Punca Rahim Bengkak dan Cara Mengatasi

Baru-baru nie agak kecoh di alam maya dengan isu melibatkan “rahim bengkak“. Seriously, saya sebelum nie tak pernah dengar istilah “rahim bengkak” ataupun “bengkak rahim” nie. Jadi saya sangat berterima kasih kerana Dr. Malinda sudi berkongsi info-info yang seorang wanita khususnya, perlu tahu mengenai kesihatan sistem peranakan mereka.

Info di bawah saya cedok daripada perkongsian beliau di FaceBook Page @Dr.Malinda Health & Beauty Clinic dan di blog beliau @DrMalinda.Com.
(Tapi ada yang saya edit sedikit namun tidaklah sampai merubah isi dan info asalnya.)

Kenapa Rahim Bengkak?

anatomy-women

Anatomi sistem peranakan wanita. *image googled*

Gambar di atas menunjukkan anatomi sistem peranakan wanita. Secara asasnya, kita perlu tahu bahawa,

  • Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
  • Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit yang berjumpa dengan Dr. Malinda tak pasti sama ada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, jadi mereka akan hanya kata “rahim”.

Jadi, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai ‘rahim bengkak‘.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya satu fibroid dan kebanyakan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun dikesan secara tak sengaja semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cyst ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak disebabkan satu perkara sahaja; sama ada oleh sesuatu diet, produk atau apa-apa suplemen.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

Fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan ketidaksuburan (infertility).

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cyst.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah ‘estrogen sintetik’ yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

  • phthalates (bahan dalam plastik atau getah)
  • racun serangga (pesticides)
  • tobacco by-products.

3. Obesiti.

Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil ‘Endocanabinoid system‘. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa simptom-simptom fibroid atau cyst?

Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang simptom. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptom-simptom tertentu.

Antara simptom-simptom fibroid /cyst adalah :

  • haid yang tidak teratur / berpanjangan
  • sakit perut
  • sakit ketika hubungan kelamin
  • perut membuncit
  • pendarahan abnormal

Perlukah dilakukan pembedahan?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan pembedahan sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

Jadi sekarang, bagaimana cara nak elakkan cyst / fibroid memandangkan kebanyakan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasaskan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, garam, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan – fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan.

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Kontroversi mengenai soya

Soy-products

Produk berasaskan soya *image googled*

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro- dan contra-.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavonoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan aktiviti estrogen.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung. (Michael T. Et al, 2012)

Cadangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavonoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan merangsang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan‘anti-estrogen’ di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak diubah secara genetik (non-GMO).

Walau bagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan adalah antara 45 – 90mg soya sehari.

Soya, kekacang, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Suplemen yang dicadangkan untuk anda yang mempunyai fibroid atau cyst

1. Lipotrophic factor seperti Innositol dan Choline membantu detoksifikasi estrogen (penyingkiran estrogen keluar dari badan) : melancarkan pemecahan lemak di bahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient : CoQ10, vitamin C, vitamin E, selenium dan zink

3. Omega 3 (EPA + DHA) : anti-inflamasi.

4. Liver enhanced detox supplements : milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B : membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract : strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea : powerful antioxidant

Bagaimana dengan GLA. Boleh ke diamalkan?

GLA_-_What_is_Borage

Suplemen GLA *image googled*

GLA adalah asid lemak Omega-6 yang baik, yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.
GLA daripada minyak Borage adalah yang terbaik berbanding dari EPO (minyak Evening Primrose).
Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung,dan minyak bunga matahari juga mengandungi asid lemak Omega-6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-inflamasi dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Moga perkongsian ilmu oleh Dr. Malinda di atas dapat memberikan manfaat buat sesiapa yang memerlukannya. =)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda ingin mula mengamalkan GLA Complex ataupun sebarang produk Shaklee, boleh hubungi kami untuk konsultasi. Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order secara online menggunakan credit card / debit card melalui link di bawah. =)

orderNowButton

UNTUK INFO & ORDER :
======================
Oja Samid (ID 864914)
PM Admin Celik Nutrisi di FaceBook
SMS/WhatsApp 018-3690361 (Oja)
Email celiknutrisi[@]gmail.com

Menyediakan khidmat Cash-on-Delivery (COD) untuk kawasan sekitar daerah Pontian, Bandar Dato Onn, Taman Daya, Adda Heights, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin, Taman Bukit Mutiara,Taman Delima, Setia Tropika, JP Perdana, dll.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Indonesia melalui courier service.

One Response

  1. titan 8 November 2015
error: Content is protected !!