Kenapa Anda Perlu Minum Air Lemon Setiap Pagi

Mungkin dah ramai yang mengetahui kebaikan minum air lemon setiap pagi. Kalau ada yang pernah ke restoran Itali pun biasa dihidangkan air sejuk berlemon kan? Mula-mula tue saya agak hairan juga, tapi rupanya memang ada khasiatnya yang tersendiri.. Jadi, saya cuba catatkan di sini buat rujukan diri sendiri, dan juga buat sesiapa yang memerlukan info tersebut ya.

Drinking-lemon-water-Pitcher-and-glass-of-lemon-water.

Bancuhan air lemon. * image googled*

Sebenarnya minum air lemon setiap pagi banyak manfaatnya kepada kesihatan. Ia mungkin kedengaran seperti “idea” yang baru, tapi hakikatnya dah pun diamalkan dalam ilmu perubatan Ayurveda sejak lima ribu tahun lalu.

Kebaikan minum air lemon waktu pagi untuk kesihatan

1) Membantu penghadaman
Air suam sememangnya membantu merangsang saluran penghadaman atau dengan kata lainnya, merangsang pergerakan usus (bowel movement). Lemon pula dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan organ hati.

2) Menyokong sistem imun
Kandungan vitamin C yang tinggi membantu meningkatkan sistem imun manusia.

3) Mengalkalikan tubuh
Tubuh manusia boleh menjadi terlampau berasid bila mengamalkan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat. Bila badan berasid, selain daripada mengganggu pelbagai fungsi dalam badan, tubuh kita juga  akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan sel-sel kanser juga lebih mudah tercetus. Lemon yang diketahui bersifat asid, mampu membantu mengalkalikan tubuh dan darah kita apabila diambil. Ini sangat membantu memastikan keseimbangan pH sentiasa terpelihara, terutamanya jika kita gemar makan makanan seperti daging, keju, dll.

4) Membantu proses penyingkiran toksin (detoksifikasi)
Air lemon merupakan diuretik semulajadi, yang mana membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin bersama. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu fungsi buah pinggang serta penghasilan enzim untuk detoks pada organ hati. Organ hati diketahui umum merupakan salah satu organ utama dalam proses membuang toksin daripada tubuh manusia. Bila toksin dapat disingkirkan, nutrien daripada makanan juga akan lebih mudah diserap.

5) Mencantikkan kulit
Kandungan vitamin C pada lemon memainkan peranan penting bagi mengekalkan kulit yang sihat, dan sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Vitamin C juga diperlukan untuk penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan keremajaan kulit.

6) Meningkatkan hidrasi dan memberikan tenaga
Ia membantu tubuh kita kekal terhidrat sepanjang hari, terutamanya jika kita jenis yang kurang minum air. Secara tidak langsung kita akan rasa lebih bertenaga.

7) Membantu pengurusan berat badan
Minum air lemon pada waktu pagi  membantu tubuh membakar lemak dengan lebih efisyen. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan lancar dan ini sangat penting dalam pengurusan berat badan.

* Credit : Majalah iSihat edisi Sept 2014

Cara buat air lemon

Sebenarnya di luar sana ada pelbagai resipi air lemon nie. Kita boleh masukkan pelbagai bahan bersama lemon, bagi mempelbagaikan rasa dan khasiat air tersebut.

Antara resepi air lemon yang mudah untuk dibuat di rumah :
Tuangkan air suam/air biasa (suhu bilik) ke dalam gelas. Basuh sebiji lemon dan potong dua. Buang biji yang ada, kemudian perahkan jusnya ke dalam gelas tadi. Siap~~!! 😀

lemon campur madu

Air lemon + madu. *image googled*

Tapi bagi yang inginkan air lemon yang lebih manis supaya mudah diminum, anda boleh tambahkan sesudu madu ke dalamnya ya. Lebih khasiat, lebih kebaikan. 😉

Satu lagi cara adalah dengan memasukkan beberapa hirisan lemon  ke dalam air suam/air kosong (suhu bilik) dan dibiarkan sebentar sebelum diminum. Anda boleh juga masukkan beberapa hirisan timun ke dalamnya. Minuman ini sangat sesuai diamalkan bagi membantu proses penyingkiran toksin dalam badan.

Dr. Hamid Arshat juga sangat mengesyorkan amalan minum air lemon setiap pagi ini, yang menurutnya sangat membantu wanita yang mengalami  masalah cyst dan fibroid  pada rahim termasuklah endometriosis dan juga adenomyosis.

* Credit : Pakar Sakit Puan

fruit-infused-waters

Contoh “infused-water” menggunakan bush-buahan. *image googled*

Selain mengamalkan minum air lemon setiap pagi, bagus juga jika kita boleh cuba amalkan “Infused Water“. Infused water semestinya pilihan yang lebih baik dan menyihatkan daripada minuman kordial. Cara menyediakannya juga mudah, iaitu dengan meletakkan hirisan atau potongan buah-buahan, daun herba ataupun rempah yang disukai ke dalam bekas ataupun botol air. Kemudian masukkan air dan biarkannya terendam dalam tempoh 30minit supaya nutrien-nutrien daripada buah/herba/rempah tersebut akan melarut sepenuhnya dalam air. Selepas itu bolehlah ia diminum. Anda juga boleh masukkan sekali hirisan lemon ke daam infused water untuk menambahkan kesegaran dan khasiatnya.

Kebiasaannya saya hanya minum dua cawan air kosong selepas bangun tidur. Lepas nie bolehlah saya cuba amalan minum air lemon setiap pagi, dan juga infused water nie.  Saya yakin kita semua mampu mengamalkannya untuk kesihatan. Jom~~ ^_^

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

UNTUK INFO & ORDER :
======================
Oja Samid (ID 864914)
PM Admin Celik Nutrisi di FaceBook
SMS/WhatsApp 018-3690361 (Oja)
Email celiknutrisi[@]gmail.com

Kami merupakan Pengedar Shaklee Bandar Dato Onn, Johor Bahru, dan Pontian.
Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) untuk kawasan sekitar daerah Pontian, Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara,Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, dll.
Juga penghantaran ke seluruh Malaysia menggunakan khidmat kurier.

44 Comments

  1. ieja 22 September 2014
    • Oja Samid 22 September 2014
      • Hanafi Abdullah 11 January 2015
        • Oja Samid 11 January 2015
          • nurul 14 October 2015
          • Oja Samid 15 October 2015
  2. Nurul Fazreen Othman 13 October 2014
    • Oja Samid 13 October 2014
  3. titan 3 November 2014
    • Oja Samid 3 November 2014
      • titan 19 January 2015
        • Oja Samid 19 January 2015
  4. auntiekemai 9 November 2014
    • Oja Samid 9 November 2014
  5. Noriza Rahman 21 November 2014
    • Oja Samid 22 November 2014
  6. suri 5 December 2014
    • Oja Samid 7 December 2014
      • ciksab 28 February 2015
        • Oja Samid 28 February 2015
  7. dahlia abd rahman 1 March 2015
    • Oja Samid 9 March 2015
  8. rohani m.i 9 March 2015
  9. arnie 9 September 2015
  10. titan 8 November 2015
  11. Farz 4 February 2016
  12. Health Media 27 March 2016
  13. Andre 5 April 2016
  14. Nuo 14 June 2016
  15. samasmit 6 September 2016
    • Oja Samid 8 September 2016
  16. Ashraf 18 September 2016
    • Oja Samid 29 September 2016
  17. Najib 29 September 2016
  18. Lirik Lagu 18 October 2016
  19. Syafiq KF 27 October 2016
error: Content is protected !!