Kelebihan ESP Shaklee Jadikannya Hotseller Pilihan Ramai

Kelebihan ESP Shaklee | Alhamdulillah, bulan nie promosi ESP Beli 6 Percuma 1. Ini memang sangat dinanti-nantikan sebab ESP Shaklee memang merupakan salah satu produk yang paling digemari ramai pengedar dan pengguna Shaklee di seluruh dunia. Pendek kata, kalau dah cuba sekali pasti hendak lagi! Mak saya yang sebelum nie dah mencuba berbagai jenama suplemen protein pun akhirnya jatuh hati dengan kelebihan  ESP Shaklee. Rasanya sedap dan harganya  juga sangat berpatutan. Memang terbaik~~

Promosi ESP Shaklee

Promosi ESP Shaklee

Tapi, apa pula kelebihan ESP Shaklee hingga ramai sukakannya? Bukan ke dah banyak berlegar di internet tentang keburukan dan bahaya soya? Atau itu hanya propa semata?

Sebenarnya memang banyak mitos tentang soya. Nanti kita cerita lebih lanjut tentangnya ya. Kali nie saya nak kongsikan dulu tentang protein soya Shaklee iaitu ESP.

Kenapa protein penting

Tahukah anda bahawa tubuh kita nie dianggarkan terdiri daripada 37.2 trillion sel? Memang sangat banyak!

Dan untuk membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak, kita menggunakan protein sebagai bahan binaannya. Tapi bukan itu saja tau. Kita juga memerlukan protein untuk menghasilkan enzim-enzim, hormon, antibodi, pembinaan tulang, otot, kulit, darah banyak lagi. Rambut dan kuku kita juga diperbuat daripada protein.

human body cells

Sebahagian jenis sel yang ada pada tubuh manusia. *Pic credit : Dreamstime.Com*

Sebab itulah, di samping lemak dan karbohidrat, tubuh kita juga amat memerlukan protein dalam jumlah yang besar (macronutrient) untuk berfungsi dengan optimum, berbanding keperluan vitamin dan mineral yang jauh lebih sedikit (micronutrient).

Ada 22 jenis asid amino yang mana kombinasi di antara asid-asid amino ini menghasilkan pelbagai jenis protein berbeza untuk keperluan tubuh kita.
13 daripada asid amino tersebut dapat dihasilkan oleh tubuh kita, dan ia dipanggil “asid amino tidak perlu”.
Tetapi kita perlu mendapatkan 9 lagi jenis asid amino lain daripada pemakanan harian kita kerana manusia tidak mampu menghasilkannya sendiri. Asid amino ini dipanggil “asid amino perlu”.

Manfaat protein untuk kesihatan

kepentingan protein

Protein penting untuk tumbesaran tubuh yang sihat dan lancar. *image googled*

Kalau kita ambil protein yang bagus secara berterusan, insyaAllah akan dapat manfaat-manfaat berikut :

  1. Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri.
  2. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka.
  3. Memberi tenaga berpanjangan menjadikan tubuh semakin sihat dan kurang letih.
  4. Menganjalkan kulit, punggung, dan payudara yang kendur.
  5. Memberi rasa kenyang yang lebih lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan.
  6. Menyokong kesihatan imunisasi badan.
  7. Mengawal paras kolesterol.
  8. Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  9. Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik untuk kesan optimum.

Best kan kebaikan-kebaikan yang kita boleh dapat kalau badan cukup protein?

Tapi kalau nak harap kepada sumber protein dalam makanan kita sehari-hari saja, memang mencabar nak penuhi keperluan harian yang disarankan tue. Tak hairanlah kalau  ramai yang tidak ambil protein yang cukup. Kadang-kadang kita makan dengan banyak tapi ambil lebih sumber karbohidrat dan kurang lauknya. Dan ada masanya, kita lupa bahawa sumber protein yang ada pun ada kena pilih-pilih juga dan kena dipelbagaikan sebab ada yang tinggi kandungan lemak tepu dan kolesterol, ada yang tinggi garam (sodium) seperti sosej, kepingan burger, ham dan nugget, dan tidak kurang juga yang berkalori tinggi.

Antara makanan sumber protein. *image googled*

Antara makanan sumber protein. *image googled*

Jadi bagi yang pengambilan proteinnya tidak cukup, anda perlu cuba suplemen untuk menampungnya. Sekurang-kurangnya dapatlah cegah simptom-simptom kekurangan protein seperti kulit kering dan bersisik, otot lembik dan mengendur, rambut kusut, kuku rapuh, selalu lesu dan letih, dll.

Kelebihan ESP Shaklee
esp shaklee

Saya tahu memang banyak produk berasaskan protein di pasaran. Tapi ini adalah kelebihan ESP Shaklee yang menjadikannya baik dan berkesan untuk anda :

  • Ia sumber protein lengkap dengan kesemua 9 “asid amino perlu” yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh serta sukar pula didapati daripada diet seharian.
  • Ia berasaskan tumbuhan, rendah lemak dan bebas kolesterol.
  • Membekalkan 14g protein bagi setiap hidangan (= 3 sudu besar ESP Shaklee).
  • Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga lebih lama.
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang optimum.
  • Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
  • Kandungan lemak yang sangat minimum (1g bagi setiap hidangan 3 sudu besar ESP Shaklee)
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet!
  • Turut mengandungi 5 sumber vitamin B, separuh daripada keperluan kalsium harian dan soya isoflavones.
  • Indek Glisemiks (G.I.) yang rendah (= 39).
  • Tiada asid urik (uric acid).
  • Sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
  • Dibuat daripada 30kg kacang soya “non-GMO” (non-Genetically Modified Organism) bagi setiap canister (850g) ESP Shaklee.
  • Dihasilkan melalui Identity Preserved Program (IPP) untuk memastikan kacang soya bebas daripada perubahan genetik, daripada benih hingga kepada pengeluarannya.
  • Diproses dengan air dan bukannya alkohol, bagi mengekalkan seluruh khasiat dan kebaikan kacang soya.

Dengan semua kelebihan ESP Shaklee ini, ia sangat sesuai diambil oleh :

  • mereka yang inginkan kulit cantik
  • mereka yang kurang bertenaga
  • ibu hamil dan ibu menyusu
  • mereka yang inginkan rambut cantik
  • sesiapa saja yang mahukan kesihatan lebih baik.

Pendek kata, ESP Shaklee adalah  sesuai dan baik untuk kesihatan menyeluruh bagi seisi keluarga~~! 😉

(Anda boleh baca perkongsian pengguna lain yang berpuashati dengan kelebihan ESP Shaklee di Testimoni ESP.)

*Credit: RahsiaVitamin.Com, Mamafaiz.Com, Shaklee Malaysia

Anda suka dengan kelebihan ESP Shaklee ini dan ingin mencubanya? Cepat-cepat dapatkan ESP Shaklee daripada kami ya.
Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)
esell-shaklee-logoa2PNG

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

UNTUK INFO & ORDER :
======================
Oja Samid (ID 864914)
PM Admin Celik Nutrisi di FaceBook
SMS/WhatsApp 018-3690361 (Oja)
Email celiknutrisi[@]gmail.com

Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru, dan Pontian.
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) untuk kawasan sekitar daerah Pontian, Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara,Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia menggunakan khidmat kurier.

27 Comments

  1. suri 3 October 2014
    • Oja Samid 3 October 2014
  2. titan 3 October 2014
    • Oja Samid 3 October 2014
      • nord 4 October 2014
        • Oja Samid 8 October 2014
  3. auntiekemai 6 October 2014
    • Oja Samid 8 October 2014
      • Miracle Vitamins 24 October 2014
        • Oja Samid 24 October 2014
  4. jaymiee 6 October 2014
    • Oja Samid 8 October 2014
  5. suri 8 October 2014
    • Oja Samid 8 October 2014
  6. arnie 9 October 2014
    • Oja Samid 10 October 2014
  7. muni mahmud 12 October 2014
    • Aisyah JutawanSihat 12 October 2014
      • Oja Samid 13 October 2014
    • Oja Samid 13 October 2014
  8. aiDa 12 October 2014
    • Oja Samid 13 October 2014
  9. zaah 12 October 2014
    • Oja Samid 13 October 2014
  10. Farha 27 October 2014
    • Oja Samid 28 October 2014
  11. Pingback: Kebaikan ESP Shaklee untuk gastrik 13 March 2015
error: Content is protected !!