Makeup Remover Shaklee Hilangkan Blackhead dengan Mudah

Anda pengguna makeup remover?

makeup-remover-yang-bagus

Makeup remover penting untuk menanggalkan alat solek dengan sempurna. *image google*

Seperti namanya, biasanya orang menggunakan makeup remover untuk menanggalkan alat solek (makeup) pada wajah. Dan sejujurnya, kali pertama saya `berkenalan` dengan makeup remover adalah 6 hari sebelum melangsungkan perkahwinan. Waktu tue sepupu-sepupu mula mengajar saya cara menggunakan makeup, sebab saya memang jenis yang tak bubuh apa-apa pun pada kulit selain pelembap muka (moisturizer) dan sunblock/sunscreen lotion. Bedak ataupun compact powder pun saya tak pakai. Memang saya selesa macam tue.

Jadi waktu tue lah sebenarnya baru saya tahu, rupanya tak semua bahan dalam makeup dapat dihilangkan sepenuhnya menggunakan pencuci muka biasa dan air. Sebab tue kena guna makeup remover untuk menanggalkannya.

Saya sempat guna makeup nie beberapa kali saja. Lepas tu saya kembali kepada cara lama dan langsung tak pakai apa-apa sampailah sekarang sekalipun lipstick, bedak ataupun foundation. Kiranya kalau ada jerawat ke jeragat ke alamatnya memang  takde cover-cover dah. :p “Suppin (すっぴん)” bak kata orang Jepun, yang bermaksud muka yang togel tak dibubuh makeup. Di sana tak ramai yang berani untuk suppin bila keluar rumah, jadi mesti ramai wanita Jepun yang gunakan makeup remover, kan?

Sebenarnya, saya baru sebulan lebih menggunakan Makeup Remover Shaklee yang disebut-sebut ramai iaitu Gentle Action Makeup Remover. Saya ambil keputusan untuk gunakannya walaupun saya memang tak pakai makeup hatta keluar ke majlis-majlis.

Sebab apa?

Sebelum nie nutritionist Shaklee sebenarnya pernah beritahu yang kulit muka kita sentiasa terdedah kepada bermacam kotoran tak kiralah sama ada melalui udara, air, produk kosmetik mahupun sentuhan. Jadi selain pencuci muka, sebaiknya memang kena gunakan juga makeup remover untuk bersihkan kotoran-kotoran nie sekalipun kita tak pakai makeup. Kalau kotoran nie menyumbat ke dalam pori-pori tanpa dibersihkan, alamatnya senanglah nak naik jerawat kan?
nutriwhite-makeup-remover-shaklee

Jadi akhirnya saya terjebak juga dengan Makeup Remover Shaklee nie setelah mengikuti feedback daripada teman-teman yang dah gunakannya. Mereka kata, Makeup Remover Shaklee nie membersih sehabis-habisnya, tapi dengan cara yang sangat lembut. Ha, macam mana tue? Kena cubalah baru tahu rasa dan hasilnya~~ ^_^

Baru-baru nie saya keluar bermusafir ke Perth, Australia. Sekarang di sana sedang musim panas dan dalam tempoh tersebut, kulit saya jadi sangat kering, kusam dan sedikit mengelupas. Saya pulak hanya bawa Enfuselle Balancing Moisturizer (EBM) yang memang sesuai untuk kulit jenis berminyak, jadi agak kurang sesuai jugalah bila dah cuaca kering macam tue..pulak tu kami banyak duduk dalam tempat yang sejuk beraircond kan. Bertambah teruk kulit nie jadinya dan sangat tak selesa dengan kulit wajah saya waktu tue. Horror sangat tau. Jerawat pun entah kenapa mencanak-canak naik, mungkin faktor persekitaran, hormon dan pemakanan. 🙁

Pengalaman guna Makeup Remover Shaklee hilangkan blackhead

Balik je dari musafir saya terus guna Makeup Remover Shaklee sebelum mencuci muka pada waktu malam. Masya Allah..dalam tempoh seminit menggosok-gosok lembut tue tertanggallah semua kulit-kulit yang kering (termasuk sel-sel kulit mati).  Lebih kurang macam masa kita gosok-gosok untuk tanggalkan daki kat badan, cuma bezanya yang nie berwarna keputih-putihan dan jauh lebih banyak! Dan proses nie sangat lembut dan langsung tak menyakitkan, tau!
Hidung yang sentiasa `menggerutu` dengan blackhead selama seminggu pun terus licin! Bayangkanlah macam mana dahsyatnya kulit muka saya waktu nie. Saya sendiri pun terkejut dengan hasil pembersihannya.
(Masa pertama kali guna pun macam nie juga, cuma yang keluar tue warna kehitam-hitaman (eeuuwww~~) dan memang banyak! Pelik juga sebab saya ada je gunakan scrub 2,3 hari sekali but still…Apa pun syukurlah ada Makeup Remover Shaklee untuk bersihkan semua nie kan?)

Nampaknya lepas-lepas nie saya akan jadi lebih rajin gunakan Makeup Remover Shaklee nie sebelum tidur. Selain bersihkan kotoran degil dan hilangkan blackhead, bolehlah bantu melembutkan dan mengelokkan semula kulit yang dah huru-hara nie. Ramuannya pun bagus, sebab Makeup Remover Shaklee memang diperbuat dari bahan semulajadi terpilih antaranya :

    • Tunas Pokok Bic : Bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit
    • Aloe : Menyegarkan dan menegangkan kulit
    • dll.

ramuan makeup remover shakleeDan yang paling penting, ia sangat ringan dan tidak berminyak. insyaAllah sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. 😉

Testimoni pengguna Makeup Remover Shaklee hilangkan blackhead  

makeup-remover-shaklee-hilangkan-blackhead-3
Nak cuba sendiri kesan Makeup Remover Shaklee hilangkan blackheadA must-have-item untuk semua, sama ada yang pakai makeup ataupun tidak!

Dan recommended untuk gunakan bersama pencuci muka Shaklee kegemaran ramai iaitu Gentle Deep Foaming Cleanser. 😉

Hubungi kami jika berminat untuk mendapatkannya ya.

UNTUK PERTANYAAN & ORDER :
======================
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru, dan Pontian (ID 864914).
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) untuk kawasan sekitar daerah Pontian, Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara,Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

7 Comments

  1. fyna 8 January 2015
    • Oja Samid 8 January 2015
  2. Denaihati 8 January 2015
    • Oja Samid 8 January 2015
  3. Hafizul 12 January 2015
  4. Pingback: singkirkan whitehead dan blackhead 7 March 2015
  5. ayu 13 May 2016
error: Content is protected !!