jenis ini agak sukar dilihat selepas beberapa jam kulit muka dicuci.
      => Elakkan produk yang mengandungi alkohol. Ia akan membuat kulit bertambah kering. Elakkan juga yang mengandungi minyak.
    • Kulit sensitif (Sensitive skin) :
      Kulit jenis ini sering merasa tegang ataupun gatal-gatal, dan kerap mengalami reaksi alahan bila terkena bahan kimia tertentu pada produk yang digunakan.
      => Elakkan pencuci muka yang mengandungi pewangi (fragrances), minyak ataupun bahan kimia yang boleh merengsa kulit.
    • Kulit jenis kombinasi (Combination skin) :
      Kulit anda dikatakan jenis kombinasi jika sebahagian wajah anda adalah berminyak, sementara sebahagian yang lain adalah kering ataupun sensitif. Selalunya kulit berminyak di zon T, dan kering di bahagian muka lainnya.
      => Elakkan sabun mandi ataupun soap bar. Cari pencuci muka yang lembut pada kulit, dan kemudian basuh dengan air suam.

2) Cari pencuci muka yang berbuih banyak dan halus
Nak hilangkan kotoran pada muka bukanlah dengan menggosok kuat-kuat semasa mencuci. Ia malah boleh menyakiti kulit muka. 😉

pencuci muka yang bagus dan sesuai -buih banyak dan halus

Cari pencuci muka yang berbuih banyak, halus dan lembut pada kulit. *image googled*

Saya sampai sekarang amalkan satu info yang dikongsikan di salah satu rancangan TV Jepun mengenai penjagaan kulit yang berkesan. Kata panel yang dijemput, kotoran pada kulit muka akan betul-betul boleh dihilangkan menggunakan pencuci muka yang berbuih banyak dan halus. Jadi, ia mampu masuk ke dalam liang roma/pori-pori dan membersih kulit dengan lebih berkesan lagi.

3) Gunakan air suam atau suhu bilik untuk mencuci muka.
Ia membantu supaya kulit muka lebih mudah dibersihkan. Tapi jangan gunakan air yang terlampau panas kerana ia akan menyingkirkan minyak semulajadi yang penting untuk kulit dan akan menyebabkan kekeringan. Kulit juga akan mudah tercedera.

4) Cari pencuci muka yang sedikit berasid (pH 5.5), lebih kurang sama dengan pH kulit kita.
Sesetengah sabun pencuci muka adalah beralkali, dan ini kadangkala boleh merengsa kulit. Cuba elakkan pencuci muka sebegini.

5) Elakkan pencuci muka yang mengandungi bahan pewangi dan pengawet.
Ia boleh merengsa kulit dan sering menyebabkan kesan alahan. Rajin-rajinlah check label ya. Elakkan bahan-bahan berikut [source: American Academy of Dermatology] :

  • Paraben
  • Imidazolidinyl urea
  • Quaternium-15
  • DMDM hydantoin
  • Phenoxyethanol methylchloroisothiazolinone
  • Formaldehyde

6) Gunakan produk/sabun yang khusus untuk kulit wajah, bukannya sabun untuk badan.

7) Selepas mencuci muka, gunakan air sejuk untuk membilasnya.
Keringkan dengan lembut menggunakan tuala yang bersih. Sudahi dengan memakai toner, pelembap muka (moisturizer) ataupun krim malam bagi mengekalkan kelembapan kulit.

Memilih scrubs yang bagus

Scrub mampu membersih dan juga membuang sel kulit yang mati. Bagi sesetengah orang, scrub mungkin agak kuat dan menyakitkan kulit, contohnya yang menggunakan bahan seperti biji buah yang telah dihancurkan. Jadi anda kena cari scrubs yang lebih lembut untuk kulit.

Menjaga kulit di sekitar mata

Kulit di sekitar bahagian mata perlukan penjagaan yang lebih rapi. Gunakan produk pencuci muka ataupun makeup remover yang lembut dan boleh dibasuh dengan air.

Membersih muka dengan produk Shaklee

Saya sangat syorkan anda mencuba pencuci muka Shaklee yang paling diminati ramai iaitu NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser.
gentle-deep-foaming-cleanser-pencuci-muka-nutriwhite-shaklee

  • Seperti namanya, ia membersih dengan sangat lembut sekalipun pada bahagian sekitar mata.
  • Tak membuatkan kulit kering dan pedih selepas dicuci.
  • Diperbuat daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan terpilih tanpa kandungan bahan kimia berbahaya yang merengsa kulit.
    • Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
    • Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
    • Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
  • Tak mengandungi bahan pewangi (yang mana ia boleh merengsa kulit mereka yang berkulit sensitif).

Dan yang paling best, ia sangat menjimatkan!
Walaupun hanya sedikit digunakan, buih yang dihasilkan memang banyak dan halus, serta lembut di kulit. Secara puratanya, satu tiub tue biasanya boleh tahan lebih kurang setahun dengan penggunaan dua kali sehari! Lama, kan? ^_^

Testimoni pencuci muka NutriWhite Shaklee : Kenapa Ramai Suka Pencuci Muka NutriWhite Shaklee)
nutriwhite-makeup-remover-shaklee

Bagi mendapatkan kulit yang lebih bersih, saya syorkan anda guna makeup remover Shaklee iaitu Gentle Action Makeup Remover sebelum mencuci muka pada waktu malam. Sememangnya kulit muka kita terdedah dengan pelbagai kotoran di siang hari seperti asap, habuk, minyak, kesan bedak, dll.

Jadi sekalipun anda tak pakai makeup, anda masih perlukan makeup remover kerana :

  • Ia membersih kulit muka dengan lembut dan sempurna, termasuklah menyingkirkan sel kulit mati, blackhead dan whitehead.
  • Tak perlu lagi gunakan scrubs yang menyakitkan kulit.
  • Tak berminyak dan mudah dibilas; sesuai untuk semua jenis kulit. 😉

Berminat untuk mencuba Set Pencuci Muka NutriWhite Shaklee yang superb nie? Boleh hubungi kami untuk mendapatkannya ya.

UNTUK PERTANYAAN & ORDER :
======================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru, dan Pontian (ID 864914).
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) untuk kawasan sekitar daerah Pontian, Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara,Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

29 Comments

  1. Noriza Rahman 4 March 2015
  2. titan 4 March 2015
  3. Hero Borneo 5 March 2015
    • Oja Samid 5 March 2015
  4. ikhwan 6 March 2015
  5. muni mahmud 8 March 2015
  6. Melastik Bintang 9 March 2015
  7. azimah mohd zainuddin 10 March 2015
  8. sya 15 May 2015
  9. Sihat Ceria 2 July 2015
  10. fatin nabila 6 October 2015
  11. - 29 April 2016
    • Oja Samid 29 April 2016
  12. MSha 30 April 2016
    • Oja Samid 30 April 2016
  13. Adi 22 October 2016
error: Content is protected !!