melancong bersama anak kecil

Pengalaman dan Tips Melancong Bersama Anak Kecil

Susah ke melancong bersama anak kecil?

Boleh enjoy bercuti ke kalau melancong bawa anak kecil?

Soalan seperti nie mungkin banyak menghantui ibu bapa yang berhajat nak pergi melancong bersama anak kecil, terutama jika itu adalah trip percutian pertama dengan jarak perjalanan yang agak lama atau jauh.
melancong bersama anak kecil

Saya faham perasaan nervous bila keluar pertama kali membawa bayi selepas anak pertama lahir. Perasaan tue juga tak banyak bezanya bila pertama kali merancang trip melancong ke Eropah semasa anak-anak kami berusia 3 tahun dan 1 tahun. Cuak sangat. Sebab melancong bersama anak kecil nie tak sama kalau kita pergi dengan orang dewasa. Kena fikir keperluan dan keselesaan mereka, dalam masa yang sama kita nak pastikan percutian tue enjoyable dan bermakna untuk seisi keluarga. Bukannya sesuatu yang mudah, kan?

Tapi, anak-anak kecil nie basically hanya perlukan makanan, waktu rehat dan tidur yang cukup, waktu bermain, pakaian yang sesuai dengan suhu/cuaca dan juga perhatian dan kasih sayang. Kalau kita boleh provide semua nie, insyaALlah melancong bersama anak kecil akan menjadi lebih mudah dan indah. ^_^

Tips dan Pengalaman melancong bersama anak kecil

Sebenarnya, trip ke Paris-Interlaken-Zurich pada tahun 2010 merupakan percutian keluarga kami yang pertama. Tambah mendebarkan lagi, perjalanan ke Frankfurt, dan seterusnya ke Paris mengambil masa belasan jam dari Narita, Tokyo. Cuak juga bila baca pengalaman parents lain yang bawa anak naik long-haul flight nie. Jadi persediaan kena rapi.

Apa yang kami buat adalah :

1) Tempah flight seat dan hotel yang mesra baby/anak kecil.

Apa-apa flight pun, wajib cari seat yang selesa, luas dan mesra anak kecil. Kalau flight biasa, boleh pilih row depan sekali yang ada bassinet. Yang penting, ada lebih ruang untuk letak barang dan keselesaan, juga tak mengganggu orang lain.

melancong bersama anak kecil-penginapan hotel
Sesetengah hotel menyediakan extra bed/babycot untuk anak kecil.

 Hotel pun pastikan ia “mesra anak kecil”. Cari juga yang boleh sediakan extra bed untuk anak, in case bawa preschoolers (babycot tak mintak pun takpe). Dan check dulu polisi hotel tentang bilangan orang yang dibenarkan tidur dalam satu bilik k. Sesetengah hotel agak strict.

Untuk dapatkan tawaran harga yang lebih menarik lagi, boleh terjah Trivago.Com.My untuk cari hotel yang sesuai dengan bajet keluarga. 😉

2) Sediakan mental emosi anak.

Beberapa hari sebelum bertolak, tiap-tiap hari cerita kat anak kita nak pergi mana, nak buat apa, dan apa yang kita harapkan daripada mereka (e.g. jangan ganggu orang dalam flight,etc). insyaALlah mereka mudah nak dengar kata dan tak banyak meragam.

3) Sediakan snack dan makanan yang sesuai SECUKUPnya.

Saya biasa bawa snack untuk anak ke mana-mana dan itu banyak membantu mereka behave di tempat awam. Anak yang lapar akan cepat cranky, jadi sentiasa bawa snack dalam beg ya. Snack nie jangan pulak beli yang merapu atau banyak sangat gula dan bahan perisa/pewarna. Buah potong kecil-kecil bubuh dalam bekas, biskut, senbei, kismis pun dah ok. Air masak dalam botol berstraw pun wajib bawa ke mana-mana.

Bagi anak yang breastfeedsentiasa alert tanda-tanda baby nak menyusu. Jangan tunggu sampai dah melalak baru beri susu tau. Susah nak ditenangkan nanti.

Bagi anak yang minum susu formula pun sama juga. Jangan lupa bawa kelengkapan dan susu formula yang cukup ya.

Kalau anda risau anak kena sakit telinga dalam kapalterbang terutama semasa landing, berikan gula-gula/minuman/snacks supaya mereka `menelan sesuatu`. Baby pula cuba usahakan untuk disusukan atau beri sesuatu untuk dihisap. insyaAllah tak kena sakit telinga. Tapi kalau anak selsema, ada kebarangkalian dia akan kena.

4) Sediakan pakaian dan kelengkapan yang sesuai.

Study musim, cuaca dan suhu di tempat yang kita nak pergi dan bawa kelengkapan yang sesuai. Kalau pergi laut, bawa swimming suitsunblock, topi (dan sunglasses sekali). Kalau ke negara empat musim, bawa baju ikut suhu supaya anak tak panas/sejuk sangat. In case pergi masa winter, wajib bawa pelembap bibir dan losyen untuk anak-anak supaya kulit dan bibir mereka tak kering. Juga selimut, stokin tebal, gloves dan snowcap. Angin yang kuat akan menjadikan suhu terasa lebih sejuk.

Wipes dan tuala kecil/kain napkin bayi juga wajib bawa dalam beg, beserta diapers dan pakaian extra anak-anak. Bagus kalau selitkan plastik kecil, in case nak letak barang-barang kotor.

5) Bawa stroller dan/atau baby carrier yang sesuai.

Oleh sebab kami ada dua anak kecil, saya sentiasa keluar dengan bawa stroller dan juga baby carrier. Jadi kalau sorang-sorang pun insyaAllah boleh handle dua anak. Biasanya si abang duduk dalam stroller, si adik saya gendong dengan baby carrier. Jadi kena cari stroller yang tahan lasak, ringan, saiz tayar yang sederhana, dan paling penting lagi yang mudah dilipat dan tak bulky. Kami guna stroller nie bila si abang penat berjalan ataupun nak tidur. Waktu dia nak berjalan kami gunakan stroller untuk letak beg dan barang.
babywearing for travelling

Untuk yang ada anak kecil (baby, toddler), saya galakkan anda cuba babywearing semasa melancong. Memang sangat mudah nak bawa anak ke mana-mana, yet tak menyakitkan pinggang belakang. Cari carrier yang sesuai ya, janganlah beli yang nampak murah tapi menyakitkan badan kita dan baby. Biasanya harga berkadar dengan kualiti. Saya dulu bawa si adik (umur setahun lebih) guna carrier jenis Soft Structured Carrier (SSC) jenama Ergo. Ada banyak jenama SSC di pasaran (buatan tempatan atau luar negara), bolehlah beli ya. Recommended! Biasanya harga SSC nie ~RM300++. Tapi kalau murah sangat, hati-hati ya, ia mungkin fake carrier.

6) Cari aktiviti/bawa toys untuk main dalam long-haul flight.

Saya tawaf kedai 100yen di Jepun, untuk cari toys atau aktiviti untuk anak-anak main. Sempat bawa belon kecil,  buku kanak-kanak, mainan kereta kecil, dll. Tak perlu banyak sangat, dan jangan keluarkan semua sekaligus. Bagi anak main sikit-sikit untuk keep him occupied.
Waktu tue anak-anak kami tak didedah kepada gajet, so that was how we entertain them. Tapi kalau nak bagi tengok cerita dalam laptop/iPad pun ok. Boleh download siap-siap. Dan jangan lupa bawa headphone ya. 😉
Lagi satu banyakkan berbual, bercerita dan layan mereka..insyaAllah mudah nak handle.

7) Rancang itineraries yang sesuai.

Kami bukan kaki shopping, jadi melancong bersama anak nie lebih untuk melihat negara orang dan memerhati budaya dan suasana. Jadi memang kena pilih tempat yang anak boleh enjoy sekali..contoh yang ada nature atau pemandangan (sungai, laut, gunung, dll). Kalau ke tempat ada theme park dan zoo, pun sesuai untuk seisi keluarga. Masa sampai kat Paris, anak sulung kami sangat suka main baling batu di tepi Seine River. Jadi kami hanya jalan-jalan sekeliling bandar dan naik bot, walaupun memang teringin nak masuk muzium. Tapi kalau ke tempat yang ada nature lebih baik lagi. Dan anak-anak juga seronok kalau dapat rasa naik train, bas, cable car dll, sambil kita bercerita mengenainya.
melancong bersama anak kecil

Apa pun, be flexible and keep calm. Anak-anak kecil nie quite unexpected kan. Kadang terkucil di tengah perjalanan, kadang meragam. Jadi sesuaikan dengan keperluan mereka dulu ya.

8) Bawa bekal suplemen dan ubat.

Saya dah terbiasa bawa “first aid kit” bila bermalam di mana-mana. Ada cool fever, painkiller, plaster, minyak sapu, termometer, dll. Bila anak dah besar sikit nie, saya juga bawa inhaler (untuk si abang yang ada asthma) dan juga bekalan suplemen untuk seisi keluarga. Kesihatan masa melancong memang wajib dijaga! (Boleh hubungi saya untuk order suplemen semasa melancong ya. insyALlah membantu menguatkan sistem imun dan kekal bertenaga, serta menghilangkan letih dan lenguh badan. ^_^)

Rasanya tue je kot yang sempat saya fikirkan. Boleh kongsikan tips dan idea anda di tempat komen jika ada. Sharing is caring, betul tak?

Moga setiap trip yang dirancang akan berjalan dengan baik dan memberikan pengalaman melancong bersama anak yang manis untuk dikenang. Selamat bercuti and have fun~~ ^_^

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru, dan Pontian (ID 864914).
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) untuk kawasan sekitar daerah Pontian, Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara,Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

18 thoughts on “Pengalaman dan Tips Melancong Bersama Anak Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge