Kenapa Kita Perlukan Makanan Anti Radang?

Kenapa Kita Perlukan Makanan Anti Radang | Pernah tak anda dengar perkataan “radang”? Sebelum kenal Shaklee, saya hanya boleh kaitkannya dengan emosi marah. Makna lain memang saya tak tahu. 😛
Tapi rupanya dalam badan kita nie pun boleh berlaku keradangan, sama ada luaran ataupun dalaman. Kita saja yang mungkin  tak perasan. 😉

Maksud Keradangan

inflamasi

Penyebab yang boleh menimbulkan keradangan/inflamasi. *image googled*

Sebenarnya keradangan atau inflamasi (inflammation) nie normal dan penting untuk kita, sebab ia adalah tindakbalas semulajadi sistem pertahanan badan terhadap sebarang ancaman atau kerosakan pada tubuh kita. Contohnya seperti yang disebabkan oleh toksin, virus, bakteria, bahan kimia yang merengsa, parasit seperti kutu hama, dll. Orang yang ada alahan juga akan mengalami keradangan/inflamasi berupa bengkak, naik ruam, keluar lendir, dll. Begitu juga kalau badan kita terluka atau terkoyak; keradangan akan berlaku untuk mempercepat proses penyembuhannya.

Cuma kalau keradangan nie berlarutan dan tak terkawal, selalunya akan menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti kanser, penyakit jantung dan strok,  dan mungkin juga boleh mengancam nyawa. Ini yang kita nak elakkan.

Jenis keradangan/inflamasi

Keradangan ada dua jenis.

1) Keradangan/inflamasi akut (acute inflammation)

inflammation-1

Contoh inflamasi akut pada bahagian sendi. *image googled*

Tindakbalasnya cepat dan selalunya disebabkan jangkitan bakteria ataupun kecederaan pada tisu badan. Dan keradangannya pun tak begitu lama, sekitar beberapa hari je. Tapi kebiasannya akan disertai ciri-ciri keradangan akut iaitu : kemerahan (rubor), panas (calor), bengkak (tumor), sakit (dolor) dan kegagalan berfungsi (functio laesa).

Kalau anda nak tau, cagu/cengkam kuku juga adalah kesan akibat keradangan/inflamasi. Jadi, memang akan merasalah semua ciri-ciri di atas nie. Bukan saja sakit, merah, panas dan bengkak, kadang nak berjalan/berlari/solat pun susah. Nak pakai kasut pun tak boleh, betul tak?

Satu lagi adalah masalah jerawat. Sebahagian daripadanya adalah disebabkan keradangan pada liang kulit yang tersumbat dan mengalami jangkitan. Bila keradangan berlaku, jerawat yang muncul biasanya akan kemerah-merahan, membengkak/membonjol, sakit bila ditekan dan kadang-kadang sampai bernanah. Memang malu juga lah bila keluar spotlight macam nie, kan. Parutnya juga sangat susah nak hilang.  >_<

Selain tue, bronkitis, resdung (sinusitis), sakit tekak (yang disebabkan demam selsema), tonsilitis, gout akut juga antara contoh situasi yang berlaku disebabkan keradangan/inflamasi akut.

2) Keradangan/inflamasi kronik (chronic inflammation)

asthma-salur-udara

Keadaan saluran pernafasan pesakit asma bila berlakunya keradangan (gambar kanan, atas).

Tapi bila badan dijangkiti virus ataupun bendasing yang lebih kuat, keradangan akan berpanjangan selama berbulan-bulan malah bertahun-tahun. Badan kita perlukan masa untuk melawan virus ataupun bendasing nie. Keadaan nie dipanggil keradangan kronik. Ini termasuklah orang yang ada penyakit auto-immune seperti SLE, di mana sistem pertahanan badannya akan bertindakalas terhadap tisu-tisu yang sihat dan menyebabkan keradangan.

Contoh keradangan/inflamasi kronik adalah serangan asma (lelah), Rheumatoid arthritis (sakit sendi yang sampai bengkak-bengkak), resdung kronik, jerawat kronik, ekzema, dll.

Jadi, macam mana nak atasi keradangan/inflamasi nie?

Cara mengatasi keradangan

Walaupun keradangan/inflamasi nie perlu untuk perlindungan dan proses penyembuhan tubuh kita, ada masanya ia kena ditangani untuk elak daripada melarat. Biasanya pesakit akan diberikan ubat seperti  ubat anti radang bukan steroid, ubat anti radang bersteroid ataupun pil penahan sakit (painkiller) untuk meredakan kesakitan akibat keradangan. Tapi dah tentulah kesemua ubat-ubatan nie ada kesan sampingan masing-masing, kan? Nak-nak kalau diambil untuk jangka masa panjang.

Oleh sebab mencegah adalah lebih baik daripada merawat, sebaiknya pastikan kita :
anti-inflammatory foods

  • Selalu makan makanan anti radang contohnya macam halia, kunyit, teh hijau, rempah ratus, dll.
  • Amalkan makanan (dan suplemen) yang kaya dengan asid lemak Omega-3 seperti minyak ikan, flaxseed, salmon. dll. Ini juga makanan anti radang.
  • Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan untuk bantu badan kita melawan radikal bebas yang menyebabkan keradangan dalam badan.
  • Tidur yang cukup
  • Sentiasa kawal berat badan yang sihat
  • Elak makanan berproses dan fast foods, serta kurangkan makanan bergula dan juga makanan mengandungi asid lemak Omega-6 (marjerin, minyak sayuran bertapis, dll)

* Credit : MedicalNewsToday

Suplemen anti radang Shaklee

Bagi yang rasa tak mampu nak ambil makanan anti radang dengan cukup, dan nak mencuba suplemen Shaklee untuk mencegah/melawan keradangan, anda boleh cuba mana-mana produk berikut :

promo nov 2014-omegaguard-resizedBoleh hubungi kami seperti di bawah untuk cadangan produk yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda ya. Anda juga mungkin berminat nak dapatkan promosi OmegaGuard bulan nie yang pasti sangat berbaloi dengan wang dan juga kesihatan, insyaAllah.

UNTUK PERTANYAAN & ORDER :
======================
Oja Samid (ID 864914)
SMS/WhatsApp/Telegram +6018-369 0361 (Oja)

Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

=========================================================
Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru, dan Pontian.
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) untuk kawasan sekitar daerah Pontian, Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara,Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

13 Comments

  1. azimah mohd zainuddin 12 November 2014
    • Oja Samid 12 November 2014
  2. puteri kasih 12 November 2014
    • Oja Samid 12 November 2014
  3. blogger lelaki 13 November 2014
    • Oja Samid 13 November 2014
  4. ainimsuju 13 November 2014
    • Oja Samid 13 November 2014
  5. suri 13 November 2014
  6. onlajer 13 November 2014
    • Oja Samid 13 November 2014
  7. Noriza Rahman 17 November 2014
    • Oja Samid 18 November 2014
  8. Pingback: Penyakit Cagu Sembuh Tanpa Rawatan 6 June 2015
error: Content is protected !!